Thursday 31 July 2014

BILAKAH UMAT ISLAM BOLEH SATU FIKIR?



Pelbagai kerenah umat Islam hari ini. Bersolat dalam masjid yg sama, berpuasa beraya, bayar zakat fitrah, tunaikan haji dan lakukan ibadat korban, semua percaya pahala dosa tapi masih bercakaran dan berpecah belah atas nama parti. Apakah kalau kita bubur semua parti yg terlibat dgn Melayu,  bolehkah kita  bersatu atas nama Islam? Sebenarnya parti itu sendiri telah membahagikan Melayu kpd pelbagai fahaman kerana parti yg ujud sekarang bukan terdiri dari Melayu yg mengamalkan Islam 100% walau pun PAS sekali pun. Tapi PAS mempunyai kelebihan tentang kefahaman Islam walau pun tak 100% tapi lebih baik dari UMNO dan PKR itu sendiri. PKR lebih baik UMNO dari segi hendakkan keadilan memperjuangkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tapi mereka melihat dari sudut itu shj, maksiat lain mereka tak banyak bercakap, tapi PAS lebih kpd perjuangankan Islam yg mana Islam ada segala2nya bukan setakat keadilan shj.

PAS masih jauh dari sifat keyakinan kpd Allah swt sebab itu PAS terpaksa bergabung dgn PR lain kerana tidak yakin dgn kuasa Allah swt tapi masih yakin dgn kuasa mahluk.
Dari segi logik atau akal manusia, mana mungkin PAS boleh berkuasa kerana tak cukup kerusi, tapi kalau kita balik kpd sejarah Nabi saw, dlm peperangan Badar, pihak Islam hanya 313 bersenjatakan serba kekurangan orang pihak musyrikin lebih 1000 orang gagal kerana yg memberi kemenangan ialah Allah swt.

Dgn kemelut dalam PAS sendiri disamping dgn PKR dan DAP, dgn ahli2 PAS yg hanya jadi PAS tapi dari segi amalan Islam masih jauh dari sunnah Nabi saw, bolehkah PAS setelah lebih dari 60 tahun, masih di tahap merangkak sehingga kini dan UMNO yg lagi lama umurnya dgn PAS semakin lemah sepatutnya semakin kuat tapi gagal yg semakin ketara kesan dari sifat kepentingan keduniaan maka kemurkaan Allah swt semakin banyak dan hanya menunggu apakah lagi bencara atau bala yg akan muncul!

Kesimpulannya hari ini kalaulah umat Islam hendak bersatu atas nama Islam, sifat keduniaan yg penuh di dlm hati hendaklah dibersihkan dahulu, bila hati dah bersih maka amalan semakin mudah dilakukan, bila berjihad tak ada yg buat alasan dan lari dalam perjuangan yg hanya ada dlm hati ialah Allah swt, ada harapankah kalau kita melihat para2 pemimpin Islam hari sanggup kembali kpd Islam yg sebenar atau masih dgn pelbagai alasan akal yg akhirnya sama ada kita masih jadi Melayu Islam atau mungkin akan tinggal sejarah dlm muzium?



Friday 25 July 2014

SALAH SIAPA BILA UMAT ISLAM DIHINA SEBEGINI?

Bila dunia semakin maju, akhlak manusia semakin rosak dan lebih malang menjadi lebih buruk dari mahluk yg bernama  binatang atau pun jin. Malah akhlak atau perangai binatang atau jin yg kita tahu pun tak seteruk manusia. Allah swt jadikan semua mahluk yg bernama manusia dibekalkan dgn akal supaya hidup berkasih sayang dan bertauhidkanNya. Bila manusia beriman dan bertaqwa kpd Allah swt, akhlak manusia akan molek tapi bila keluar dari Islam akhlak menjadi seperti syaitan, walau pun atas nama fahaman seperti Kristian Yahudi dll. Islam mengajar kita berkasih sayang dan tapi bila manusia tinggalkan amalan Islam dan berlumba2 ke arah cintakan dunia maka akhlak manusia akan berpandukan nafsu yg dihasut oleh syaitan, maka syaitan telah berjaya.

