Wednesday 30 April 2014

ISLAM ITU TAK AKAN DIREDHAI MUSUH2 ISLAM SEHINGGA KHIAMAT



Hari ini umat Islam terutamanya Melayu Islam yg ada iman cukup risau tentang perkembangan semasa yg terlalu mementingkan kehidupan dunia sehingga amalan Islam yg wajib ditinggalkan. Kesan dari dari perbuatan ini menyebabkan Allah swt tersangat murka sehingga bala dan musibah terlalu banyak diturunkan yg menyebabkan akhlak umat Islam semakin rosak. Kenapa akhlak bukan Islam lebih baik dari umat Islam? Jawapan ini ada hubung kait dgn perjanjian kita dgn Allah swt setelah mengucap kalimah syahadah, sewajib kita patuh segala perintahNya. Gagal bermakna kita telah mungkir janji, mungkir janji sesama manusia pun manusia marah, inikan pula perjanjian kita dgn Allah swt.

Selain dari perlaksanaan hudud, dalam suasana apa sekali pun hudud itu wajib ditegakkan, samalah seperti solat. Tidak ada alasan dan tidak dinyatakan dalam mana2 hadith2 Nabi saw. Nak berhujah bab menolak atau menangguhkan itu tiada dalam hadith Nabi saw. Apa yg kita lakukan sekarang hanyalah mengunakan otak dan akal manusia yg lemah. Dalam bab hukum, ibadat akal tidak boleh digunakan kerana terdapat banyak petintah Allah swt tidak sesuai dgn nafsu manusia, contohnya solat, jiwa manusia tidak suka kpdnya kerana jiwa manusia suka seronok           

Bukan Islam semakin naik tocang dan umat Islam yg berideologi sekular pun sama naik menentang hudud. Siapakah yg patut disalahkan kalau tidak sama2 Melayu yg mengaku Islam!

Kalau semuanya umat Islam di Malaysia mengikut marqasid syariah seperti kata PM Najib, kenapa perlu menjadi munafiq dlm bab hudud? Apakah yg kita harapkan dari UMNO, menegakkan Islam atau menghianati Islam. Ini termasuk para2 ulama yg berdiam diri atau bercakap melawan arus. Semuanya kerana kedudukan pangkat jawatan dan wang!

PAS telah menyusah diri dgn PR yg berbilang bangsa dan agama, lebih malang yg beragama Islam, PAS wajib belajar yakin dgn kuasa Allah swt. Kalau PAS bersendirian dan ditentang oleh pihak lawan, itu lain bab tetapi bila dlm PR sendiri menentang, itu akan menjadi isu musuh  UMNO BN. UMNO BN memang kerja mereka mencari peluang berhujah bodoh sedangkan  sendiri mereka seperti ayam jantan berkokok ekor berlumang dgn tahi! Soalannya beranikah PAS berpisah dgn DAP dan PKR jika isu hudud tak selesai. PAS berhadapan dgn musuh sesama Melayu dan Islam dan bukan Islam. Masalah PAS semakin rumit dan tidak akan berkesudahan walau pun seorang penentang tegar telah mati, satu mati sepuluh pula ganti. Islam agama tunggal yg bertuhankan Allah swt, fahaman lain yg mengaku agama menjadi musuh sejak dari zaman Nabi saw. Kesimpulannya sudah berkurun2 berlalu dan Islam itu sudah melebihi dari 1400 tahun, seolah2 Islam itu agama baru sampai!



Saturday 26 April 2014

SIAPA YG SEBENARNYA GANAS YAHUDI ATAU ZIONIS?



Rabbi ia itu Yahudi berhaluan kiri ini adalah Bani Isreal yg memegang kuat kitab Taurat. Mereka percaya apa yg Allah swt memberitahu mereka dalam kitab Taurat memang mereka tiada bernegara dan mereka akur dgn perintah ini dan mereka sebenarnya selesa tinggal dalam negara yg diperintah oleh orang Islam seperti di Turkey, Palestin dll. Walau pun mereka tidak mengikut syariat Nabi saw, tetap syirik kpd Allah swt. Yahudi ini adalah mereka yg tidak suka bergaduh dan taat dgn fahaman Yahudi lama. Di Israel juga terdapat masjid2. Kita jangan kutuk Bani israel kerana mereka ada yg muslim.

