Friday 29 June 2012

NEGARA ISLAM ADALAH PERJUANGAN PAS


Adakah tercatat dalam mana2 manuskrip atau perlembagaan PAS tentang penubuhan negara Islam? Tanya balas MB DS Nizar kepada DS Tajul apabila soalan bekas MB Perak itu, adakah PAS akan meneruskan perjuangan menegakkan negara Islam dalam pemerintahnya sekarang dalam siding DUN pertama pada 23 Jun 2008.
Jawapan DS Nizar Jamaludin  MB Perak itu sungguh meragukan dan jawapan beliau mencerminkan beliau gagal memahami perlembagaan PAS. Ini bercanggah dengan penjelasan Prof. Dr. Haron Din dalam penjelasan konsep negara Islam. Apa kata beliau.

Prof. Dr. Haron Din menjelaskan penubuhkan negara Islam dalam perjuangan PAS tetap diteruskan sehingga berjaya menubuhkan Malaysia negara Islam.

Dua jenis penyelasan yang ternyata berbeza dan telah memerangkap Nizar, mungkin kerana hendak menjaga DAP. Ini ujian Allah swt terhadap beliau sebagai MB waktu itu gagal mempertahankan perjuangan PAS. Inilah yang menyebabkan kemurkaan Allah swt dan assebab dua orang ADUN Cangkat Jering dan Behrang berpaling tadah dan hanya dapat bertahan 11 bulan sahaja.

Dalam perjuangan PAS wajib ada keyakinan bergantung kepada Allah swt 100%. Bila diberi kuasa kepercayaan dan keyakinan kepada Allah swt akan berbelah bagi kerana hendak menjaga hati manusia bukan Islam.

Akibatnya beliau telah menyeleweng dari perjuangan PAS dan ini telah membuat ahli2 curiga terhadap beliau. Pendedahan sidang DUN ini  mungkin tidak meluas dan rata2 penyokong tidak tahu tetapi itulah kebaikan internet, boleh mengorek rahsia dan juga boleh memberi penawar kepada penyokong atau pembangkang meluahkan perasaan.

Thursday 28 June 2012

HUJAH BIAR NAMPAK CERDIK DAN BERILMU

K-POP bukan senjata penjajahan kata Prof. DR. Hassan Hasbullah.

Menjadi Prof. sesuatu bidang bukan bermakna tahu semua bidang dan boleh memberi hujah sebarangan nanti digelar Prof. kangkong asal ada peluang hendak menjalar sahaja!

Dua alat penting Yahudi dan Nasrani untuk menyesat umat Islam ialah hiburan dan sukan. Alat2 sokongan yang pelbagai juga terdapat dalam agenda merosakkan akidah umat Islam. Kita wajib berhujah dalam konteks ajaran Islam bukan dalam konteks teknologi kreativiti atau warisan yang tidak Islam.

Ramai Prof. hendak menunjukkan kehebatan berpidato kerana mereka menggangapkan gelaran itu melayakkan mereka untuk berhujah sebarangan sedangkan tajuknya diluar bidang thesis mereka.

Bila bercakap dalam konteks Islam tidak ada teknologi atau kreativiti baru yang boleh dicipta atas nama kemajuan. Ajaran Islam tidak boleh diubah suai atau memodenkannya. Hanya yang moden adalah alat sokongan untuk menyampai dakwah. Tetapi dakwah cara Nabi Muhammad saw yang dilakukan oleh baginda dengan cara  berjumpa orang secara berdepan itulah cara yang terbaik bukan melalui kaset, TV atau internet.

Alat2 moden hanyalah alat2 sokongan untuk memberi maklumat atau ilmu sahaja. Dakwah tetap kena lakukan secara individu. Lain dari itu bukan maksud berdakwah. Allah swt akan turunkan hidayah hanya  melalui perantaraan pergorbanan diri, masa dan harta keluar di jalan Allah.