Hari ini kita tak dapat elak dari berita manusia bunuh manusia, mendera sesama2 manusia kerana sifat manusia telah tidak lagi jadi manusia lagi. Apa yg sangat malang manusia yg beragama Islam atas nama shj tetapi amalan telah jauh, maka kemurkaan Allah swt semakin hampir maka bala dalam bentuk jenayah sesama manusia atau pun dlm bentuk elemen angin, tanah, api dan air akan datang memusnahkan manusia yg pada mulanya memang Allah swt sayang tapi kerana telah memungkiri janji setelah mengucapkan kalimah tauhid.

Semenjak Nabi Adam as lagi, isu utama manusia berperang sesama sendiri adalah kerana dua perkara utama ia itu kerana iman dan syirik selain itu adalah wanita. Manusia yg beriman terpaksa berperang kerana mempertahankan akidah Islam dan mereka yg banyak memulakan peperangan ialah mereka yg syirik dgn Allah swt kerana kononnya atas nama mempertahankan Nabi Isa as sedangkan mereka mengubah atau memperkosa sejarah yg sebenar dan Yahudi pula atas perkara yg sama, ia itu Allah swt tidak adil kerana melantik orang Arab Quraish yg bernama Muhammad saw menjadi Nabi, sedangkan Nabi as dikalangan mereka pun mereka bunuh. Inilah manusia yg sentiasa buat huru hara.

Hari ini kita dapati sejarah yg lalu berulang dan isu utama ialah antara Islam, Nasrani dan Yahudi. Malangnya kita gagal menghayati sejarah masih mahu lagi menjadi pengikut syaitan2 ini atas nama ekonomi, bukan kerana mempertahankan Islam. Negara2 yg dikatakan Islam gagal berfungsi sebagai pembela Islam kerana kebanyakkannya telah pun sesat, murtad dan tidak boleh dipercayai mempertahankan Islam.

Peperangan yg sedang berlaku di Palestine sepatutnya semua negara2 Islam yg di bawah OIC bukan jadi Oh I See, masing2 kecut termasuk Malaysia. Kalaulah semua negara2 Islam terdiri dari mereka yg beriman, Israel telah pun tidak ujud didunia ini.

Siapakah yg bakal menjadi Salahuddin Al- Ayubi panglima perang Islam yg tersuhur itu yg hidupnya hanya sekadar cukup makan sedangkan kuasa yg beliau ada boleh menjadi beliau raja yg dipenuhi oleh gunung2 emas!

 

 

Monday 21 July 2014

KITA HANYA MENTIMUN




Kita sebenarnya tidak belajar dari sejarah sedangkan sejarah telah mengajar kita mengenali siapa kawan siapa lawan. Berkurun2 berlalu sejarah yg sama berulang kerana Melayu mudah lupa. Islam itu agama tunggal tidak mensyirikkan Allah swt sedangkan semua fahaman yg disebut agama adalah ciptaan manusia. Oleh itu bila umat Islam tidak mengamalkan Islam yg sebenar maka fahaman lain walau pun kita kata kita Islam tapi secara tak sedar kita telah dipengaruhi cara fahaman bukan Islam, sehingga hendak keluar dari dunia palsu itu cukup sukar ditambah pula dgn ilmuan2 Islam yg cari makan dgn wang pangkat jawatan dan harta benda sentiasa yg berhujah bodoh menjadi musuh kita dan mereka bersama kita dlm masyarakat, hanya kita kenal pasti dgn cakap dan tindakan mereka shj.

Isu MH17 mirip2 ke arah MH370 bezanya satu hilang di alam maya dan lagi satu memang dah pasti terhempas dgn bukti2 sekali tapi yg menjadi isu siapa yg tembak?