Zionis adalah golongan Bani Israel yg jahat, merekalah yg menganas di Palestin dan membunuh rakyat Palastin dan merampas sebahagian dari Palestin bagi menubuhkan negara Israel, Mereka berlindung di sebalik memburukkan Yahudi. Yahudi yg sebenarnya menentang Zionis ini kerana Zionis serupa orang yg telah mencipta satu faham lain dari Yahudi atau istilah kita mereka ini telah murtad.

Kita hari ini keliru dgn Yahudi dan Zionis, yg kena maki hamun ialah Yahudi sedangkan angkara jahat ialah satu faham baru dari kelompok Bani Israel diasaskan lebih kurang 100 dahulu sedangkan Yahudi sejak zaman Nabi Sulaiman a.s lagi, Mereka percaya kpd Nabi2 Allah seperti Nabi Musa as, Nabi Isa as dll.

Walau bagaimana pun kebencian sebenarnya adalah puak Zionis yg sedang berkuasa dibelakang Presiden Amerika sekarang Barack Obama. Memang susah kita nak ubah tuduhan ini tapi bila kita faham masalah Bani Israel kita dapat gambaran apa yg kita alami di Malaysia, satu pihak mahu Islam satu pihak masih dgn faham sekular, tapi yg dapat nama buruk tentulah yg ingin menegakkan negara Islam. Begitulah kenyataan ringkas yg kita kena faham sebenarnya lembu punya susu sapi dapat nama! Sebenarnya kita sedang berkawan dgn puak2 Zionis!



Wednesday 23 April 2014

KELAYAKAN TAK PERLU HANYA PANDAI ...........



Dalam dunia serba canggih, kebanyakkan rakyat jadi kan UNI seperti masuk sekolah menengah, taraf kelayakan dah mula menuruun, dulu lepas sijil Cambridge kemudian sijil MCE lepas itu SPM. kalau ada sijil Cambridge boleh jadi pegawai daerah DO sekarang lulus SPM hanya layak jadi operator kilang! begitulah masa berubah ilmu juga berubah. Yang tak berubah ialah rakyat di kampung2 duk macam itulah dulu kini selama2nya rentak perlahan slow rythem dgn lagu dondang sayang dan lagu Melayu aslinya.

Hanya yg tak berubah ialah kelulusan jadi PM menteri atau MB atau wakil2 rakyat, tapi JKKKP itu tolak ke tepi dulu.
Dalam sejarah hanya jawatan di atas tidak perlu kelululusan hanya ada modal air lior pandai kelentong serba sikit masuk bertanding menang bodek, jadilah menteri.

Adakah pernah anda lihat atau mendengar jawatan menteri dlm akhbar, kelayakan ijazah mana bidang pengelaman sekian, boleh bertutur bahasa Melayu dan Inggeris dan lulus atau kredit dalam bahasa Melayu. Tak pernah dengar dan tak pernah pun ada iklan seperti itu. Lain dalam jawatan kerajaan sekurang2nya lulus BM atau kredit untuk jadi kerani, pegawai seterusnya ketua pengarah. Oleh itu apalah yg anda harapkan kualiti PM menteri2 MB dan wakil2 rakyat termasuk JKKKP. Kalaulah mereka membuat perancangan dan penambah baikan pun setakat manalah keupayaan mereka kalau dibanding seorang ulama keluaran pondok jangan pondok di Getting tu sudahlah!



Monday 21 April 2014

ANTARA PEMIMPIN2 ISLAM YG DAPAT HIDAYAH.....



Dalam suasana umat Islam dan pemimpin2 Islam meraba2 mencari perkara yg sahih lagi benar, ada seorang pemimpin Islam yg berjiwa besar seperti Sultan Brunei yg sanggup berdepan dgn puak2 Yahudi yg kita tahu telah menguasai dunia sekarang.

Negara kecil yg kaya raya, biasanya pemimpinnya akan bertambah tamak dgn harta dunia tapi ada juga pemimpin berjiwa besar lagi beriman dan bertaqwa kpd Allah swt yg menjadikan beliau semakin kaya semakin beriman dan bertaqwa kpd Allah swt, Pemimpin2 yg kaya dgn wang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, tidak mungkin akan mendapat hidayah dariNya, kerana makanan yg haram akan menjadi darah daging yg kotor sesuai untuk bahan bakar api neraka.

