Sunday 7 July 2013

SISTEM DEMOKRASI TERUS MENJERAT UMAT ISLAM




Pelbagai bentuk demokrasi yang diperkenalkan oleh barat yang dicipta oleh bukan Islam diamalkan oleh umat islam, kononnya inilah sistem yang terbaik walau pun semuanya menjerat umat Islam. Sistem pemerintah yang diamalkan di zaman Nabi saw semuanya tidak diguna pakai. Walau dalam keadaan sistem demokrasi yang banyak kepincangan umat Islam masih selesa dengannya walau pun terpaksa berbunuh2an, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Apakah umat Islam telah dibutakan, dipekakkan dan bisukan oleh Allah swt kerana amalan sifat munafik, antaranya suka berbohong, menipu, memfitnah, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang dahsyat? yang tidak boleh ditinggalkan kerana mengejar keselesaan hidup di dunia yang fana ini? Umat Islam tidak yakin dengan syurga atau neraka sehingga perbuatan dosa besar, azab Allah swt sebelum mati  yang begitu dahsyat hanya ucapan di mulut shj, mati hanya  dilihat sebagai mana mahluk2 lain yang tidak berakal. Pengajaran atau sejarah umat terdahulu yang bermatian mempertahankan akidah tidak terkesan kepada umat hari ini kerana hati penuh dengan kecintaan dunia.

Perjuangan yang penuh dengan campur aduk di antara yang hak dan bathil tidak berani dipisahkan kerana hati tidak yakin dengan kuasa Allah swt. Kalau tidak ada hubungan baik dengan Amerika dan Israel negara tak maju, itulah hakikat pemimpin2 Islam yang berkuasa hari ini. Pakaian sunnah Nabi saw sudah tidak sesuai, tapi mulut bercakap tentang kehebatan Allah swt dan Nabi saw, perjuangan ini pun sudah tewas, masakan perjuangan lain boleh berjaya. Kesimpulannya pemimpin2 Islam hari ini hanya berpura2 dalam amalan Islam tapi hakikatnya masih berkiblat ke barat.