Kita telah masuk ke dalam jerat teka teki kerana jalan keluar telah ditutup oleh mereka yg bergaduh ini, seperti ibarat 3 orang gangster pukul seorang orang awam mati, kemudian tiada siapa hendak mengaku bunuh, dlm kes ini mungkin mudah tapi dlm kes MH17 buktinya mudah, black box dan serpihan peluru berpandu, tapi kerana ada dua pihak yg berkempentingan, mungkin Russia kata memang itu peluru berpandu kami, tapi jumpa dalm kawan Ukraine  dikuasai pemisah maka sudah tentu masing2 tak mengaku, dan peluru perpandu ini juga adalah senjata cari rezeki, siapa nak beli kami jual.

Maka adakah akhir episode berbulan2 malah bertahun2 akan berlalu begitu shj? sama2 kita ikuti dan yg pasti mereka kuasa besar, beranikah PBB jadi singa atau hanya jadi singa patong?




ORANG KAFIR JELAS PENGECUT TAPI ORANG ISLAM JUGA PENGECUT KERANA APA? DUA JENIS PENGECUT KERANA MASING2 DAH SERUPA!



Israel ini taklah sekuat mana walau pun mereka ada senjata canggih. Tapi mereka berani kerana umat Islam seluruh dunia penakut. Palestin dibelasah tapi umat Islam seluruh dunia di bawah OIC oh I see, semuanya kecut bersuara, kalau pun bersuara serupa tikus takut kucing, tak berani lebih2, kalau bersuara shj pun tak akan jadi apa2 kecuali berani  berjihad, beranikah negara2 Islam nak berjihad sedangkan Malaysia sendiri dari awal lagi penuh dgn alasan2 orang penakut? Umat Islam cukup lemah kerana dlm hati ada kebesaran dunia, bukan kebesaran Allah swt, sebut shj Amerika maka gementar seluruh anggota badan bukan kerana apa, cuma takut sekatan ekonomi shj!

Negara2 Arab bukanlah pembela kpd umat Islam mereka lebih kpd kepentingan ekonomi dari Islam. Berapa banyak negara2 Arab menyepikan diri dan dlm masa yg sama fahaman Islam yg sebenar masih jauh. Kumpulan2 yg nampaknya Islam tapi hanya bertopengkan Islam, yg fasik munafik di tambah yg sesat dan yg pura2 Islam tapi hakikatnya adalah mereka yg telah rosak iman atau murtad, bercampur aduk menyebabkan bantuan Allah swt tidak sampai. Bila manusia tidak mengamalkan ajaran Islam seperti yg dibawa oleh Nabi saw, maka tunggulah kehinaan dari Allah swt. Oleh itu umat Islam tidak ada jalan lain melainkan bertaubat nasuha dan kembali kpd Allah swt, bolehkah umat Islam yg dah leka ini tiba2 perah keringat kembali kpd kehidupan Nabi saw? Jawapannya tak mustahil tapi cukup sukar kerana luar Islam tapi dalaman penuh dgn cara hidup Yahudi dan Nasrani. Umat Islam seperti buih2 dilautan, banyak tapi hanyalah gelombong2 kosong yg pecah bila ombak berlalu. Mereka yg kuat iman dan taqwa bagaikan gengam bara api, disekeling dlm masyarakat Islam sendiri ujud apa yg dipanggil yakin tapi yakin bila ada fulus masyuk, semuanya telah jadi hamba kpd kuasa, wang harta benda dan wanita.

Saturday 12 July 2014

BOLEHKAH PALESTIN MENANG DGN ISRAEL, BOLEHKAN MALAYSIA MENANG DGN SINGAPURA?



Peperangan hari ini bukan mengunakan kuda, unta, pedang, tombak, baju besi dll. Peperangan hari ini mengunakan senjata yg paling penakut ia itu pesawat canggih tanpa pemandu berkawalkan komputer. Bolehkah Palestin yg hanya popular roket yg paling canggih al qassam untuk memusnahkan tentera Israel, mustahil, yg jadi mangsa ialah penduduk awam, begitulah bila tak ada strategi hanya mengharapkan senjata yg telah ketinggalan zaman, kesian sungguh Palestin.

