Tuesday 31 December 2013

GAGALNYA SEORANG PM

Kalau kenaikan barang fenomena dunia, lapuran ketua audit negara tentang kebocoran dan ketirisan berbilion RM oleh kerajaan UMNO BN itu juga adakah nak salahkan dunia juga? Bila jadi PM mesti nampak cerdik lebih dari rakyat, ini rakyat lebih cerdik dari PM! Ini soal pentadbiran dan pengurusan sebuah negara seperti juga sebuah syarikat misal GLC. Kalau syarikat rugi para pemegang saham juga rugi, bolehkah kita beritahu pemegang saham syarikat kita rugi kerana pasaran dunia atau syarikat yg kita labur juga rugi. Keputusannya CEO kena pecat. Apa bezanya Seroang PM dgn CEO? PM mentadbir sebuah negara, kalau rakyat susah, PM bertanggung jawab. Alasan bodoh yg nak bodohkan rakyat, seolah2 rakyat ini semuanya bodoh ke? Sebab itu tidak ada cara lain melainkan kalau PM tidak mampu mentadbir dan mengurus negara lebih baik letak jawatan dari menunggu kena guling. Para2 penyokong UMNO BN juga memainkan peranan yg penting sentiata berfikiran positif bukan menyokong membabi buta kerana isu yg dibangkit adalah dari pembangkang. Penyokong2 UMNO BN juga kena menjadi pembangkang dalam kerajaan, barulah ketua kerajaan atau PM terasa tidak senang kalau buat perkara yg melibatkan kesusahan rakyat, bukan sahaja rakyat PR yg susah rakyat UMNO BN juga susah. Di mana letak otak kalau ini pun penyokong UMNO BN tak boleh berfikir? Jadilah Melayu yg terbuka bukan Melayu yg bersifat dengki, sakit hati, busuk hati. Melayu kalau nak maju mesti keluar dari menteliti kelas dunia ketiga, kalau tak boleh keluar sila keluar dari Malaysia pergi jauh2 ke benua Afrika yg sesuai dgn menteliti Mugabe, Zimbabwe  atau sewaktu dgnnya.

Monday 30 December 2013

MELAYU BERPECAH KERANA BERLAINAN TAFSIRAN ISLAM

Melayu berpecah kerana amalan tidak betul dgn Allah swt. Atas alasan ini kekuatan Melayu pada hakikatnya tidak ujud. Kekuatan Melayu hanya akan ujud bila Islam diamalkan dgn sempurana. Walau pun Islam telah masuk ke Tanah Melayu 500 tahun dahulu kalau dibandingkan dgn negara Cina yg lebih dulu menerima Islam.lebih dari 1300 dahulu, amalan umat Islam di Cina lebih baik dari di Malaysia walau pun jumlah umat Islam hanya beberapa juta sahaja. Bukti kekuatan Islam ujud, bila masjid2 dan surau2 dipenuhi oleh jemaah setiap waktu solat fardhu dan masjid2 surau2 hidup 24 jam. Ini belum terbukti lagi di Malaysia seperti di zaman Nabi Muhammad saw.

Apakah pemerintahan sekarang UMNO  yg telah memeritah Malaysia 56 tahun merdeka benar2 melaksanakan ajaran Islam yg sebenar? Jawapannya jelas dari dasar UMNO sendiri yg mertabatkan bangsa bukannya Islam. Sehingga hari ini kita berbalah antara Melayu Islam atas dasar yg berlainan ia itu faham sekular yg ditinggalkan oleh penjajah Inggeris kpd UMNO dan perjuangan menegakkan Islam oleh PAS.

Kenapa UMNO tidak boleh terima dasar Islam sedangkan mereka mengaku Islam? Manusia biasanya dilahirkan bodoh, tapi menjadi pandai, cerdik dan bijak melalui proses pembelajaran dan latihan.

UMNO adalah parti bidan terjun, mereka sebenarnya bukan pejuang2 kemerdekaan negara tapi mereka adalah hanyalah parti boneka Inggeris yg pada waktu itu semua parti diharamkan, hanya parti UMNO shj yg menjadi parti yg sah disisi Inggeris. Ini kerana pemimpin2 UMNO pada waktu itu telah dididik oleh Inggeris dan Inggeris mengambil peluang ini untuk melatih para2 pemimpin akan datang dgn cara mereka.

Inggeris tahu mereka tidak boleh selama2nya  berada di bumi Malaya, lambat laun suara2 “sumbang“menuntut kemerdekaan akan dilaungkan.

Sebelum Inggeris memberi kemerdekaan mereka telah pun  melatih secara halus dari kpd bakal pemimpin2 yg telah pun dikenal pasti untuk meneruskan dasar sekular mereka. Dalam masa yg sama hubungan mereka dgn Tanah Melayu tidak terputus begitu shj selepas kemerdekaan.

