Monday 23 June 2014

APA PERBEZAAN SUBSIDI DGN BR1M



Bayar BR1M tahun 2014 untuk 7.9 juta orang melibat kos RM4.6 juta billion. Tahun depan mungkin lebih lagi kerana janji sehingga RM1200. Tarik balik subsidi petrol dan gula berjumlah RM4.4 juta billion.

Anggaran seorang dapat RM650 untuk belanja setahun, kita ucap tahniah kerana dapat BR1M RM650 dapat tampung perbelanjaan untuk setahun, bermaka sebulan RM54. Maka soronok dan bergembiralah rakyat bila dapat BR1M dan lupa habis matematik subsidi. Kalaulah sudsidi gula dan petrol tak ditarik balik, harga2 barangan ini berterusan diharga asal untuk sepanjang tahun maka peniaga2 dan juga pengguna akan lega untuk beberapa2 tahun akan datang kerana kos barangan tersebut murah seperti dulu.

Bila subsidi tarik balik maka diganti dgn pemberian BR1M kerana nak dapat sokongan undi maka jangka masa panjang akan berkekalanlah harga bangaran tersebut terus mahal dan akan dijangka terus mahal dan terpaksa bersaingan dgn subsidi dan GST.

Siapakah yg membodohkan rakyat, adakah kerajaan UMNO BN atau penyokong mereka memperbodohkan diri sendiri. Rata2 Melayu masih lemah matematik dan terus merana dgn kenaikan harga2 barang selagi mentenliti di tahap kelas tak berkelas!



Saturday 21 June 2014

SIJIL HALAL, UMAT ISLAM TERPERANGKAP MAKAN MAKANAN HARAM?




Isu halal haram dlm Islam ini bukan baru, yg kita tahu generasi dulu pun memang sangat ambil berat isu ini. Umat Islam sebelum merdeka atau di zaman tok nenek dan zaman selepas merdeka, sekitar berapa tahun sebelum umat Islam di modenkan oleh UMNO BN dgn pembangunan dan semakin celik dgn mencari harta benda dunia, maka saat itulah bermulalah kemorosotan iman dan hari ini kemososatan iman semakin menjadi2 oleh kerana terlalu mengejar dunia hendak jadi kaya raya, yg terlibat ahli2 politik dan kesan harga barang dan makan naik, kepentingan wang semakin menjadi2 sehingga umat Islam yg sememangnya jauh dari amalan Islam terus hilang arah, bangun pagi apa yg dia ingat ialah wang dan makan minum.

Amalan seperti solat yg mempunyai 6 ganjaran salah satunya dimurahkan rezeki tidak lagi diambil berat kerana hilang kepercayaan dan keyakinan dgn anugerah Allah swt

Punca terhapusnya amalan ini adalah kerana tidak pergi ke kuliah agama Islam dan yg menjadi dalang kpd penghalang kpd umat untuk mendapat ilmu juga semakin disekat di masjid2 dan surau2 kononnya atas nama nak sekat pengauruh politik supaya perkara seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dapat dipadam dari umat Islam dan menganggap perkara2 ini akan menjadi penghalang kpd UMNO untuk terus berkuasa. Ibadat lain yg berupa ilmu feqah seperti mandi junub, puasa, haji dibenarkan tapi menyentuh bab salah laku pemerintah dlm ulul amri ini kena bodek walau pun pemerintah mengamalkan cara yg salah.  Yang menghairankan lagi ialah kononnya mereka mengaku Islam tapi masih gagal berfikir dan terus menyokong secara membuta tuli konnonnya atas nama penyelewenga agama! Inilah yg dikata jahil murakat dlm berilmu, atau tidak dapat hidayat dari Allah swt.


Bila semakin maju dgn dunia maka rakyat Islam  setengah masak yg semakin jauh dari amalan Islam terus hanyut, maka bermulalah Islam liberal atau anti hadith yg dicanangkan atas nama nak memperbetulkan yg kononnya selama ini umat Islam telah terpesong kerana berpegang kpd hadith, maka timbullah perbagai ajaran sesat dan jelas sesat ialah kumpulan anti hadith yg kononnya pandai, tapi kalau tak ada haditih bagaimana mereka ini bersolat? yg peliknya kalau mereka bersolat seperti yg kita lakukan, dari mana pula mereka dapat ilmu ini kalau bukan dari hadith?. Ini sudah jelas syirik yg nyata dan telah murtad.