Sejak negara Israel ditubuhkan tahun 1967, kebetulan pula Singapura dihadiahkan oleh UMNO kpd Lee Kuan Yu awal sedikit 1963, maka kemaraan kedua negara ini mengorak langkan tak paling ke belakang terus membina senjata paling canggih nekluar, kimia, biologi dan pelbagai lagi teknologi sedangkan Malaysia masih guna kapal selam guna minyak diesel dan beteri! Begitulah malangnya nasib umat Islam, yg cipta teknogi dan sains asal usul dari orang2 Islam tapi dibangunkan oleh orang2 kafir. Tahniah atau takziah yg patut diucapkan kpd orang2 Islam!

Kita umat Islam terlalu jauh dari senjata canggih dan juga semakin jauh dari amalan Islam maka hari umat Islam menjadi mangsa ratah oleh orang2 kafir, hanya yg mampu mengutuk sedang nak kembali kpd amalan Nabi saw tiada  pun dalam fikiran umat Islam. Apakah besok masih ada? Pemimpin2 Islam telah merosakkan sejarah kerana gagal mengembalikan kegemilangan Islam hanya mampu bercakap tapi amalan masih belum berubah. Bersenoklah dgn kehidupan dunia yg fana ini yg akhirnya akan kesemua ke neraka.



Friday 11 July 2014

PUNCA UMAT ISLAM DIHINA OLEH ALLAH SWT

PUNCA UMAT ISLAM DIHINA OLEH ALLAH SWT

Zaman kegemilangan Islam sudah pun berakhir dgn kejatuhan kerajaan Uthmaniah ratusan tahun dahulu dan terus dihina sehingga sekarang. Tidak terfikirkah umat Islam apakah yg tak kena dgn umat Islam hari ini? Kenapa teruk sangat kita nak perahkan otak untuk mencari jawapan.

Apakah yg menyebabkan hati puak2 Zionist ini menjadi terlalu kejam terhadap umat Islam terutamanya di Palestin? Allah swt itu satu dan maha berkuasa, segala gerak hati manusia adalah didalam gengamanNya. Adakah kekejaman Israel itu datang dari diri mereka sendiri atau datang dari Allah swt jua.

Kenapa Allah swt tak bantu umat Islam?, sepatutnya Allah swt bantu kerana orang2 Islam shj yg mengtauhidkan Allah swt, kenapa tak bantu atau beri kemulian kpd umat Islam? Jawapannya sangat mudah, Tanya diri kita sendiri setelah menjadi Islam, adakah kita beriman dan bertaqwa kpdNya yg sebenar2nya?

Kita lihat sendiri dalam kampong kita berapa ramai umat Islam yg menghidupkan masjid surau setiap solat fardhu, berapa ramai umat Islam bangun malam bersolat dan berdoa?

Apakah amalan umat Islam hari ini penuh dgn maksiat, zina, arak, judi, Wanitanya pula bagaimana dari segi pakaian, pergaulan dan siapakah yg bertanggung jawab kalau bukan para2 pemimpin2 yg mengaku Islam tapi hanya bertopeng Islam sedangkan amalan mereka telah rosak, rosak pemimpin akan rosak rakyat, maka hari ini Allah swt hantar bala dlm bentuk manusia bunuh manusia selain dari elemen air api tanah dan angin, segala jenis malapetaka yg berlaku di setiap hari, tapi malangnya manusia yg sepatutnya menjadi khalifah tapi telah menjadi syaitan. Ini bermakna ramai manusia umat Islam telah menjadi syaitan sebagai kawan, maka syaitan itu musuh kamu yg nyata, maka bila manusia berkawan dgn syaitan, kesannya mendatangkan kemurkaan Allah swt.
Apakah tindakan kita sekarang?