Pergorbanan Sultan Brunei sudah pasti dan dijangka akan menjadi ujian dan cabaran kpd baginda sendiri. Sejarah Nabi saw apabila baginda memulakan tugas berdakwah, apa yg baginda dapat ialah musuh disekeling pinggang kerana Islam akan menyekat kemungkaran dan maksiat dari terus dilakukan oleh mereka yg suka neraka.
Memperkenalkan hudud yg telah ditinggalkan oleh Nabi saw di zaman ini yg serba maju ini ditambah dgn maksiat yg telah sebati dgn jiwa manusia, yg bukan Islam sudah tentu tidak menjadi dosa kpd mereka, tapi yg mengaku Islam hanya pada nama mula memberontak kerana maksiat telah sebati dgn jiwa mereka, tiba2 seorang ketua negara bertindak melawan arus!

Di Malaysia yg pemimpin2nya Melayu Islam yg mengaku Islam tapi menolak hudud atas alasan negara majmuk, rakyat belum bersedia menjadi ego dan agaknya juga mewakili puak2 Yahudi yg telah termakan budi sehingga kalau nerakalah yg ditentukan Allah swt maka sanggup ke neraka kerana mempertahankan kuasa yg semakin lemah. Mereka ini tak takut azab Allah swt kerana iman lemah dan membuat mereka terus berada di dlm kejahilan. Umur semakin sedikit, rambut, bulu mata, kepala semakin botak dan beruban putih, kubur sedang mengamit, sedang kubur berdendam dan geram dgn jasad yg engkar dgn perintah Allah swt, bila tiba masanya akan dihimpit hingga berceragah tulung rusuk, apa nak dikatakan bila dah jahil, terus jahil murakat, adakah jalan kembali?
Wallahua’klam.



Friday 18 April 2014

YG PERGI TETAP DIKENANG YG GANTI AKAN LEBIH TERSERLAH



Profesion sebagai peguam adalah sama seperti profesion sebagai jurutera, doctor, akauntan, arkitek dan lain2. Bukan semua orang ada bakat. Bakat semula jadi atau bakal yg dibina bersama profesion adalah dua bakat berlainan. Bakat semula jadi memang tidak dinafikan, dari kecil memang pandai, cerdik dan bijak. Bakat yg dibina adalah bakat yg pandai, cerdiknya bila dah dewasa. Paling malang mereka yg tak berbakat langsung, walau pun ada kelulusan tapi hanya lulus tapi tak pernah faham apa yg dia belajar. Hari ini ramai orang berkelulusan tinggi tapi hanya tahu menjawab soalan yg dihafal bukan yg dihayati. Lulus juga tapi lulus yg macam ini akan menghasil pendapat bodoh kerana apa yg dia cakap tak serupa dgn apa yg dibikin.

Ada peguam menjadi pakar sesuatu bidang kerana dia berbakat dan berusaha lebih tak jemu2, ada peguam menjadi pakar dalam bab nak menipu putar belit, hidup peguam ini sudah pasti tak diberkati Allah swt jika dia seorang Islam.

Kenapa dalam banyak2 peguam, Karpal menjadi peguam terhebat, adakah dia seorang yg hebat? dari segi apa? yg kita nampak beliau seorang yg berpegang kpd prinsip kebenaran, jika tidak kenapa beliau tak masuk MIC misalnya. Prinsip kebenaran ini jika dipegang memang banyak musuh, terutamanya musuh2 yg suka kpd wang haram, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Kumpulan inilah yg paling hidup senang lenang, tapi jiwa berpenyakit busuk hati dan sakit hati. Sepatutnnya jiwa seperti Karpal ini berada dlm jiwa Melayu Islam tapi malang jiwa yg baik ini berada dalam seorang bukan Islam. Kita tak menyentuh bab tentangan hudud beliau kerana apa yg nak dibenci maki hamun sedangkan dia bukan Islam. Apa yg dia nampak ialah pertentangan, serupa juga kita yg Islam ini nampak agama lain sebagai pertentangan dalam dgn akidah kita. Oleh itu bab ini kita tak perlu bahaskan, yg penting keadilan yg diperjuangkan oleh manusia tak kira Islam ke atau bukan Islam ke matlamat semua sama ia itu keadilan, tak rasuah tak penyelewengan dan tak salah guna kuasa.