Kerana dah terlalu meden timbul pula isu sijil halal yg diberikan oleh JAKIM kpd pengusaha2 bukan Islam dan juga lebih lucu pengusaha2 Islam juga mesti ada sijil JAKIM. Pengusaha2 Islam sudah tentu kalau tidak ada sijil halal pun mereka dah pun tahu halal haram. Malangnya atau yg jadi masalah ialah kpd pengusaha2 bukan Islam, bolehkah kita sebagai penguasa hendak menentukan halal itu 24 jam sedangkan mereka tidak ada niat ikhlas atau kalau campuan halal haram pun mereka apa peduli, istilah halal haram hanya diguna pakai dlm Islam. Inilah bila Islam tak didakwahkan maka ,yg Islam bertambah jauh dari Islam dan bukan Islam semakin terus jauh dari Islam, tiba2 bab makanan pula mesti ada sijil halal, soalannya halal haram ditentukan oleh sijil atau orang2 yg beriman? Semakin modennya kita semakin bodohnya kita dlm bab ini!



Friday 20 June 2014

NEGARA TAK PERLU ISLAM TAPI MANUSIA YG MEMERLUKAN ISLAM

Negara tidak perlu kpd Islam kerana ia bersifat benda, yg perlu kpd Islam ialah manusia. Ada dua tafsiran yg dikelirukan oleh pemerintah Islam dgn mengistiharkan Malaysia negara Islam, walau pun tafsiran itu memang begitulah kehendaknya kerana negara itu sendiri akan dinamakan Islam bila Islam hidup di dalamnya. Bab manusia kalaulah yg menghuni itu ramai orang Islam maka otomatik pada zahirnya itu negara Islam.

Tafsiran kedua ialah adakan Malaysia betul2 negara Islam dari segi perlaksanaan undang2nya dan amalan manusia yg jadi penghuni kpd negara Islam tersebut. Ta’arif negara Islam juga tak teringkat dgn banyaknya masjid dan surau sedang ianya tak diimarahkan atau dimakmurkan oleh pemerintah. Tugas pemerintah bukan hanya menjerit Malaysia negara Islam mengikut marqasid syariah sedangkan umat Islamlah yg paling ramai buat maksiat. Kesan maksiat ini masjid dan surau menjadi sunyi kerana pemerintah gagal dlm melaksanakan ajaran Islam yg sebenarnya,

Pemerintah bertanggung jawab menentukan semua umat Islam bersolat selain puasa zakat dan haji. Selain itu pemerintah juga wajib dilihat dan berbaur Islam, dari segi pakaian makan minum halal toyibah dan syiar Islam itu sendiri wajib hidup dlm kehidupan umat Islam. Hari ini kita kata kita Islam, bab pakaian wanita Islam pun kita gagal berdakwah dgn cara yg diperintah oleh Allah swt.

Untuk meringkas cerita definasi negara Islam cukup mudah, kita lihat masjid surau adakah telah dimakmurkan seperti kehendak Nabi saw, maksiat adakah ianya semakin serius atau paling minima dan tentukan umat Islam patuh kpd waktu atau hormat waktu solat atau berduyun2 ke pasar malam pada waktu maghrib.

Hakikatnya bila Malaysia negara Islam maka kesannya keberkatan dan nikmat akan turun kerana Allah swt redho. Hari ini seluruh dunia di ancam azab, tiada keberkatan hutang banyak, rakyat hidup susah, pemerintah di bawah UMNO semakin tidak bertanggung jawab terhadap rakyat, rakyat semakin di asak dgn kesusahan dan azab dlm bentuk umat Islam itu sendiri semakin tinggalkan solat, keluarga Islam menjadi kucar kacir dan lebih teruk akhlak dari bukan Islam, Apakah jawapannya Malaysia bukan negara Islam dan hanya mereka yg mendakwa Malaysia negara Islam hanya slogan untuk memancing undi kerana kalau tiada Melayu Islam yg menyokong UMNO BN maka tamatlah riwayat parti yg semakin lemah itu. Ini adalah hakikat bukan cerita fitnah, tuan2 yg ada akal boleh lihat dgn mata hati bukan mata atas hidup, malangnya Melayu masih tidur nyenyak dgn sedikit harta benda walau pun hakikatnya sedang menuju kehancuran.