Oleh itu Inggeris telah menubuhkan kesatuan commonwealth. Maksud commonwealth ialah sama2 kongsi kekayaan. Dalam hal ini setelah Inggeris menggali bijih timah dan getah dll hasil sehinga nak habis,  dgn memberi kemerdekaan kpd Tanah Melayu, segala bahan2 mentah yg selama ini diperlukan oleh Inggeris untuk meneruskan revolusi industrinya akan terhenti.  Inggeris menjadikan commonwealth sebagai satu badan serapang dua mata, pertama nak menunjukkan kebanggaan negara2 yg mereka telah jajah dan kedua untuk mengaut segala hasil mahsum yg selama ini mereka sapu secara percuma. Dgn adanya persatuan ini maka selain menteliti Inggeris dapat diteruskan, bahan2 mentah juga dapat dikuasi oleh mereka walau pun atas nama perniagaan. Kita yg pekak badak ini pun bukan main punya banggalah menjadi sebahagian dari commonwealth.

 

Sunday 29 December 2013

ANJAKAN KUTUB BUMI

KEADAAN cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi. Kata sekumpulan saintis bukan Islam.

Sains berlaku atas kehendak Allah swt dan sains juga boleh berubah dari yg ditetapkan oleh Allah swt atas perbuatan manusia. Allah swt telah berfirman bermaksud, setiap apa yg berlaku ke atas muka bumi ini adalah hasil dari perbuatan manusia, maksudNya kalau manusia yg beriman menjaga bumi ini maka baiklah bumi ini, kalau manusia yg tak beriman menjaga bumi ini maka  akan berlaku kerosakan pada muka bumi ini.

Sains hanya membuat kesimpulan itu ini dan sains itu adalah ilmu Allah swt yg dijadikan bersama bumi ini. Manusia hanya membuat kajian dan tak boleh menghalang apa yg akan berlaku seterusnya. Manusia hanya mampu buat sekecil alat amaran, hanya sebagai alat pengesan tapi tak boleh menghalang bencana tersebut.

Allah swt menjadikan manusia ini sebagai khalifah atau hanyalah dilantik sebagai pentadbir atau pengurus, dalam ramai manusia hanya ada beberapa manusia pilihan Allah swt dilantik sebagai ketua seperti PM Raja2, Presiden dll. dan mereka ini diberi tanggung jawab berkaitan urusan dunia.

Bumi adalah makluk Allah swt yg dicipta untuk manusia dan berfungsi seperti manusia, ada sifat gembira, sedih, marah dll, selagi manusia mematuhi perintah Allah swt, bumi akan tersenyum, bila manusia lari dari perintah Allah swt, bumi akan sedih dan marah. Sedih dan kemarahan inilah yg menyebabkan berlakunya pergerakkan bumi, seperti juga manusia bila marah, darah tinggi akan naik, jantung menjadi berdegup2 dll.

Bumi juga mahluk yg sangat penyabar, ia boleh bersabar selain dari maksiat, contohnya ia boleh bersabar bila manusia longgok sampah, ratakan bukit untuk perumahan orang2 kaya raya, korek sana korek sini buat pembangungan, selagi untuk menafaat manusia walau pun itu ada tanda2 sifat tamak manusia. Bumi tak boleh tahan sabar bila manusia semakin hari semakin banyak buat maksiat yg dilakukan di atasnya dan kesannya bumi menanggis dan minta kpd Allah swt supaya hantar bencana ke atas manusia. Kesimpulannya apa juga yg berlaku terhadap bumi ini adalah atas apa yg manusia lakukan.

 

Sunday 22 December 2013

MALAYSIA MESTI KEMBALI KPD ISLAM DAN SATU BAHASA MELAYU

Ahli politik di negara ini disarankan berhenti memainkan isu perkauman sebaliknya perlu lebih fokus kepada agenda negara.

Penganalisis politik, Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, ketaksuban ahli politik memperjuangkan isu perkauman itu menyebabkan berlaku keretakan dalam masyarakat.

Ada seorang rakan Jerman datang mengajar di Malaysia, bahasa Indonesianya fasih. Bila ditanya berapa lama belajar ...bahasa Indon ini, katanya sebelum datang ke Indon mesti belajar bahasanya dulu. Masa yg diambil lebih kurang 3 bulan untuk menguasainya. Bila dia datang ke Indonesia, dia terus cakap bahasa Indon, kenapa? kalau dia cakap Ingeris ke atau Jerman, sudah tentu orang Indon tak tau, orang Indon bukan macam Melayu celup mat saleh, mat saleh cakap Melayu pun dia balas dgn mat saleh celup, punyalah bangga bahasa mat saleh dari bahasa ibundanya sendiri, begitu juga dgn bangsa lain yg ada di Malaysia dah berpuluh2 tahun tapi bahasa Melayu lintang pukang, di Indon siapa yg tak cakap Indon akan di pulaukan, nama orang Indon nak cakap mat saleh atau pun Melayu lintang pukang seperti Cina dan India Malaysia jauh sekali. Malaysia dah merdeka 56 tahun, tapi penyatuan dalam bahasa Melayu pun masih jauh, ibarat bumi dan langit, inikan pula nak bersatu dalam Islam! Sampai bila sampai khiamatlah selagi UMNO memerintah. Islam dan bahasa Melayu memainkan peranan yg sangat berkesan bagi penyatuan bangsa seperti Malaysia. Kalau ini pun masih gagal tidak akan ada formula lagi yg nak dicipta melain hiduplah dalam perkauman. Malaysia sepatutnya amalkan bahasa Melayu sahaja sebagai bahasa utama, tidak ada sekolah Cina atau sekolah Tamil seperti yg dilakukan di Indonesia. Selepas merdeka dahulu sepatutnya telah dilaksanakan sistem ini tapi masih belum terlambat. Beranikah UMNO nak tukar dasar ini dgn keadaan kuasa politik yg semakin lemah ini? Minta sedekah ke sana ke mari, sokonglah UMNO!