Melayu Islam terutamanya pemimpin2 yg berkuasa UMNO BN tanya diri sendiri adakah aku ini Islam yg munafik atau Karpal singh yg bukan Islam tapi ada sifat2 Islam dalam dirinya? Karpal pergi untuk selama2nya, adakah dgn pemergian beliau Malaysia akan jadi rumah yg tak bertikus, satu pergi mungkin berpuluh lagi akan dilahirkan selagi cara UMNO BN yg tak berubah itu masih ada. UMNO BN hanya boleh bergembira sementara, peguan seperti Karpal Singh sebenarnya berada di mana2 shj dan akan muncul mengikut keperluan semasa. Apa yg penting dgn tak berubahnya UMNO BN maka rahmat peguam  seperti Karpal Singh akan terus terserlah dan lawan tetap lawan



Thursday 17 April 2014

PERBEZAAN FAHAMAN HUDUD KARPAL DN UMNO



Karpal Singh berhak menentang hudud berdasarkan perlembagaan Malaysia yg mengatakan Islam adalah negara rasmi dan ayat ini putus di situ saja, sama juga kenyataan PM Najib MH370 berakhir di lautan Hindi. Dia tak kata MH370 terhempas atas lautan Hindi. Bila ayat yg tak lengkap ini berlaku maka pelbagai tafsiran boleh dibuat. Perlembagaan Malaysia yg dibuat oleh Lord Reid banyak kelemahan dan kelompongan yg boleh dihujahkan seperti yg dilakukan oleh Karpal Singh. Kita tahu banyak hujah yg boleh dibuat terhadap Perlembangaan Malaysia terutamanya berhubung dgn Islam dan hak Melayu.
Kalau Karpal Singh yg bukan Islam ada lojiknya berhujah atas kelemahan perlembagaan Malaysia, UMNO bagaimana pula hujah mereka, adakah juga berdasarkan kelemahan perlembagaan atau atas dasar tak faham al Quran dn hadith atau tak faham Islam? Kalau Karpal Singh menentang hudud,  UMNO menentang hudud atas alasan apa?





Saturday 5 April 2014

JANGAN SIA2KAN KEHIDUPAN YG SEMENTARA INI...


Apalah erti hidup ini sebagai orang Islam, bukan pahala yg dicari tapi dosa yg menimbun, lebih malang lagi tak buat dosa tapi di akhirat diperlihat saham dosa menimbun, adu kpd Allah swt, wahai Allah swt di dunia aku tak buat dosa itu ini tapi kenapa Engkau beri dosa2 ini kpd aku? Allah swt memutarkan gambar2 semasa hidup di dunia yg penuh dgn kejahilan dan kejahatan ia itu suka mengada2 fitnah dan ikut pemimpin2 yg banyak buat dosa.
Masa itu tergaman, ingatkan boleh tipu Allah swt, rupa2 Allah swt dah simpan rekod peribadi semua orang, akhirnya ditolak masuk neraka bersama2 geng Yahudi, Nasrani , Majusi, Firaun, Hamman, Qarun, Abu Lahab dll. Begitulah betapa bodohnya manusia yg beragama Islam tapi hanya pura2 mengaku Islam kerana nak berkuasa akhirnya rugi di akhirat.
Diberi kuasa supaya buat perkara maarof, tapi guna kuasa untuk membuat kejahatan sedang Nabi2 dihantar kpd manusia supaya keluar dari kegelapan syirik tapi syrik dan dosa itu yg disukai, betapa bodohnya manusia menilai alam akhirat. Umur yg pendek 60 70 tahun digunakan sia2 dan membuat kerja lara, kalau dicampak ke dlm neraka pun itulah hadiah bagi mereka yg sukakan dunia seperti Yahudi sukakan dunia. Yahudi manusia yg paling cerdik di atas muka bumi ini tapi merekalah yg paling bodoh bila menilai bab selepas mati. Ramai Melayu seperti Yahudi menilai kehidupan dunia ini, seolah2 tidak akan mati, maka mereka ini sewajibnyalah bersama2 Yahudi dll. Mereka di beri kitab al Quran dan hadith2 Nabi saw, tapi yg mereka suka gunakan otak menolak semua ini kerana mereka percaya tentang kehebatan akal dan otak yg dipergunakan oleh syaitan untuk menipu diri sendiri.