Friday 28 September 2012

BAJET HANYALAH PENGHIBUR DUKA, DERITA TETAP BERTERUSAN


Setiap tahun bajet menjadi isu perbualan. Kepada orang cerdik melihat dalam konteks pelbagai, kepada mereka yang kurang cerdik atau bodoh2 cerdik melihat dalam konteks seolah2 bajet dapat meringankan beban perbelanjaan. Bajet bergantung juga kepada keadaan. Hampir kepada PRU 13, bajet “mesra rakyat” dan selepas menang PRU 13 jika di takdirkan UMNO BN memerintah semula untuk 4 tahun akan datang bajet menekan rakyat sehinggalah hampir PRU 14 nak cukup lima tahun, bajet menjadi lembut semula.

Apa pun kita melihat harga barang tidak ada yang turun, gula ditarik subsidi, dan harga dinaikan, hadiahkan kepada rakyat! Dalam memberi pelbagai insentif dalam masa yang sama dilepaskan  20 sen sekilo. Rakyat tak cerdik tak kisah kerana apa ada dalam 20 sen sekilo gula! Rakyat cerdik melihat dalam 20 sen sekilo gula ada RM billion. Ini sudah tentu dapat menampun hadiah BR1M!

Rumah penduduk miskin tetap senget, jalan tetap berlubang, parit tetap tersumbat dan kampung2 tidak banyak perubahan dari segi kemajuan walau pun bajet telah 55 tahun dan diulang setiap tahun. Apa yang kita nampak wakil2 rakyat hidup mewah, rumah besar banglo, kereta mewah dan rakyat di kampung2 tetap kais pagi makan untuk besok!

Siapa yang untuk untung berpanjangan? BR1M RM250 atau RM500 mungkin untuk bajet ini sahaja, Adakah bajet ini boleh meringankan beban rakyat? Wang sebanyak ini untuk meringankan beban setahun?. Kalaulah beras, gula, minyak masak, petrol, tol, PTPTN dan lain2 keperluan hidup dapat dikurangkan ke paras paling selesa, adalah lebih baik dari BR!M ini!. Inilah sebenarnya harapan rakyat, bukan hanya bantuan bermusim! Adakah rakyat melihat dalam konteks jangka masa panjang atau rakyat melihat dalam konteks jangka masa pendek?

Adakah rakyat setiap kali PRU nilai satu undi sama dengan nilai sehelai kain pelekat atau sehelai batik dan sekampit beras?

Mentaliti kita masih jauh dari negara maju. Di negara2 maju rakyat sudah cerdik. Penilaian mereka kepada manifesto dan perlaksanaannya. Mereka menilai apa yang berlaku disekeling dan wakil2 rakyat hanya boleh menipu sekali sahaja.

Profesor2 Universiti di negara2 maju kebanyakkannya mereka orang paling rasional dalam pemikiran dan tidak berpihak meluahkan pendapat, Mereka tersangat bertanggung jawab terhadap ilmu keduniaan kecuali ilmu yang bersangkutan dengan Islam, mereka curang.

Di Malaysia kita boleh kenal mana satu Prof kangkong dan Prof. yang komitted dengan ilmu. Ilmu boleh membuat kita cerdik dan ilmu juga boleh membuat orang lihat kita bodoh!



Wednesday 26 September 2012

DULU KRISIS ELEKTRIK 1 MALAYSIA SEKARANG KRISIS AIR DI SELANGOR


Krisis air di Selangor(2012) nampak lebih kurang sama dengan krisis tenaga TNB semasa TS Ani Arofe menjadi CEO TNB dari tahun 1990-1996. Bezanya cuma air dan elekrik. Matlamat juga sama ia itu keuntungan kepada kroni. Melayu sesama Melayu boleh bergaduh kerana kuasa dan wang. Tetapi Melayu tewas kepada kuasa dan wang kepada taukey2 Cina dan India. Pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2 siapa punya?

IPP ditubuhkan oleh Dr. M kononnya tenaga elektrik tidak mencukupi berikutan krisis tenaga 1992. Perjanjian IPP dan TNB berat sebelah dan ditentang oleh TS Ani sehingga beliau tersingkir. TNB sebenarnya ada tanah yang tersedia untuk menambah besarkan pencawang elektrik di Paka dan di Pasir Gudang tetapi EPU atas desakan Dr. M mahu juga IPP kroni ditubuhkan. IPP atau pengeluar tenaga bebas ini adalah kroni Dr. M ini terdiri dari taukey Cina, Melayu, India semuanya jutawan2 hebat.