DULU KINI SELAMA2NYA

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mendedahkan bahawa perkembangan terbaru mengenai penglibatan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan korporat cukup membimbangkan.

Dulu UMNO sekarang juga UMNO dulu cakap Melayu ketinggalan dalam semua bidang hari ini cakap yg serupa. Di mana silap, Melayu silap ke atau pemimpin2 Melayu tak boleh diharap? Kita akui Melayu cukup lemah dalam ba...b wang, ditawar lebih sikit habis digadainya. Tanah2 Melayu berapa banyak tergadai, ini termasuk Singapura, Batu Putih, Tanjung Pagar, Woodland, merebak ke Malaysia atas nama koridor raya, yang raya bukan Melayu, Melayu jadi broker tanah jual kat bukan Melayu dapat komisen berlagak dgn kereta mewah. 56 tahun telah merdeka sepatutnya pemimpin2 Melayu membela Melayu tapi jadi penghianat Melayu dan Islam. Rakyat melihat tapi tak boleh buat apa selagi dulu kini selama2nya jadi kerajaan, Melayu masih tak sedar diri semakin lama semakin terhakisnya tanah2 Melayu, melayu tertinggal dalam ekonomi dan perniagaan kerana apa? Kuasa di tangan2 Melayu tapi yang membangunkan tanah2 Melayu adalah orang2 Cina, begitu juga dgn syarikat2 Melayu yg tergadai kerana wang dan ingin releks, syarikat2 besar bukan Melayu seperti Tesco, giant, econsave semuanya pengurus ramai bukan Melayu jadi pengurus, kenapa? kerana Melayu tak jujur,amanah. Dulu Baitulmal ada perniagaan supermarket, begitu juga Felda dan Pernas edar, semuanya tutup kenapa? Jawapannya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Apakah UMNO gagal mendisplinkan Melayu? Melayu cukup lemah tidak sabar tamak dan tidak jujur dan amanah. Adakah UMNO boleh mendabik dada lihat semua kemajuan dibina oleh UMNO, lihat dalam bandar berapa ramai Melayu berniaga bertaraf antarabangsa, Melayu hanya ramai jual nasi lemak! lihat juga di supermarket besar, di mana Melayu. Hospital swasta yg di miliki oleh UMNO di mana Melayu, sedangkan pejabat ADUN dan MP pun masih menyewa kedai bukan Melayu! Apa yg Melayu buat kalau diperingkat JKKKP hanya jaga periok nasi sendiri saja, pembangunan untuk rakyat kampung tak berkembang maju, duk parit tersumbat, jalan berlopak, yg miskin rumah pun masih senget tapi rumah wakil rakyat hebat, mana dia rakyat didahulukan? Ini adalah realiti, mana bukti? turun padang pergi setiap kampung, lihat bukti. nanti bila bagi bukti dibakul sampahkan saja. Menteri atau bekas menteri hanya pandai bercakap seperti burung tiong tapi hakikat sebenar dulu kini selama2nya banyak bercakap dari buat kerja.

MALAYSIA AKAN BANKRAP 9 TAHUN LAGI?