Kembali kpd amalan yg dibawa oleh Nabi saw, inilah contoh yg telah jelas yg telah ditunjukkan oleh Nabi saw, apakah yg kita nak fikirkan lagi?



WANG PUNCA MANUSIA JADI SYAITAN

WANG PUNCA MANUSIA JADI SYAITAN- MASJID JADI REBUTAN KERANA ELAUN RM750. IMAM DAN MASYARAKAT BERPECAH KERANA WANG DAN HARTA BENDA

Wang jika tak tamak boleh jadi kawan, tapi wang jika tamak boleh jadi syaitan.
Hari ini manusia menjadi tamak kerana wang. Ibadat menjadi adat. Adat pula dicipta dan ditambah itu ini hingga lebih kurafat dari kebaikan yg diujudkan oleh nafsu untuk memenuhi kehendak syaitan. Wang kuasa wanita adalah alat syaitan jika tidak diuruskan dgn iman dan taqwa kpd Allah swt akan merosakkan umat Islam itu sendiri.

Dahulu iman2 masjid tidak berbalah, masing2 ikhlas menjalankan tugas masing2. Sejak kerajaan UMNO BN memperkenalkan elaun RM750 untuk dua orang iman untuk setiap masjid, maka mata menjadi terbeliak dan saling menonjol diri kpd masyarakat siapakah yg paling layak mendapat elaun tersebut.

Kerajaan hanya beri elaun kpd dua orang iman shj bagi setiap masjid, jumlah iman mungkin empat orang, maka akan berlakulah jatuh menjatuh sehingga fungsi masjid menjadi tempat cari rezeki baru selain dari pencen. Kebanyakkannya mereka yg dah pencen dan ada juga yg sedang bekerja juga nak cari pendapatan tambahan kerana tok imam pun hutang di sekeling pinggang, hutang rumah, kereta dan sebagainya.

Inilah kesannya bila imam masjid mendapat elaun, bukan perpaduan yg ujud tapi perpecahan dan tok imam pun bukan ikhlas dan jujur dlm menjalankan tugas.

Sepatutnya iman sama ada bergilir bertugas, tugas memakmurkan masjid disamping buat kerja dakwah, berjumpa dgn penduduk kampong atau ahli kariah, jumpa mereka yg tidak pernah ke masjid adalah sebahagian dari tugas imam, bukan makan gaji buta shj tanpa memikirkan dibelaknng masih ada saf yg kosong. Imam juga  bukan jadi imam bila tiba giliran, hari2 tak bertugas solat kat rumah, inilah imam yg bawa sial, berjemaah hanya bila tiba giliran imam, hari2 lain tidur kat rumah! Apakah amalan mereka ini akan diterima oleh Allah swt. Niat selain dari Allah swt itu adalah kerana syaitan. Oleh itu berhati2lah wahai bakal2 imam, di akhirat nanti anda akan menyesal, perasan buat kerja baik tapi pahala ditolak yg diberiNya ialah dosa, maka rugilah untuk selama2nya.

Wednesday 2 July 2014

LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA



Hari ini ikan udang ketam cukup mahal lebih mahal di bulan puasa. Bila ianya mahal maka kalau jenis kita yg bekerja ini tak ada pilihan melainkan masak tunjuk jari, selera pula bukan main lagi kalau boleh satu pasar ramadhan nak dibelinya, akhirnya bila minum betul2 kaw punya air yg lain akan membazir. Itulah nafsu yg telah dididik selama setahun oleh syaitan, walau pun syaitan telah diikat tapi latihan yg diberi oleh syaitan itn sentiasa dlm kenangan sehinggalah Ramadhan akan datang. Pengaruh syaitan memang hebat sebab itu manusia kalau dah dididik dgn perangai syaitan, walau pun tak tinggal solat tapi perangai tak sedar macam syaitan, kalau yg bersolat pun begitu bagaimana yg tak bersolat langsung atau bersolat seminggu sekali setahun dua kali!