TNB bayar kepada IPP RM19 bilion(ribu juta) setahun bukan RM19 juta makcik dan pakcik ooi…

Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen nak charge sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen  kemudiannya. IPP lain kemudian  charge  caj 16 sen/ kwj. Campur kos lain TNB charge pengguna hingga  31.73 sen/kwj purata. Kenapa mahal? nak bayar IPP. Sekarang tenaga berlebihan, lebih dari  30% tak guna tetapi TNB kena bayar kerana dah dalam perjanjian. Siapa tanggung? Rakyat Malaysia.

Kos TNB seunit hanya 8 sen/kwj. IPP sepatutnya charge paling tinggi 12 sen/kwj dan ambil kira  kos lain harga yang TNB cadang ialah 17sen/kwj.

Kalau ikut tariff di bawah ini jika anda guna elektrik 400/kwj sebulan anda kena bayar purata 31.73sen/kwj x 400=RM126.92 sebulan. Ini dikira sangat mahal jika dibandingkan harga tawaran TNB yang dicadangkan oleh Ani Arope 17sen/kwj x 400= RM68 sebulan. Ini cerita 16 tahun dahulu. Kalau sekarang kalau naik 50% baru 17 sen + 8.5 sen=25.5sen/kwj. Dikira tariff masih murah belum lagi 31.73sen/kwj. 25.5sen/kwjx400=RM102 sebulan.

Mak cik pak cik duduk dikampung mungkin penggunaan tak sampai RM20. Sekarang bawah RM20 percuma. Kesianlah anak2 pak cik mak cik yang duduk di bandar2 semua kena bayar. Bagilah mereka senang sikit dengan memilih kerajaan baru dalam PRU 13 ini ia itu PAKATAN RAKYAT. Kami tak sabar2 anak2 pak cik mak cik nak juga hidup senang. Pemimpin2 dan ahli2 UMNO BN dah lama hidup senang lenang!


Harga sebenar yang rakyat kena bayar bil letrik:-

Tariff A - Domestic Tariff  
For the first 200 kWh (1 - 200 kWh) per month
sen/kWh
21.8
For the next 100 kWh (201 - 300 kWh) per month
sen/kWh
33.4
For the next 100 kWh (301 - 400 kWh) per month
sen/kWh
40.0
For the first 100kWh (401 - 500 kWh) per month
sen/kWh














Wednesday 19 September 2012

BILA POLITIK DIPISAH DARI ISLAM......


Ajaran siapa yang memisahkan politik dari Islam? Islam itu sempurna. Di dalamnya terdapat semua jenis perkara dalam kehidupan. Ekonomi, politik, perniagaan, pertanian, kejuruteraan, penternakan, penawar, pelindung dari syaitan sama ada dikenali atau pun tidak dan pelbagai lagi masalah kehidupan dapat diselesaikan jika ajaran Islam itu dipegang dengan iman dan taqwa yang tulin. Tetapi kenapa orang Islam mundur? Jawapannya kerana orang Islam belum lagi Islam! Penyakit sebelum Islam masih banyak bertapak dalam hati seperti hasad dengki, fitnah memfitnah, bomoh membomoh dan 1000 jenis penyakit busuk hati belum lagi terawat.

Orang2 Yahudi atau Zionist atau bani Israel yang kafir tidak akan berhenti menyerang Islam sehingga dunia khiamat. Itu adalah janji mereka. Orang2 bukan Islam yang lain termasuk Cina, India, Melayu, dan bangsa2 yang tidak mahukan kepada Islam juga mempunyai perjuangan yang sama dengan Yahudi.

Setiap kali mereka menghina Islam, alat kita hanyalah membantah dengan berdemonstrasi. Penat juga kita umat Islam jika inilah cara hendak melepaskan geram dan setiap demonstrasi akan mengakibatkan kerosakan harta benda dan nyawa. Kemudian beberapa ketika timbul pula penghinaan lain, demonstrasi lagi, isu penghinaan Islam dahulu belum lagi selesai, timbul isu lain dimainkan semula. Umat Islam berdemonstrasi lagi. Yahudi ketawa kerana apa yang dijolok ada yang melatah!

Nabi Muhammad saw telah mengajar kita tentang dakwah. Nabi telah wafat dan usaha dakwah terletak di bahu umat Islam. Bila Islam dihina, ini menandakan umat Islam telah jauh dari amalan Islam. Allah swt sangat murka kepada umat Islam yang tidak taat kepada perintahNya. Kemuliaan dan kehinaan bukan terletak kepada kekuasaan manusia tetapi Allah swt yang menentukan,

Hari ini umat Islam tidak faham berhubung dengan ilmu dan tanggung jawab terhadap ilmu. Ilmu Islam  dipelajari kebanyakkan hanya untuk cari makan bukan mencari keredhaan Allah swt. Ilmu tidak dihayati dengan amalan.