Rakyat dikelirukan dgn berita palsu di TV, akhbar dan lain2 media elektronik. Kerajaan pimpinan PM Najib, katanya pelabur2 asing sedang berlumba2 melabur di Malaysia. Pendapatan negara bertambah dgn bertambahnya ekspot barang2 komoditi utama, menarik pelajar2 asing menimba ilmu, Malaysia menjadi hab ilmu, semua kemudahan ada, malah yuran pelajar2 asing di U swasta cukup mahal tapi mereka yg datang semuanya kaya2, PTPTN pun begitu juga bukannya murah, cukup mahal semahal kereta buatan Malaysia tapi boleh bertahan bawah 12 tahun saja! Rezeki semakin bertambah dgn adanya minyak, gas asli. Pendapatan tahunan minyak dan gas saja berbilion RM. Kalaulah berita hebat2 ini yg melunjak Malaysia di antara yg termaju dari segi teknologi dan sainsnya seperti yg dipuji oleh semua negara termasuk negara Arab, imam masjid Mekah sendiri memuji Malaysia, hanya singgah sebentar di KL pun boleh memuji meleleh di bawah PM Najib, bolehkah Malaysia boleh bankrap kerana terlalu banyak beri subsidi kpd rakyat? 9 tahun lagi kalau subsidi tak ditarik semua, Malaysia akan bankrap! Bagaimana pentadbiran dan pengurusan UMNO BN berhubung dgn keborosan dan ketirisan dalam lapuran ketua audit negara yg berbilion RM lesap? tidakkah ini salah punca bankrapnya Malaysia. Pengaliran keluar wang haram oleh mereka yg kaya raya, rakyat kampong mana ada wang nak buat kerja ini, semuanya pastinya diperiingkat menteri dan kroni2, ditambah pula Malaysia tempat longgokan pekerja asing sama ada PATI atau ada permit seperti ptojek IC, mereka yg bertanggung jawab dgn menjaga negara, imigresen, kastam, polis, SPRM dll yg buat kerja kongsi gelap? Apakah rakyat begitu mudah menghadam dengan alasan apa saja yg dikatakan oleh PM dan menteri2 untuk merealisasi apa saja tindakkan tak bertanggung jawab mereka untuk menaikkan tariff elektrik, minyak, gula, tepung, tol, dll? Inilah pemerintahan yg rakyat angkat sekarang. Mereka bukan berjiwa rakyat, tapi mereka mengugut rakyat dgn alasan bodoh supaya rakyat akhirnya mesti terima apa saja kerajaan lakukan yg kononnya untuk mengelak Malaysia dari bankrap. Anda sebagai rakyat kalaulah tidak mengunakan fikiran matang, anda sebenarnya sedang diugut untuk berkata “YA” apa saja yg kerajaan buat untuk kebaikan rakyat! Oleh itu insaflah wahai rakyat terutama Melayu, kerana Melayu mudah lupa dan Melayulah yg paling selekeh dari segi ekonomi, Islam dan lain2 bidang. Laungan hidup Melayu wajib bertukar ke hidup Islam.
Ini adalah amaran kerajaan UMNO BN, kita hanya ada dua PRU lagi dan PRU 14 pada tahun 2018 rakyat Malaysia wajib menjatuhkan UMNO BN untuk mengelakkan dari  bankrap seperti yg digembar gemburkan oleh mereka yg telah jelas gagal menguruskan dn mentadbirkan Malaysia.

Friday 20 December 2013

MAKMAL KAJI BARANG NAIK

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mendengar keluh-kesah rakyat terutama berkenaan kenaikan kos sara hidup. Beliau menegaskan kerajaan sentiasa mencari formula sesuai untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka. Dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, Najib berkata pada masa sama, kerajaan juga perlu memandang ke hadapan demi memastikan ekonomi negara terus mampan. "Disebabkan itu, kerajaan bersetuju menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu)," katanya. Beliau menjelaskan makmal itu bertujuan mengkaji serta merangka langkah susulan untuk meringankan beban rakyat dalam mengharungi masalah kenaikan kos sara hidup. KOMEN PM: Saya dengar keluh kesah rakyat Sebagai PM Malaysia, setiap tindakkan mesti berdasarkan dalil yg lojik. Begitu juga dgn hujah seorang Islam wajib berpandukan kpd Al Quran dan hadith, tidak boleh keluarkan hujah dari hasil fikiran sendiri untuk membuat formula, keputusan atau lain2 yg berkaitan Islam. Dalam hal kenaikan sara hidup, formula yg sebenar, sebagai seorang PM kalau seorang yg pandai, cerdik dan bijak ialah pertama bagaimana harga2 barang keperluan boleh dikawal dgn kos paling minima. Untuk merealisi formula ini PM itu sendiri wajib ada fikir seperti fikir Khalifah Umar Abd Aziz. Kalau PM itu sendiri tidak boleh berjiwa rakyat masakan boleh cari formula untuk rakyat!. PM yg baik ialah PM yg tidak ujudkan masalah kpd rakyat. Rakyat selesa dapat amalkan Islam kerana PM itu sendiri menjiwai Islam dalam kehidupan. Untuk mengamalkan Islam 100% tidak memerlukan modal wang, hanya bermodalkan ilmu dan amal. Apa kaitan Islam dgn harga barga barang? Soalan yg sama apa kaitan Islam dgn politik? Nabi Muhammad saw dan para sahabat termasuk Khalifah Umar Abd Aziz contoh yg paling ideal sepanjang zaman, mereka adalah seorang ketua kpd rakyat kalau sekarang kita panggil pelbagai gelaran, raja, perdana menteri, presiden dan sebagainya. Semua ini adalah orang politik. Politik tidak kotor tapi manusia yg berpolitk menjadikan politik kotor. Dalam bahasa Inggeris Politics(tidak ada singular atau plural sebab itu guna is) is a science of rule. Kuasa politik mesti ada untuk memerintah, tanpanya tidak ada kuasa untuk jadi pemerintah. Kalau ada pemimpin Islam kata politik dan Islam tak boleh bersama, itu pemimpin bodoh bin bahlol. Tak faham istilah. Biasanya makmal tempat menguji sesuatu ciptaan atau projek bagi menentukan ciptaan atau projek itu boleh berfungsi atau tidak. Tidak ada manusia yg cerdik lagi bijak, naikkan harga barang dulu kemudian hantar ke makmal buat kajian. Ini kerja bodoh dan bangang.

