Friday 26 April 2013

WAKIL RAKYAT WAJIB BERIMAN DAN BERTAQWA


RAKYAT WAJIB MEMILIH WAKIL RAKYAT BERIMAN DAN BERTAQWA KPD ALLAH SWT.

Umat Islam wajib diingatkan, hukum memilih wakil rakyat adalah wajib. Memilih wakil rakyat seperti memilih pasangan hidup sama ada isteri atau suami. Rumah tangga yang harmoni, berkat  akan mendapat rahmat Allah swt, semuanya bergantung kepada didikan Islam yang sempurna. Hari ini kita tidak dapat didikan Islam yang sempurna, hanya nama saja Islam tapi akhlak lebih teruk dari bukan Islam. Kesannya baru berkahwin bercerai berai, kalau ada anak akan menjadi mangsa dan seterusnya anak ini juga akan lakukan perbuatan yang sama dengan ibu bapanya yang telah rosak akhlak kerana mendapat pendidikan sekular di sekolah2. Di sekolah tidak diajar amalan Islam secara praktikal tapi di ajar menghafal untuk lulus periksa. Bila kepututsan SPM keluar, anak dapat A+ dalam subjek Islam tapi tak nampak muka hidung di masjid di kampungnya.

Akhlak mulia datang dari wakil rakyat yang mulia. Mulia di sini ialah wakil2 rakyat yang ada fikir Nabi Muhammad saw. Kita ditipu oleh wakil rakyat yang kononnya mengikut marqasid syariah atau cara Nabi saw. Kita ditipu hidup2 kerana, cara Nabi saw jarang di iklankan dalam TV, yang diiklan dalam TV cara hidup Yahudi, Nasrani. Dalam Negara Islam yang sebenar, wakil rakyat jaga rakyat dalam hal ibadat. Hari ini wakil rakyat jaga maksiat dan wakil rakyat itu sendiri amalan solatnya dipertikaikan. Wakil rakyat wajib jadi iman solat fardhu ditempat dia tinggal jika dia berada di rumah, iman2 yang dilantik hanya bila ketiadaan wakil rakyat itu, kerana bertugas, kalau wakil rakyat ada di rumah dia wajib ke masjid mengimankan solat, bukan tidur kat rumah!

 Wakil rakyat wajib hidup dalam keadaan sederhana bukan dalam Istana. Wakil rakyat wajib dekatkan diri dengan masjid, bukan karoke di hotel 5 bintang, jauh dari rakyat dan jauh dari masjid.

Wakil rakyat wajib menempatkan diri mereka sebagai hamba kepada rakyat bukan bila menang PRU jadi raja kepada rakyat. Masa nak mengundi, berpura2 tunjuk kasih sayang sehingga sanggup mencium budak kecil yang busuk kerana nak ambil hati mak bapak supaya undilah aku.

Wakil rakyat wajib jujur dan amanah dan berakhlak mulia supaya menjadi ikutan rakyat terutama anak2 muda. Rakyat yang berakhlakbaik bila wakil rakyat juga berakhlak baik. Bila wakil rakyat jadi samseng, rakyat jadi dua kali lebih samseng. Kita dah merdeka hampir 56 tahun, akhlak rakyat bukan semakin mulia tapi semakin hina kerana wakil rakyat yang rosak iman dan taqwa kepada Allah swt sudah tidak ujud dalam diri, tapi yang ujud nafsu yang ditunggang oleh syaitan sama ada dikenali atau syaitan asli.

Rakyat wajib tukar kerajaan yang hendakkan melaksanakan ajaran Islam. Dalam Islam sahaja ada semua sifat terpuji. Dasar perjuangan PAS ialah Islam, Dasar perjuangan UMNO ialah kebangsaan. Perjuangan kebangsaan ada haram.

 


Sunday 14 April 2013

POLITIK GANAS

Rakyat disaran tolak politik ganas, lucah, kata Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan (PUMWP), Dr Mohd Fauzi Zakari dalam akhbar Sinar. Cuba kata berterus terang.... Rakyat wajib tolak UMNO BN kerana dalam semua ceramah PR merekalah yang sering menganas, menganggu ceramah. Samseng2 UMNO ini tidak takut polis kerana menteri polis ialah naib presiden UMNO! Oleh itu jika UMNO BN bera...da di pentas pemerintahan maka keberkatan dan rahmat Allah swt tidak akan turun lagi, sebaliknya bala yang sedang melanda umat Islam Melayu sedang mencurah2 turun. Malaysia wajib diubah dalam PRU 13 kepada kerajaan baru ia itu PR supaya keberkatan dan rahmat dari Allah swt dapat dipulihkan semula.