Tuesday 17 June 2014

SIAPAKAH YG PERLU SIJIL HALAL

Apakah yg dinak dihalusi dgn sijil halal? Kilang haram yg buat makanan "halal" yg tak terkawal dan sijil halal yg "haram" juga tak dapat dikawal. Apakah dgn memberi sijil halal dapat menentukan produk itu halal? yg membuat produk itu bukan Islam, apakah pihak JAKIM nak menghabiskan masa dgn menerangkan yg mana halal dan yg mana haram kpd bukan Islam? Inilah peliknya bila sijil jadi status menentukan halal haram sedangkan yg kenal halal haram ialah orang2 yg beriman shj, orang2 Islam yg tak beriman juga ambil sikap seperti orang2 bukan Islam, apa aku peduli janji, makanan ini boleh kenyang bab halal haram itu cerita lain. Berapa ramai orang2 yg dikatakan Islam makan di kedai2 bukan Islam, hanya percaya logo halal sedangkan yg memasak itu kalau dia nak mengianaya orang2 Islam dgn ayam potong leher atau goreng dgn minyak babi pun mana mereka tahu, kalau tahu pun kerana sedap, sapu sajalah. Kerajaan gagal memperbanyakkan usahawan Melayu Islam dlm semua bidang makanan, yg goreng pisang tepi jalan, juga kedai2 runcit muslim, bukan kedai 1 Malaysia! Ini fardhu kifayah, sepatutnya dlm khutbah Jumaat selalu diwar warkan dan suntik semangat orang ramai betapa pentingnya umat Islam terlibat dgn barang makanan halal, kalaulah umat Islam yg beriman yg usahakan barang2 makanan ini perlukah lagi logo halal? Yang jadi masalah sekarang kepada siapakah yg sebenarnya yg hendak guna logo halal ini melainkan perusahaan bukan Islam, kpd umat Islam perlukah logo halal ini? Orang Islam yg menjual nasi lemak itu perlukah logo halal, atau Ramasamy atau Ah chong yg menjual nasi lemak itu kah yg perlu kpd logo halal ini? Dulu bila al Arqam dah maju dlm membuat makanan halal kerana akidah pemimpinnya seorang habis diharamkan 1 al Arqam, bukannya nak kaunseling atau hukum saja Shaari itu sorang bukan mengharamkan seluruh pertubuhan itu, itulah bodohnya PM UMNO waktu itu. kerana pantang cabar kuasa! sekarang bolehkah diujudkan sistem bisnes ala Arqam itu? Itulah kelemahan pemimpin2 UMNO dulu kini selama2nya.

Sunday 15 June 2014

APAKAH HUKUM MENGUNCI MASJID?



Ayat 114 surah al Baqarah yg bermaksud, Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut / mengingati nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Boleh jadi ada orang yang berkata, sekiranya masjid itu tidak dikunci nanti ia akan dimasuki penagih dadah, pencuri dan seumpanya. Sebab berlaku begitu kerana kita merasakan Islam itu hanya di masjid sahaja. Antara sebab lain ialah kerana di luar masjid, Islam tidak dilaksanakan, dengan sebab itu hubungan antara masjid dengan luar masjid tidak dapat diselaraskan.

Mengapa orang yang melakukan kejahatan suka masuk ke dalam masjid untuk melakukan kejahatan? Ini kerana di luar masjid berjalan undang-undang jahat yang tidak berlandaskan kepada hukum Allah SWT, sebab itulah huru-hara boleh berlaku dalam masjid dan di mana-mana sahaja.

Kita mestilah mengetahui bahawa hukum agama Allah ini bukan sahaja dilaksanakan dalam masjid, tetapi juga di luar masjid. Yang menjadi kacau-bilau hari ini kerana kita bimbang kalau-kalau masjid diganggu kerana kita tidak melaksanakan Islam di luar masjid.

Apabila Islam tidak dilaksanakan di luar masjid, maka berlakulah perkara yang tidak selaras dalam masalah keselamatan masjid sehingga kita membuat undang-undang sendiri dan undang-undang yang bercanggah dengan Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Kita hendaklah memhami bahawa yang dikatakan memakmurkan masjid itu ialah seperti yang disebut oleh Allah SWT di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya hanya yang memakmurkan masjid itu ialah seseiapa yang beriman dengan Allah dalam erti kata yang sebenarnya ( Surah at-Taubah, ayat 18).