Thursday 19 December 2013

TNB BELANJA BESAR?

Kita tak nafikan kos apa saja tidak akan mendatar setiap tahun. Motosikal buruk pun kos selengaraan dan alat gentian sentiasa meningkat, begitu juga kos selengaraan kereta tambah2 lagi kereta proton, kononnya kereta Malaysia yg paling murah! alat gentian siapa yg guna kereta jenis ini tahu kualiti dan harga servisnya mak datuk mahal dan boleh tahan 12 tahun pula tu! Semua ciptaan manusia perlu kpd selenggaraan, alat ganti dan lain2 lagi. Lagi besar kereta lagi besar kos senggaraan, semua sendiri bayar sdn bhd. TNB tidak dapat lari dari kos2 ini dan kos ini rakyat faham. Yang rakyat tak faham kenapa syarikat konsesi IPP ini ujud tapi tak dapat bantu TNB malah tenaga TNB pun masih banyak tak terpakai dan IPP menjual kpd TNB dgn harga yang lebih mahal dan kos ini pengguna mesti tanggung? Ini yg rakyat tak faham, Lagi rakyat tak faham dahlah untung RM4.6 bilion, apa lojiknya tariff elektrik dinaikkan sedangkan kos nak tukar itu ini bukannya dibuat dalam satu tahun shj, ianya dilakukan berperingkat2 selama beberapa tahun. Adakah kos nak lakukan untung RM4.6 nak dihabiskan RM4.6 tahun depan! TNB sudah ada pelan jangka masa panjang dan kos untuk buat kerja ini. TNB membelanjakan sekitar RM6 bilion hingga RM 7 bilion setiap tahun untuk perbelanjaan modal dan penyenggaraan infrastruktur, berbanding keuntungan direkodkan tahun ini sebanyak RM4.6 bilion.Pelik dan adakah benar? RM19 bilion yg bayar ke IPP setiap tahun tu datang dari mana? Kalau tahun lepas dah buat untung RM4.6, tahun ini kalau tak sama pun sekurang2 berbilion juga. tak pernah ada lapuran TNB rugi, kalau rugi rakyat kata yg buat rugi tu mungkin CEO bangang bin benggang! TNB mesti jelaskan perjanjian terperinci dgn IPP.untuk puaskan hati rakyat. Selagi tidak dijelaskan perjanjian ini isu ini tidak akan selesai. Kenapa kerajaan takut untuk dedahkan perjanjian ini? Adakah perjanjian ini sulit, biasanya yg sulit itu nak berahsia dgn rakyat kerana perjanjian berat sebelah? Kerajaan mesti jadi jantan, kalau tidak pondanlah jawabnya.

Monday 16 December 2013

RAKYAT KENA TIPU LAGI

Sabtu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata sudah tiba masanya kadar tol dinaikkan memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011. Ini samalah juga dengan kenaikan tarif elektrik, alasannya minyak naik, gas naik dll. Di sebalik kenaikan ini tidak pun disebut perjanjian IPP dengan TNB yg terpaksa tanggung biawak hidup selama konsesi itu hidup!.Apa lojiknya perjanjian yg menyusahkan rakyat mesti dilaksanakan? Kalau syarikat konsesi itu rugi adalah lojiknya, tapi penguna lebuhraya bukan semakin kurang malah lebuhraya sekarang telah menjadi jalan utama, penguna terpaksa berbaris untuk bayar tol yg berjem berjam2 waktu kemuncak, itu bukankah untung. Perjanjian boleh disemak semula bukan disemak untuk naikkan tol tapi disemak kalau konsesi boleh untung dalam waktu terpendek maka gunakanlah kuasa menteri untuk membatalkan konsesi itu lebih segera, ini baru pentingkan rakyat. Untuk apa tol mesti dinaikkan sedangkan syarikat konsesi untung berlipat kali ganda. Inilah yg dikatakan kerajaan rakyat didahulukan, ketirisan kebocoran dalam lapuran ketua audit negara tak pernah pun dibahaskan dalam perhimpunan UMNO kenapa? Adakah kebocoran yg berbilion RM ini perkara kecil sedangkan kalau kebocoran ini dapat dibaiki berapa banyak RM dapat diselamatkan dan salurlah penjimatan ini kpd rakyat dengan tol percuma, PTPTN percuma. Rakyat yg telah menyokong UMNO BN dalam PRU 13 lepas telah diperdayakan oleh pemimpin2 mereka sendiri, lihat sekarang adakah penyokong2 UMNO BN tidak ada yg gelisah dgn kenaikan tol, minyak, elektrik, gula. Apakah penyokong2 UMNO BN tidak ada akal untuk memikirkan beban hidup ini semua?

Sunday 15 December 2013

SIAPAKAH PENGHIANAT MELAYU DAN ISLAM SEBENAR?