PERINGATAN PENTING KPD RAKYAT MALAYSIA

PERINGATAN PENTING KPD RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN MALAYSIA.

 
Tahukah anda UMNO BN telah kalah sokongan sebelum PRU 13? Ini terbukti  di mana2 saja rakyat bercakap, PRU 13 yang akan diadakan pada 5 Mei 2013 ini, UMNO BN akan tersungkur dan kerajaan baru PAKATAN RAKYAT akan menguasai PUTRAJAYA DAN KERAJAAN NEGERI2 dalam Malaysia. Alasan yang sangat lojik dan kukuh ialah selama 56 tahun UMNO memerintah mereka telah gagal mertabatkan bangsa Melayu dan agama Islam. Dari  1001 masalah, di antara yang paling umat Melayu dan Islam terkilan  ialah

 

  1. Taraf kemiskinan orang2 Melayu masih tinggi, ini termasuk ahli2 UMNO sendiri.
  2. Orang2 Melayu yang berkebolehan dan berwibawa dalam ilmu tertentu, seperti kontraktor yang mempunyai rekod cemerlang tidak mendapat projek, tapi kroni yang tidak tahu apa2 dengan kerja kontraktor mendapat projek dan mereka ini tidak lakukan sendiri tapi jual projek. Maka berlakulah stadium runtuh, makmal computer sekolah runtuh. Ini hanya beberapa contoh, banyak lagi contoh seperti jambatan runtuh, rosak dan lain2 lagi.
  3. Orang2 Melayu murtad yang dianggarkan lebih dari 250,000, itu hanya statik yang boleh dikira, murtad sebenarnya adalah lebih besar dari itu hanya tinggal kenangan. Apakah yang telah ulama2 UMNO lakukan untuk mengambalikan keimanan mereka? Kalau lihat kepada statik terkini dari sudut umat Islam yang tinggalkan solat semakin ramai, contoh yang paling mudah dilihat, di pasar2 malam pada waktu maghrib, apakah kerajaan UMNO telah lakukan dengan perkembangan ini, adakah kerajaan UMNO ada membuat peraturan setiap pasar malam diharamkan berniaga semasa waktu maghrib? Umat Islam hanyut kerana kerajaan yang memerintah hanya bertopengkan Islam sedangkan Islam mereka masih dalam persoalan akidah, bukti yang jelas mereka dengan terang2 menolak hukum Allah swt, ia itu hudud.
  4. Selepas merdeka tanah simpan Melayu yang strategik ada lebih kurang 3 juta hektar, sehingga kini tanah simpanan Melayu telah susut tanpa ganti dan tinggal hanya 1 juta hektar sahaja. Siapakah yang telah mengadai tanah2 ini dan kepada siapa mereka gadai kalau bukan kepada bukan Melayu dan juga bukan Islam.
5. Selepas merdeka, tahun 1965 Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia hanya bersebab takut berlaku pergaduhan kerana orang2 Cina telah menguasai keselurahan Singapura. Soalannya sebelum orang2 Cina menguasai, apakah UMNO yang sibuk hendak merdeka itu buat?, sehingga terlepas pandang? Apakah Tunku Abdul Rahman selepas merdeka tidak nampak masalah ini akan berlaku kerana terlalu percaya dengan  Lee Kuan Yu yang akhirnya kena tipu!. Kita kehilangan satu pulau yang sangat strategik dari segi ekonomi dunia dan Lee Kuan Yu telah dapat melihat ke hadapan sedangkan TAR tidak melihat perkara ini. Adakah anda boleh terima dengan keputusan TAR dengan senang hati, sedangkan orang2 Melayu yang tinggal di tanah2setinggan begitu sukar mendapat geran tanah tapi pulau Singapura dan Batu Putih terlepas begitu sahaja? Begitu juga dengan tanah di Tanjung Pagar milik KTM yang di lepaskan sama ada melalui apa jenis perjanjian yang rakyat tidak tahu di antara kerajaan Singapura dan PM Najib. Tanah KTM ini tergadai di zaman PM Najib. Rakyat hendak tahu apa yang telah berlaku, sebegitu mudah tanah2 milik Melayu dilepaskan kepada bukan Melayu. Hari ini Singapura telah mempunyai kekuatan ketenteraan yang cukup kuat di Asia dan telah menjadi tali barut Israel dan Amerika. Singapura juga sekarang telah menjadi pusat perjudian terbesar di Pulau Sentosa dan ramai rakyat Malaysia yang berjudi di sana. Singapura juga telah menjadikan syarikat luar pesisir setaraf Switzerland yang setiap pemilik akaun dirahsiakan di bawah akta bank2 di sana. Ini bermakna setiap pemilik akaun sama ada dapat wang haram seperti rasuah atau jenayah perniagaan atau taukey dadah tidak boleh diekses boleh sesiapa pun termasuk kerajaan Amerika. Inilah Negara yang paling selamat untuk simpan wang haram! Ini termasuk Singapura!.
  1. Akta pilihan raya 1958 seksyen 9A. SPM kalau dapat 9A memang cerah masa depan tapi akta sekyen 9A ini kalau dapat bukan cerah masa depan tapi gelap masa depan dan gelap masa depan ini bukan pelajar sekolah, tapi rakyat Malaysia. Secara ringkasnya sekyen ini setiap nama pemilih sama ada hantu mati atau hantu hidup, setelah diwartakan akan menjadi hak mutlak SPR, tidak boleh dicabar di mahkamah. Inilah seksyen jahat yang telah digubal dan dimasuk ke dalam akta  oleh kerajaan UMNO BN setelah berlakusatu kes  bila seorang hakim mahkamah berani membatalkan pilihan raya DUN Likas di  Sabah kerana terdapat pengundi hantu.
  2. Kerana akta seksyen 19A ini juga dua MP Pakatan Rakyat ia itu Charles Santiago dan Nurul Izzah ditolak oleh mahkamah. Di mana lagi rakyat hendak mendapat keadilan di bawah UMNO BN?