Formula yang paling berkesan ialah kita Islamkan diri kita dahulu dengan taat kepada segala perintah Allah swt dan cara Nabi Muhammad saw, pasti dan pasti Allah swt akan hancurkan golongan2 yang menghina Nabi saw.

Hidupkan solat fardhu lima waktu berjemaah bagai kaum lelaki dan solat awal waktu di mana azan diazankan. Perbanyakkan solat sunat termasuk hajat, jaga solat tahajud, witir dan doa banyak2 kepada Allah swt dan hidupkan masjid 24jam. Inilah sahaja cara yang dapat menyukakan Allah swt.

BOLEHKAH DEMONSTRASI SELESAI MASALAH

BOLEHKAH DEMONSTRASI SELESAI MASALAH

Adakah demonstrasi akan selesai masalah video innocence of muslims yang paling konstroversi masa kini? Kita melihat protes melalui demonstrasi ini tidak akan berkesan. Ianya hanya boleh melepaskan geram sahaja. Kita boleh melihat dan menilai adakah melepaskan marah atau geram boleh selesai melalui demonstrasi? Ada demonstrasi yang berjaya dan ada demonstrasi semakin bertambah diprovokasinya oleh pihak2 yang memang anti Islam.

Berapa banyak penghinaan terhadap Islam telah dilakukan dan beberapa banyak demonstrasi juga telah diluahkan. Hanya demonstrasi yang tidak melibatkan Islam berjaya seperti di Mesir, Libya, Tunisia dan akan datang di Syria. Demonstrasi ini yang berkaitan dengan hal2 keadilan yang berbentuk keduniaan dan disokong oleh semua bangsa dan agama.

Tetapi yang berkaitan dengan Islam, semakin berdemonstrasi semakin galak puak2 Yahudi atau mereka yang anti Islam melawan arus! Jadi apakah yang perlu kita buat? Umat Islam ditindas dan dizalimi oleh golongan bukan Islam dan apakah Allah swt melihat dan membiarkan sahaja perbuatan ini berlaku tanpa pertolonganNya? Jawapannya telah jelas selagi umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw, selagi itu umat Islam akan dihina oleh Allah swt. Hari ini umat Islam yang tidak bersolat semakin meningkat, masjid tidak dihidupkan dengan amalan solat berjemaah lima waktu, anak2 orang Islam menjadi liar dan terlibat dengan maksiat, rempit dan lain2 sifat keji.

Bila dakwah ditinggalkan dan ditambah dengan pemerintah yang tidak relevan dengan ajaran Islam maka kehancuran umat Islam sudah pasti azab Allah swt akan bertubi2 menyerang umat Islam.

Apa yang membuat Yahudi atau bukan Islam takut? Bila amalan umat Islam dengan Allah swt menjadi sempurna. Buktinya di zaman Nabi saw umat Islam sentiasa digeruni kerana mereka hampir kepada Allah swt dengan iman dan taqwa yang sempurna. Itu sahaja formula kepada masalah ini.

Tuesday 11 September 2012

BILA PEMIMPIN2 UMNO TAK FAHAM KEHENDAK ALLLAH DAN RASUL


Islam adalah agama yang ada segala2nya. Dalam bidang pendidikkan, Islam telah memberi panduan bagaimana hendak mendidik manusia menjadi insan yang terbaik untuk kehidupan dunia dan akhirat. Semuanya ini ada dalam al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad saw. Hari ini pemimpin2 yang ada bukanlah mereka yang benar2 mengamalkan sunnah2 Nabi tetapi hanyalah menjadikan agama sebagai modal untuk mengabui rakyat kononnya cara yang ada mengikut maqasid syariah tetapi sebenarnya penyelewengan yang sangat ketara terhadap ajaran Islam yang diajarkan oleh Nabi saw. Terlalu jelas dan nyata tersasar dari matlamat sebenar dan hakikat sebenar sedang menuju kehancuran umat.

Kurikulum yang sebenarnya telah pun diajar oleh Nabi saw. Bagaimana hendak mendidik manusia kepada iman dan taqwa disamping dapat menjadikan Melayu Islam bekerja di dalam pelbagai bidang. Semua bidang pekerjaan untuk kehidupan dunia seperti doctor, peguam, jurutera, petani, tukang rumah, ahli perniagaan, pemimpin dan pelbagai lagi bidang dan dalam masa yang sama semuanya diikuti dengan penghayatan ajaran Islam dan al-hafiz al-al-Quran.