Bukan dalam makna yang tidak sebenar iaitu beriman dengan sebahagian sahaja daripada ajaran Allah dan yang sebahagian lagi tidak beriman. Orang yang beriman sebahagian sahaja daripada ajaran Allah SWT tidak layak untuk memakmurkan masjid dan disebut ayat berikut iaitu mereka yang beriman dengan hari akhirat.

Orang yang memakmurkan masjid ialah orang yang percaya kepada hari akhirat bukan sebaliknya, dan mereka yang mendirikan solat. Iaitu orang yang mendirikan solat inilah orang yang memakmurkan masjid. Orang itu mestilah mendirikan solat, kalau kerajaan, kerajaan itu hendaklah mendirikan solat juga.

Apa makna kerajaan mendirikan solat? Makna memakmurkan masjid ialah kerajaan yang jemaah menterinya dan ketua-ketua negaranya menunaikan solat lima waktu, bukan solat sunat hari raya dan solat Jumaat sahaja.

Mereka juga hendaklah menjalankan undang-undang yang memerintah supaya orang mengerjakan solat. Kalau dalam negara itu tidak ada undang-undang demikian serta menghukum orang yang tidak solat, maka tidak dinamakan pemerintah yang mendirikan solat. Kerajaan seperti itu tidak layak untuk memakmurkan masjid.

Dan juga ciri terakhir ialah mengeluarkan zakat. Orang yang memakmurkan masjid ialah orang yang menunaikan zakat. Apa kena mengena memakmurkan masjid dengan menunaikan zakat? Orang yang menunaikan zakat ini ialah orang yang tahu tanggungjawab harta bendanya dengan menunaikan zakat mengikut hukum-hukum agama yang ditetapkan Allah dan Rasulullah s.a.

MAS RUGI

KALAU TAK RUGI ITU BUKAN MAS? Dr. Tan Seng Giaw, MP bagi Kepong jangan salahkan kesatuan MAS, salahkan pengurusan MAS yg tak pandai bisnis sentiasa rugi, kesatuan dah hilang sabar bilalah MAS nak untung!
Kita kena berfikiran rational apakah yg menyebabkan syarikat pernerbangan Malaysia MAS rugi? Adakah kerana pengurusan yg tidak cerdik dan gaji elaun pemimpin2 atasan yg terlalu banyak sedangkan untuk berkorban memulihkan MAS hanya dgn air liur dan bantuan subsidi kerajaan? Kebanyakkan GLC kerajaan di bawah UMNO BN tidak mengembirakan syarikat, rugi itu dah biasa atau sinonim sangat! Kita nak banggakan MAS milik Malaysia tapi rugi atau MAS dijualkan kpd milik asing lagilah merapu, jadi apakah penyelesaiaannya sudah berpuluh tahun rugi dan terpaksa bergantung kpd suntikkan kerajaan shj, Ini berniaga atas angin kalau kita diberi peluang berniaga seperti ini, kalau beruk jadi CEO pun tetap dapat gaji elaun itu ini! Kita tak boleh tipu rakyat, masalah sebenarnya terlalu banyak berpolitik, sedangkan ilmu perniagaan, pemasaran, kewangan dll yg bersangkutan dgn bisnis masih jauh dari profesional. seperti juga politik, tak habis dgn isu semasa yg menyusahkan rakyat sedangkan menteri2 bersuka ria menikmati gaji, elaun itu ini dan hidupa mewah! Kalau kita katakan apa jua yg di jaga oleh Melayu semuanya bermasalah, Tony Fernandes yg miliki Air Asia juga bermasalah tapi masalah dapat di selesai dgn pergantungan politik dan masih hidup dan terus hidup dan untung pula. MAS bukan baru berpuluh tahun hidup sebelum ada Air Asia tapi rugi lebih banyak dari untung, Melayu wajib berubah seperti Jepun contohnya, tapi bolehkah Melayu berubah sedangkan politik kotor yg tidak berkesudahan ini terus diamalkan? Mungkin Melayu dari alam kanak2 lagi kena bersekolah di Jepun atau di Eropah supaya amalan sifat2 terpuji dapat dihayati disamping amalan Islam yg kuat, Hari ini Melayu semakin ramai tak jujur, tak amanah, tak ikhlas dan yg paling dahsyat ramai Melayu yg mengaku Islam tak bersolat, kalau bersolat pun masih menipu, berbohong, soalannya ada Melayu di bawah UMNO ini Islam yg sebenarnya. Masalah kesatuan nak mogok itu adalah hasil kerja pihak pengurusan yg tidak amanah, jujur ikhlas maka hasil menghasilkan syarikat yg sentiasa rugi, jugi rugi akhlak!