Kebanjiran pekerja asing atau pendatang haram cukup merisaukan kita, UMNO tak risau kerana merekalah pengimpot utama Bangla, Indon, Nepal Myamar dll. Puncanya semua kerana wang. Kroni2 berebut buat bisnis mengimpot manusia yg bertaraf buruh kasar dan kesannya cukup mengerikan jangka masa panjang. Inilah yg dikatakan tak Melayu hilang di dunia tapi Melayu akan hilang di Malaysia bila generasi baru muncul, semua muka macam Bangla! Di samping bekerja pekerja2 lelaki juga mencari peluang buat maksiat dgn wanita Melayu yg mata duitan dan ada juga pekerja2 wanita dari Vietnam berupa pekerja kilang yg bujang tinggal bersama pasangan. Akhirnya akan bertambahlah penduduk Malaysia. Alasan kilang2 atau apa saja bidang yg memerlukan pekerja, sebenarnya jika Melayu diberi peluang kerja dgn gaji yg menasabah, tidak akan ujud masalah kekurangan pekerja, Buktinya berapa ramai penduduk Malaysia sekarang tiada pekerjaan, mungkin kita boleh salahkan mereka kerana memilihkan pekerjaan , itu mungkin yg ada kelulusan, tapi yg tiada kelulusan atau setakat PMR atau SPM gaji yg ditawarkan oleh majikan yg kebanyakkan bukan Melayu cukup menghinakan, sedangkan pekerja asing boleh buat serba serbi, ini juga ada kaitan dengan budaya atau kehidupan mereka yg terlalu susah di negara sendiri bila datang ke Malaysia dibayar gaji yg pada rakyat tempatan cukup murah tapi pada mereka cukup tinggi. Apa untungnya kerajaan Malaysia dari segi cukai, cukai yg dikutip dari majikan tidaklah terlalu banyak, itu pun kalaulah majikan itu jujur nak mengistiharkan keuntungan sebenar, tapi kebanyakkannya tidak akan mengistiharkan keuntungan sebenar, lebih tipu dari betul! Apa pula kesan kpd Malaysia, katakana jumlah pekerja asing ada 2 juta orang, kalau seorang hantar ke negara mereka RM1 sebulan, ini bermakna sebulan RM2 juta mengalir keluar, kalau RM500 sebulan, bayangkan berapa ratus juta RM telah keluar, itu baru satu bulan, kalau setahun 12 bulan, RM billion mangalir keluar. Ramainya pekerja asing bukan menandakan kemajuan Malaysia tapi sebenarnya semakin miskinnya Malaysia. Jangka masa panjang Malaysia boleh jadi bankrap dan rakyat tempatan akan menjadi semakin susah kerana selain wang keluar negara, barang2 makanan akan menjadi bertambah mahal kerana rakyat tempatan terpaksa bersaing dengan pekerja2 asing, ini boleh mengakibat ketidak puasan hati rakyat tempat, boleh mencetuskan huru hara. Kerajaan UMNO BN sepatutnya menyekat kroni2 yg mengimpot pekerja2 asing ini selain sifat tamak mereka juga melunggukkan pendatang2 haram bersama2 pekerja asing, kononnya ada permit. Ini adalah perbuatan khianat kpd bangsa Melayu dan Islam. Kebanyakkan pekerja2 asing walau pun dikatakan Islam tapi adakah mereka semua mengamal amalan Islam, yg kita lihat mereka lebih kurang rakyat tempatan Melayu yg tak solat juga ramai!