Kita ada banyak lembaga, ikan, pertanian, fama dll lain2 tapi kita tak pernah rasai membeli ikan murah, buah murah sayuran murah, serupa kita tak ada apa lembaga, yg kita tahu lembaga hantu jembalang, jembalang tanah, hantu raya pelesit dll mahluk bukan manusia. Apa yg lembaga ini buat pun rakyat tak tahu, Cuma keluar ada jawatan kosong, maka memohonlah kita yg ada anak sama ada graduan atau SPM shj.

Anak2 kita, kita pesan bila kerja jadilah seorang pekerja yg jujur amanah dan ikhlas. Tapi bapa sebelum masuk kerja memang nak buat baik, tapi bila masuk baru tahu rupa2nya ramai perut buncit makan makanan haram. Yang betul2 baik, tak berkawanlah nampaknya! Itulah realiti di Malaysia sesiapa shj yg masuk bekerja dlm bidang yg ada peluang buat duit maka iman dan taqwa boleh letak tepi, soal halal haram telah tiada dlm dairi hidup, yg penting perut aku mesti dibuncitkan dahulu.

Tugas IKIM ialah membuat penyelidikan ikan udang dll dan hasilnya dihantar ke para penternak sama ada kecil atau sederhana, tapi yg nampak penternak CINA yg dapat menafaat kerana mereka banyak wang dan pandai menternak cara professional, penternak Melayu seperti petani Melayu dapat baja jual baja. Apalah nak jadi dgn lembaga2 di Malaysia ini, lebih banyak lembaga hantu raya dari lembaga yg boleh dipercayai!



TAZKIRAH RAMADHAN KEBAIKAN YG DITAKUTI OLEH UMNO



Bila tiba bulan Ramadhan, maka masjid2 atau surau2 yg AJKnya terdiri drp orang2 PAS akan memasukkan majlis tazkirah selepas 8 rakaat solat terawih. Ini bergantung kpd ustaz2 yg dijemput bukanlah sepanjang 30 hari ramadhan itu.

Cukup menghairankan kita bila majlis ini ada, maka puak2 UMNO sejat, angkat punggung belah balik, kononnya kalau nak buat sunat terawih tak perlulah tazkirah, jangan campur aduk kedua2nya. Inilah pendapat mereka yg jahil murakat tak tau yg kedua2nya adalah dituntut dalam Islam. Kalaulah betul hanya terawih saja kenapa tak tunggu yg duk buat 20 rakaat itu pun selepas 8 rakaat dah belah balik. Sepatutnya kalau tak mau dengar tazkirah, setiap malam kalau ada 20 rakaat tunggulah sehingga tamat dgn witirnya sekali. Inilah alasan orang2 yg tak suka kpd Islam keseluruhannya tapi memilih apa yg dia suka shj.

 Jangan bercakap bab rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, itu sensitif kerana yg ramai akan kena ialah parti yg memerintah sekarang ia itu UMNO. Boleh adakah majlis agama tapi jangan sentuh bab di atas. Buka kitab fiqah saja, baca bab mandi wajib, sah batal uduk atau ibadat haji, kalau sentuh bab kemungkaran yg diamalkan oleh pemimpin, itulah yg menjadi virus lubang telinga puak2 UMNO ini. Ini nak cerita betapa rosaknya mereka dan fobianya mereka dgn majlis tazkiran, seolah2 seperti bertemu musuh! Antara mereka yg menjadi musuh Allah swt ialah mereka yg benci dgn majlis2 ilmu dan kalau ada pun mesti dlm skop yg mereka pilih, kalau baca semua kitab terutamanya yg menyentuh bab ulul amri, kata mereka asalkan ulul amri mesti taat, tapi soalannya bagaimana kita yg mengaku beriman dan bertaqwa boleh terima ulul amri yg terlibat dgn maksiat, adakah wajib taat?