Saturday 14 June 2014

SALAH FAHAM MAKSUD DAKWAH DAN CERAMAH



Penceramah dan pendakwah dua kerja yg berbeza. Penceramah sama ada dibayar atau buat majlis ceramah di masjid atau di kuliah di TV radio, orang ramai yg berhajat untuk mendengar sudah tentu orang2 yg suka mendengar majlis agama, kebanyakkannya orang2 yg dah baik2, berlainan dgn pendakwah yg korban wang, masa, diri keluar ke jalan Allah swt berjumpa dgn pelbagai orang bagi menyeru mengajak mereka yg jauh dari ajaran Islam kembali ke Islam adalah satu kerja yg mencabar dan ujian juga banyak, inilah kerja Nabi saw, keluar pagi balik petang berjumpa orang dari rumah ke rumah lorong ke lorong, mungkin ustaz kata itu zaman Nabi saw tak ada teknologi dn sebagainya, tapi sekarang konsep berlainan. Cara Nabi saw ini kita mesti tiru walau pun kita dah maju, hanya kerja dakwah cara Nabi saw, umat akan terkesan, cara lain hanya ustaz kenyang, umat semakin jauh dari Islam. 

Di England tahun tahun 60 dulu hanya ada 4 masjid shj, Tahun 1990 jumlah masjid bertambah ke 1000 buah. 180 gereja telah bertukar menjadi masjid sehingga pemerintah telah melarang menjual gereja untuk dijadikan masjid.

Inilah hasil usaha dakwah cara Nabi saw, yg diteruskan oleh jemaah Tabligh. Di England mereka yg tiada beragama atau Kristian yg telah ceroi sangat mudah jemaah Tabligh dekati dan mudah faham dari orang2 Islam yg keturunan Islam yg dah lama tapi hanya tinggal nama, amalan kucar kacir, bercampur2 antara syirik dan iman.

Inilah cara yg Allah swt sangat suka, bawa Islam ke manusia bukannya adakan majlis ceramah di padang2 yg bercampur lelaki perempuan kemudian diadakan pula waktu malam. Sudah tentu jenis majlis yg berbentuk konsert ini dihadiri oleh syaitan supaya lepas berkonsert lelaki perempuan bercampur2 tak kira isteri orang ke anak dara orang ke akan bersentuhan kerana masing2 hendak balik ke rumah, Besok solat subuh, muka orang2 sama juga bersolat. Hari ini umat Islam rosak akhlak kerana mereka yg berpengetahuan Islam tidak faham erti dakwah dan erti ceramah.

Thursday 12 June 2014

MALAYSIA BAKAL JADI HONG KONG BARU?



Melihat perkembangan semasa, Malaysia, Melayu tidak boleh lagi memdabik dada dgn berkata Malaysia Melayu punya. Melayu semakin diancam kepupusan amalan Islam, tanah Melayu dan juga ekonomi. Ajaran Islam semakin ditinggalkan, masjid semakin sunyi, majlis ilmu hanya mereka yg sukakan Islam shj yg hadir, kerosakan akhlak umat Islam semakin serius. Tanah simpan Melayu atau rezab Melayu semakin mengecil, sebelum merdeka ada 3 juta hektar sekarang dah tinggal 1 juta hektar tanpa gantian, ekonomi Melayu semakin tenat dgn kerugian GLC, perniagaan Melayu yg tiada berkembang ke arah sains dan teknologi, kebanyakkan restoran makanan yg tumbuh macam cendawan ditambah dgn gerai di tepi2 jalan sedangkan gedung perniagaan besar yg bertaraf antarabangsa semakin berkembang maju yg diusahakan oleh Cina, rumah2 kedai yg baharu diprojek swasta semuanya dibolot oleh Cina, Melayu UMNO masih boleh tersenyum dgn menjadi barua pembanguan dgn hanya mendapat sedikit habuan sedangkan bangsa sendiri semakin merepat. Apakah ada masa depan Melayu di bawah UMNO? Melayu masih berseronok dgn hiburan, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, berbangga menjadi orang kaya baru hasil dari wang haram, maka kehidupan Melayu hari ini semakin jauh dari sayangkan bangsa, lebih sayangkan siapa yg boleh beri wang, inilah tanda2 kehancuran bangsa Melayu, apakah Melayu masih tidak sedar diri?
Apakah yg Melayu hendak banggakan dgn kuasa yg semakin lemah? ekonomi yg semakin mundur, walau pun dasar ekonomi baru telah ditranformasi tapi yg rugi tetap Melayu. Melayu dibuai dgn kata2 indah, KDNK semakin mantap sedangkan Melayu semakin merepat dgn kenaikan harga2 barang, tarif elektrik, petrol, minyak masak, gula, ikan daging tepung dll. Kegilaan kerajaan UMNO BN untuk mengejar tahun 2020, negara maju, rakyat berpendapatan tinggi hanyalah cita2 manusia yg paling bodoh kerana realiti kehidupan tidak seindah kata!