Hari ini kita gagal dalam segala2nya kerana kita tidak meletakkan Islam di tempat yang semulia2nya. Kita letak Islam hanya sebagai alat untuk mendapat pengaruh untuk terus berkuasa kerana tiada sokongan Melayu Islam. Mereka yang gila kuasa tidak boleh mengekalkan kuasa selama2nya tanpa sokongan ini. Rasuah, penyelewenga dan salah guna kuasa semakin menjadi2 dan formula yang disyorkan semuanya gagal kerana tidak mengunakan formula yang diajar oleh Nabi saw. Apakah formula seterusnya? Hanya yakin dengan formula Islam akan selesai semua masalah kerana Allah swt telah sediakan al-Quran dan hadith sebagai penyelesai masalah manusia di dunia dan di akhirat.

Mereka jenis ini sebenarnya adalah penghianat terhadap Melayu dan Islam. Umat Islam terkejar2 mencari formula untuk kemajuan dunia, Hakikatnya mereka telah menjadi hamba kepada kebendaan dan dalam masa yang sama bak kata pepatah yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran jatuh dan dipijak2. Inilah nasib yang akan menimpa umat Islam apabila model yang ditunjukkan oleh Nabi ditinggalkan dan model yang ditunjukkan oleh Yahudi, Nasrani yang tidak ada unsur2 Islam dibangga2kan kononnya atas nama kemajuan sains dan teknologi.

Mereka yang tersasar dari iman dan taqwa terus memimpin kearah kehancuran umat Islam. Mereka yang berkuasa berpaksikan pendidikkan bukan Islam dan di anggap model yang terbaik untuk kemajuan dunia tanpa sempadan atau globalisasi tetapi sebernarnya penuh dengan unsur2  kesyirikkan kepada Allah swt. Melayu wajib bangun dari alam khayalan kepada alam nyata yang berteraskan iman dan taqwa.





Friday 7 September 2012

MELAYU BELUM ISLAM


Sejak kebelakangan ini budaya samseng kian menjadi2. Menyerang masjid, cat bas, tunjuk punggung, pijak gambar dan lain2 budaya yang memalukan Melayu semakin tidak terkawal atau memang dibiarkan oleh pemimpin2 UMNO? Polis pula buat kerja merapu. Hak rakyat untuk meraikan merdeka dalam skop hendak meluahkan perasaan secara aman di labelkan salah di bawah perbagai akta yang tidak berauta. Polis bukan menjadi polis profession tetapi menjadi penjaga kepentingan UMNO. Polis kena ingat parti apa pun yang memerintah tugas polis tetap sama. Kenapa hendak sangat berpihak kepada UMNO ? Polis makan gaji dengan wang rakyat bukan makan gaji dengan UMNO. Bila pertukaran parti pemerintah bertukar adakah anggota polis yang di bawah UMNO akan diberhentikan kerana gaji di bayar oleh UMNO BN? UMNO BN adalah parti seperti parti2 lain yang akan tewas jika rakyat tidak sukakan lagi. Ini adalah hakikat semua negara yang mengamalkan demokrasi.

Rakyat semakin meluat dengan sikap pemimpin2 UMNO BN semakin bersikap belum temadun dari menjadi pemimpin2 yang tidak matang. Bagaimana UMNO BN hendak meneruskan pemerintahan perbuatan kurang ajar pun mereka buat pekak badak sahaja. Mana perginya ulama2 dalam UMNO? Ini perbuatan Melayu sebelum Islam. Adakah mereka hanya bersenang lenang dengan ganjaran yang diberi UMNO hanya untuk mempertahankan perbuatan salah seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Ilmu Islam yang anda miliki bukan untuk cari makan tetapi tanggung jawab terhadap bangsa dan Islam dan wajib berani tampil ke hadapan untuk membuat fatwa bukannya menjadi anjing buruan atau tukang jaga kepentingan mereka yang jelas membuat kemungkaran.

Inilah jadinya bila terlalu lama memerintah. Sepatutnya menjadi lebih matang dan rakyat semakin menyanjungi pemimpin2 UMNO tetapi sebaliknya.

Masa untuk rakyat membuat perubahan sudah tiba ke peringkat wajib. Tidak ada cara lain melainkan UMNO BN wajib ditumpas dalam PRU 13 ini untuk menyelamatkan Melayu, rakyat Malaysia yang lain dan juga yang terpenting Islam wajib dimertabatkan dengan segera.

Apakah maksud Maqasid syariah yang UMNO katakan telah dilaksanakan di Malaysia sedangkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, budaya samseng dibiarkan bermarajalela? Ini betul2 telah menghina Islam dan telah menghianati bangsa Melayu yang sepatutnya semakin bertemadun tetapi telah menjadi mundur di bawah UMNO BN