Friday 13 December 2013

AJAR DIRI SENDIRI BERJALAN LURUS

Kepimpinan Pas menyifatkan pendedahan yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mensabitkan orang nombor dua parti itu pengikut Syiah adalah tidak kuat. Kita sibuk dgn syiah, berbahas, memfitnah, mungkin saman menyaman, adakah ini boleh selesai fahaman ahli sunnah wal jemaah. Kita kata kita ahli sunnah wal jemaah dan pengikut imam Shafei, kalau kita tanya adakah kita ini betul2 beragama Islam, beriman dan bertaqwa kpd Allah swt?. Adakah kita akan jawab penuh yakin yg kita ini benar2 seorang Islam yg tulin? Beranikah sesiapa sahaja yg berani tampil ke depan mengatakan "ya" saya seorang Islam yg tulin. Sebelum itu tanya diri sendiri jangan tanya orang lain kerana orang lain mungkin 2x5, 5x2 dgn kita. Soalan2 ini perlu dijawab, kita ambil bab solat, adakah kita ini sedang menghidupkan sunnah Nabi saw, ia itu solat diawal waktu di mana azan diazankan serta berjemaah di masjid di surau?, kalau ini pun masih lemah, jangan lah hendak mengaku dah Islam, sebagai pemerintah, adakah pemimpin2 sedang mengamalkan ajaran Islam yg tulin, apakah tugas pemimpin2? menyatukan ummah bukan memecah belahkan ummah, kalau sebagai pemimpin2 yg sedang memerintah sekarang ia itu UMNO, apakah peranan UMNO menyatukan ummah? yg kita nampak dalam UMNO sendiri perbagai fahaman termasuk Kristian di Sabah, ramai2 ahli2 UMNO Kristian, bagaimana UMNO boleh menuduh PAS ramai syiah sedangkan dalam UMNO ramai Kristian? Itu bab Kristian, bagaimana bab fahaman sesat lain seperti muktazilah? Bagaimana kita nak kata kita dah Islam sedangkan Masjid2 surau2 masih sunyi dan ini menandakan Islam masih mundur semundur orang2 Melayu. Bila masjid2 surau2 penuh dgn jemaah solat fardhu setiap waktu, itu menandakan Islam sedang berkembang, Melayu semakin bersatu, fahaman sekular semakin pupus, semua orang sedang kembali ke ajaran Islam tulin. Apakah tindakan atau usaha2 pemimpin2 UMNO untuk menghidupkan masjid2 surau sekarang, tidakkah pemimpin2 UMNO ada fikir Nabi saw. Banyak perkara2 lain seperti kemungkaran, judi, arak, maksiat dalam bentuk sukan, hiburan yg UMNO gagal membasmikan, adakah UMNO seperti seekor ayam jantan, berkokok tapi ekor berlumuran tahi? UMNO wajib selesaikan masalah ummah dahulu sebelum hendak membetulkan diri orang lain jangan seperti ketam mengajar anak berjalan lurus sedangkan diri sendiri pun jalan mengengkang! Bangkai gajah seberang lautan nampak, bangkai beruk tepi mata mata, dahlah tak nampak, bau bangkai pun tak berbau, inilah yg dikatakan dalam alQuran, mereka yg pekak, bisu dan buta, maksudnya malapetaka yg sangat dahsyat yg Allah swt campakkan ke dalam hati, sehingga menyebabkan mereka menjadi sehina2 malah lebih teruk dari binatang ternakan. Syaitan telah berjaya dalam visi dn misi menawan hati2 yg busuk hati! Oleh itu sedar diri dan bertaubat nasuha dan mengaku selama ini bukan kebenaran yg ditegakkan tapi tipu daya syaitan, kebathilan yg sedang diperjuangkan.

Monday 9 December 2013

MASA DEPAN MELAYU DAN ISLAM

Dalam Melayu sibuk berpolitik, serang menyerang antara satu sama lain, isu yg hangat seperti muzakarah perpaduan antara PAS dan UMNO rancak dibincangkan di TV, akhbar, yg terlibat para DR, falsafah dan para cediakawan yg pandai, cerdik, bijak dan tak lupa yg bodoh bahlol bangang masing2 perah otak mengeluarkan hujah, Melayu dan Islam duk macam tu lah tak berkembang maju malah semakin mundur. Orang bukan Islam semakin bertapak kukuh mempergunakan pemimpin2 Melayu yg jahil Islam dan mata duitan dgn menganggok ngok kepala kpd apa saja tuntutan mereka. Demokrasi menjadi alat mengugut pemimpin2 Melayu yg terdesak mempertahankan kuasa sehingga tak disedari mereka menjadi penghianat Melayu dan Islam. Inilah senerio politik Malaysia, sama ada siapa sedang memerintah atau pembangkang selagi demokrasi ujud, disamping pelbagai bangsa dan agama maka siapa kuat dgn wang akan menguasai segala2nya. Melayu dan Islam terpinggir kerana mereka yg jadi pemimpin2 bukanlah orang yg beriman lagi bertaqwa kpd Allah swt. Jika sekiranya projek “spiritual tourism” atau pelancongan kerohanian yg berbentuk syirik moden di Gambang Kuantan Pahang menjadi kenyataan maka bermulalah keujudan zaman jahiliah sebelum kelahiran Nabi Muhammad saw. Soalannya apakah pemimpin2 Melayu Islam termasuk raja terlibat dgn projek yg besar ini yg melibatkan 500 ekar lebih besar dari KLIA dan akan memakan belanjar RM10 bilion ini dan akan menempatkan semua agama kecuali Islam. Apakah semua umat Islam akan membisu melihat Malaysia akan menjadi pusat pelancong syirik terbesar di dunia? Inilah satu cabaran umat Islam yg paling utama dan terbesar di abad ini. Kalau tak dicegah akan menjadikan Malaysia, negara Cina ketiga selepas Singapura. Adakah pemimpin2 UMNO sekarang berpeluk tubuh saja melihat gejala murtad ini berkeliaran disekeling Melayu, jawapannya pemimpin2 Melayu semakin dayus dan tidak layak untuk meneruskam pemerintah yg diamanahkan oleh Allah swt. Hidup UMNO bermakna kesyirikan kpd Allah swt semakin tak terkawal. Bala sedang turun mencurah2 seperti air hujan turun ke bumi. Oleh itu Melayu jangan menganggap Malaysia sudah selesa dan boleh tidur nyenyak sehingga khiamat? Allah swt berfirman dalam al Quran, mereka yg engkar dgn amaran Allah swt, maka tunggulah azab yg pedih lagi dahsyat menimpa mereka, Siapakah mereka itu, Jawapannya sudah tentu Melayu kerana Malaysia adalah Melayu.