KDNK: Cubaan nakal kelirukan rakyat



Najib bangga dgn KDNK 6.2 % suku tahun 2014, sedangkan rakyat menderita dgn perbelanjaan harian. Inilah yg dikatakan periok besar kerak nasi juga tebal! sebab kerak tebal kerana api tak dijaga, dibiarkan menyala kuat sedangkan untuk mengelak kerak besar yg tidak berfaedah dan akan diberi makan kpd ayam itu sebenarnya boleh dimakan jika api yg sesuai dgn masakan nasi itu dikawal.

Cerita oleh pemimpin2 memang hebat tapi adakah mereka ini berpijak dibumi nyata atau dibumi khayalan yg membuat rakyat menyumpah seranah kerana realiti sebenarnya ialah hendak menipu rakyat? Apalah orang2 susah hendak banggakan dgn pencapaian KDNK sedangkan beras yg dimasak sepatutnya untuk 10 orang makan tapi yg boleh makan hanya 3 orang?

Apakah hutang negara yg sedang meningkat itu cukup untuk selesaikan hanya dgn kukuhnya KDNK? Sebagai menteri kewangan, apakah kenyataan Najib itu memberi gambaran betapa bodoh seorang PM bercakap ibaratkan bapa ayam berkokok sedangkan ekor bergelumang dgn tahi!

Rafizi yg bukan menteri itu adalah lebih baik dari Najib yg jelas sedang menegakkan benang basah! Rakyat telah bijak menilai yang mana emas dan yg mana suasa, mungkin akan muncul menteri yg se kelas dgn Najib yg akan berhujah bodoh, kita saksikan.



Wednesday 4 June 2014

ORANG ISLAM MURTAD SALAH SIAPA?



Tidak kira sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan Murut dan lain2 bila keluar Islam, siapakah yg bertanggung jawab nak jawab di depan Allah swt? Nabi saw dihantar untuk mengajak Arab jahiliah kembali kpd Allah swt setelah lama ruang itu ditinggalkan oleh Nabi Isa a..s. Manusia kembali murtad kerana naluri manusia memang suka kepada keseronokan dan kalau boleh tak mahu kpd undang2 yg boleh menyekat mereka kpd halal haram. Bila Nabi saw dihantar oleh Allah swt untuk membetulkan akidah yg telah teramat rosak itu, maka sedikit demi sedikit manusai kembali kpd Allah swt sehingga dizaman itu dikatakan zaman kegemilangan Islam.

Hari ini kita pun bukan main berceramah sana sini, yg UMNO kata mereka telah menunaikan marqasid syariah dan parti Islam seperti PAS juga tidak ketinggalan marilah kita kembali kpd Islam yg shumul, bak kata pepatah yg ringan sama2 dijinjing yg berat sama2 dipikul, tapi yg tak solat itu terus dgn jahiliahnya termasuk pemimpin2 Islam sendiri! Malah yg Islam setengah masak pun sama2 berzikir ala versi syiah dll. Inilah yg dikatakan oleh Dollah Badawi Islam hadhari, dunia boleh, akhirat tak berapa jelas! Kesan dari Islam yg liberal atau sederhana, Islam entah apa lagi, maka lahirlah manusia yg mengaku Islam tapi tak tutup aurat dan menentang hudud. Maka Islam dilihat oleh bukan Islam bertambah keliru, yg  tak suka Islam akan terus mencemuh Islam dan yg teringin nak masuk Islam terasa was2 betul ke Islam itu baik, tengok pengikutnya lintang pukang dan yg lebih malang yg dah Islam semakin longgar iman, berterusan tak menjaga solat, maka kesannya hasil dakyahan bukan Islam seperti Kristian dan ditambah dgn yg dah Islam pun kaki merapu, akhirnya semua agama samalah termasuklah yg telah Islam pun kutuk sekaki. Begitulah Islam diakhir zaman. Islam hanya untuk cari makan bukan amalan untuk akhirat.