 Kesimpulannya dari perkara 7, Jika UMNO BN menang, jawapannya telah pun terjawab dalam Akta Piliharanraya 1958 seksyen 9A. Oleh itu rakyat wajib bersedia dan apakah tindakan selanjutnya untuk mempertahankan hak rakyat, sama2 kita fikir dan bertindak mengikut undang2, Adakah keamanan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini boleh berkekalan? Hanya rakyat yang cintakan Malaysia ada jawapannya.

 

Ini baru 7 perkara, yang lagi 904 perkara belum lagi didedahkan, kalau ada masa akan didedahkan, tapi untuk renungan 7 perkara ini sudah cukup untuk menolak UMNO BN dalam PRU 13 ini.

 



 


 

 

 

Friday 12 April 2013

FITNAH DAN VIDEO LUCAH


FITNAH DAN VEDEO LUCAH PERBUATAN SYAITAN YANG DIKENALI

Malaysia akan memasuki 56 tahun  merdeka. Tahap fikiran terutamanya Melayu masih di takuk menteliti tiada kelas, kalau kelas 3 itu masih ada nilai walau pun sudah dikira teruk. Amalan baik tidak menyerap ke dalam hati.Sekolah tempat latihan manusia menjadi robot bukan menjadi manusia yang beriman lagi bertaqwa kepada Allah swt.

Siapakah patut disalahkan, ibu bapa? Ibu bapa hasil dari didikan mana kalau bukan dari sekolah yang diadakan oleh UMNO BN. Kita memerlukan manusia yang menjadi Perdana menteri dan menteri2 atau pengarah pelajaraan yang faham ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dan ajarkan kepada kita erti ahklak yang mulia. Hari ini kita mengaku Islam tapi ramai yang  tidak bersolat, malah untuk mengamalkan sunnah Nabi saw jauh sekali.

Manusia yang dilahikanr oleh sistem pendidikan yang dibina oleh UMNO BN gagal mertabatkan Melayu dan Islam. Kemajuan yang dikejar berkonsepkan kemodenan barat terus dipuja dan diamalkan,. Hari ini UNI mengeluarkan ramai professor  kangkong, sedangkan dibarat yang kebanyakkannya professor bukan Islam adalah lebih berakhlak kecuali Yahudi yang memang kerja untuk menyesatkan umat Islam, jika ini berlaku kepada umat Islam bukan sahaja  merendahkan ilmu mereka dan dalam masa yang sama menunjuk betapa hinanya mereka di mata rakyat hanya untuk mendapat secebis ganjaran dari pemerintah yang jelas berniat jahat untuk merosakkan rakyat dengan fitnah, vedoe lucah dan mereka ini lebih hina dari syaitan yang tidak dikenali sedangkan dalam masa yang sama mereka mengaku Islam tapi sebenar nya hati mereka telah rosak, iman rosak. Ajaran Islam hanya tertumpu kepada ibadah seperti puasa, zakat dan haji  itu pun dilakukan hanya pura2 kerana penghayatan syahadah dan solat hanya dibibir dan kebanyakkan hanya untuk menunjukkan sifat munafik yang jelas lagi bersuluh.