Saturday 7 December 2013

APA PUNCA KENAIKAN TARIF ELEKTRIK

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK DAN MINYAK(PETROL & DIESEL) SIAPAKAH YG PATUT DISALAHKAN TNB ATAU PETRONAS? JAWAPANNYA; KERAJAAN UMNO BN. Fotostat kenyataan ini, simpan elok2 di tempat cerah dilihat atau laminet sehingga PRU 14 tahun 2018. Kalau tak simpan elok2 nanti lupa, Melayu mudah lupa kata Dr. M! Ini juga untuk semua bukan penyokong PR sahaja termasuk penyokong UMNO yg masih dulu kini selama2nya ngok! IPP atau pengeluar tenaga bebas ditubuhkan oleh Dr. M zaman beliau memerintah dahalu selepas blackout tahun 1992 yg menyebabkan 2 hari semua yg guna elektrik lumpuh. Dr. M berpendapat TNB tidak tidak berapa strategic atau berkesan, solusinya tubuh IPP supaya lebih konpetitif. Rakyat tak tahu apa yg tersirat dgn alasan ini dan blackout itu sendiri pun ada soalan tak terjawab, mungkin kena tubuh Suruhan Diraja kut untuk membongkar rahsia yg sehingga sekarang menjadi hujahan tak berkesudahan sehingga rakyat terpaksa tanggung beban kos bila tariff elektrik dinaikkan. IPP juga dapat kemudahan menarik selain dari jaminan harga yg selamat, maknanya harga jual kpd TNB tak boleh diganggu, ini adalah dalam perjanjian. Petronas pula diarah menjual gas dgn harga subsidi kpd TNB dan kerajaan UMNO BN bayar subsidi setiap tahun sebanyak RM19 bilion. TNB diarah beli tenaga lebih tinggi dari yg dikeluarkan sendiri oleh TNB Ini menyebabkan TNB menjadi mangsa dari segi kos operasi, kena tanggung biawak hidup. Masa itu Tan Sri Ani Arope jadi Pengerusi Eksekutif TNB, beliau didesak tandatangan perjanjian berat sebelah ini, beliau enggan akhirnya letak jawatan. Tahun 2005 TNB menghabiskan 40.5% membeli tenaga dari IPP, ini menyebabkan kos operasi terjejas. Untuk mengatasi kos ini TNB terpaksa naikan tariff kpd pengguna. Di Thailand, pengeluar tenaga terpaksa membeli bahan api di pasaran terbuka, tapi jual lebih murah dari IPP jual kpd TNB! Ini menunjukkan skim IPP di Malaysia penguna terpaksa bayar kos ke TNB dan kos ini TNB pula bayar ke IPP. Berniaga kelabu asap betul! Siapakah IPP? Genting Sanyen, YTL Power, Malakoff, SEV,Prai Power, Powertek, GB#, Tanjung Bin Power dan Kapar Energy. TNB Siapa pula pemegang stesen penjana tenaga ini? Keluarga Genting Lim , Framcis Yeoh, Syed Mokhtar Albukary dan Ananda Krishnan. Tahun 2010 Francis Yeoh YTL untung ?RM1.6 bilion, Ananda Krishnan Powertek untung RM1.34 bilion, Malakoff RM380 juta dan lain lagi, semua untung. Isu kontrovesi: TNB dikilas tangan dalam temuramah Starbiz, Jun 2006, bekas pengerusi TNB TS Ani Arope kata perjanjian tak adil. Pada masa itu tahnn 2006, TNB mampu caj pada kadar 17 sen se unit tapi terpaksa caj penguna tak kurang 30 sen se unit. Sekarang 7 tahun berlalu, paling banyak kalau diambil kira kos bahan2 api kalau ambil kenaikan 50% dari 17 sen se unit baru 25 sen se unit, bukan seperti yg akan dinaikan tahun hadapan 2014 kpd lebih dari 38 sen se unit. Ini bermakna dalam masa 7 tahun tariff elektrik naik lebih dari 100%, incredible hulk sungguh! Menurut Ani lagi sebenarnya tiada perbincangan yg berlaku dgn EPU economic planning unit tapi dimalukan dihamun saja, suruh terima saja perjanjian yg berat sebelah. Ani tak mahu sign dan terus berhenti pada tahun 1996. Yg lagi pelik tapak yg sepatutnya TNB punya jadi IPP punya! Mengikut stastik TNB, TNB mempunyai tenaga lebihan pada tahun 2011anggaran 52.7%, kenapa perlu IPP? Adakah blackout pada tahun 1992 itu sebenarnya TNB kekurangan tenaga elektrik atau ada udang di sebalik mee segera? Lagi nampak peliknya kemudahan TNB di arah tutup dan kemudahan IPP digunakan sehingga 35% untuk membekal tenaga, mungkin untuk menampakkan IPP ada buat kerja kut! tutuplah makan gaji buta! Itulah cerita TNB, rakyat nak marah TNB lagi ka? Petronas nasib baik rakyat tak marah, sepatutnya rakyat marahlah macam marah TNB, kenapa marah kerajaan UMNO BN. Sebenarnya rata2 rakyat kurang maklumat dan kurang ambil tahu, yg tahu makan tidur sudah, yg lain tu bukan aku punya kerja, tapi mengundi UMNO BN siapa punya kerja?