Ilmuan Islam yg bergelar DR, ulama, mufti, ketua agama Islam raja2 PM, MB dan ahli2 politik Islam hanya melihat dan buat pekak badak saja dlm hal yg sangat penting ini. Apakah tindakkan mereka hanya bercakap bila ada kes. Mana perginya kerja dakwah? dakwah buat kerja jumpa orang di semua peringkat sama ada kaya miskin, bukan Islam, Islam setengah masak dan yg dah masak pun kena didekati kerana peringatan mesti dibuat walau pun dah pandai dan bijak. Dalam kes serang majlis perkahwinan ini adalah satu kerja bodoh, kalau nak tunjuk kuasa pun bukan begitu, Islam tak mengajar kpd mereka yg berkuasa untuk menunjukkan kuasa. Murtad tak boleh diselesaikan dgn menyerang membabi buta, ianya di dalam hati, kalau tangkap pun tak guna kerana akidah mereka dah rosak, sepatutnya JAIS bila dah dapat kesan, buat kaunseling dakwah kpd mereka ini. Bukan salah mereka tapi salah orang Islam yg tak buat kerja dakwah.

Monday 2 June 2014

KEMANA ARAH TUJU PAS SELEPAS KETIADAAN TGNA DAN TGHHA?



Pelapis kepimpinan PAS dalam bahaya jika dua tokoh di atas termasuk TG DR Harun Din kembali ke rahmatullah. Adakah penganti yg akan membawa PAS ke arah perjuanganan Islam seperti sekarang? Kita melihat dari segi logiknya PAS ketandusan pemimpin2 yg warak bukan pelawak. Pegangan Islam ahli sunnah wal jamaah yg sebenar masih jauh dihayati. Mungkin kita tak percaya apa yg kita percaya sekarang, ahli2 PAS adalah semuanya asli(ori) dalam pegangan ahli sunnah wal jamaah, tapi adakah kita yakin kita ahli sunnah wal jamaah kalau bab solat pun kita masih lintang pukang tak ikut cara Nabi saw? Siapakah yg berani mengaku akau ahli sunnah wal jamaan tulin? Nak buktikan? siapa di antara kita yg jaga solat, jaga solat di sini bermaksud, solat awal waktu dimana azan diazankan dan berjemaah di masjid atau di surau. Beranikah waktu tengah sibuk bermesyuarat berhenti sebelum solat zohor dan berhenti juga di solat asar? atau teruskan mesyuarat sehingga tertinggal asar atau asar sempadan maghrib?

Perjuangan yg dikatakan mengikut cara Nabi saw tapi sebenarnya perjuangan untuk dunia yg jelas, apakah tidaknya semasa PRK di Teluk Intan calun DAP seorang wanita Melayu Islam tidak menutup aurat dan menolak hudud pun PAS sokong! atas nama PR. Adakah kita terpaksa mengadaikan prinsip perjuangan kita atas nama kawan dalam PR? Kenapa kita tak sokong UMNO yg serupa dgn calun DAP itu? Apakah perbezaan mereka? mungkin kerana UMNO musuk kita, DAP kawan kita, buat maksiat pun boleh tutup mata? Selagi kita masih pura2 dgn perjuangan Islam maka selagi itulah Allah swt tidak akan membantu kita di masa2 akan datang. Kita menentang maksiat kerana hendak menegakkan hukum Allah swt tak kira lawan atau kawan. Pemimpin2 PAS yg akan datang setelah ketiadaan mereka di atas, wajib ada sifat satu alam. Hari ini pemimpin2 PAS ada yg hidup di dua alam. Oleh itu jika sifat2 hidup di dua alam tidak diperbetulkan maka kita akan terus berjuangan, yang menang tetap musuh dan yg kalah tetap PAS dan PR. Oleh itu tekadkan diri sendiri untuk berubah dari sifat2 fasiq dan munafiq ke iman yg sebenarnya. Hanya dgn sifat2 ini, insyaAllah pertolongan Allah swt sentiasa berada dipihak yg benar lagi bertaqwa.