Bila ajaran Islam tidak ambil sebagai rujukkan dalam menjelaskan sesuatu isu maka tafsiran kita yang tahu dan belajar menghayati Islam ini tergambar orang yang memberi ulasan itu jahil dalam ajaran Islam. Ini bukan soal perubahan zaman. Apa sahaja yang tidak berasaskan Islam adalah haram. Ini soal halal dan haram di dalam ajaran Islam.

Isu ini menjadi besar kerana yang menyanyi itu perempuan yang mendedahkan aurat dan melalaikan umat Islam dalam menunaikan solah.

Ini bukan isu Elvis Presley, The Beatles, Abba, Michael Jackson, Madonna dan Justin Bieber iaitu industri budaya popular, Ini isu halal dan haram dalam Islam.

Kita menyeru kepada semua bijak pandai yang ada PhD supaya berhati2 dalam memberi pendapat. Ditakuti pendapat itu akan memalukan diri sendiri dan kelulusan yang dimiliki.

Apa kata tuan2 mufti?

PRU 13 ADALAH JIHAD

Judi adalah haram di dalam Islam. Semua parti yang ahli2nya beragama Islam tahu dalam hal ini. Tahu tidak bermakna faham. Kefahaman dan penghayati memerlukan iman dan taqwa kepada Allah swt.

Malaysia telah merdeka atau dilindungi atau naungi oleh Inggeris sudah mencecah 55 tahun. UMNO tahu tetapi tidak faham dan gagal menghayati dengan hukum Islam yang diketegorikan haram kerana mereka tidak pernah bersungguh2 berfikir hendak menegakkan hukum2 Islam. Dengan perlaksanaan hudud ini boleh menyekat mereka dari melakukan maksiat, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Islam pada mereka hanyalah modal untuk memikat orang2 Islam memberi undi untuk mengekalkan kuasa dan dalam masa yang sama boleh membuat harta benda sebanyak mungkin. Hakikat sebenar mereka memang tidak hendakkan ajaran Islam yang sebenar dilaksanakan.

UMNO tidak sensitif dengan penghinaan orang2 bukan Islam terhadap  Islam kerana pada mereka menjaga hati2 bukan Islam lebih penting dari menjaga perintah Allah swt.

Allah swt telah memberi peluang kepada UMNO untuk berubah tetapi mereka seperti juga kaum2 di zaman nabi2 a.s yang dimusnah kerana engkar dengan perintah Allah swt. Sokongan terhadap UMNO semakin meruncing dan UMNO hanya bergantung kepada sokongan orang2 Melayu yang lemah daya fikir terhadap Islam kerana telah selesa dengan kehidupan cara Inggeris. Inggeris telah membentuk para2 pemimpin UMNO sejak sebelum merdeka dan terus diwarisi oleh mereka ini sehingga ke hari terakhir PRU 13. Tanda nota telah hampir tetapi masih dengan sifat ego mereka yang akhirnya akan memusnahkan parti UMNO itu sendiri!

Kerja menyeru manusia kepada amal maarof dan mencegah kemungkaran adalah tanggung jawab semua umat Islam. Iman yang sempurna selepas syahadan apabila semua perintah Allah swt dapat disempurnakan. Gagal menyempurnakan perintah Allah swt walau pun satu hukum, disisi Allah swt itu adalah iman yang rosak. Iman yang rosak samalah seperti puak munafik dan kafir.

Umat Islam akhir zaman seperti buih2 di lautan, ramai tetapi tidak ada kekuatan kerana dunia telah berada di dalam hati2 umat Islam. Natijahnya kemurkaan Allah swt semakin bertambah seperti bertambahnya bala bencana gempa bumi, tsunami, caci mencaci, fitnah memfitnah kerana yang menjadi pemerintah adalah mereka yang menderhakai Allah swt.

Tidak ada jalan lain melainkan mereka yang beriman lagi bertaqwa kena bersungguh2 berusaha memerangi puak2 munafik yang menjadi musuh Islam seperti musuh dalam selimut. Mereka bergerak dalam diam2 sehingga boleh meruntuhkan atau merosakkan akidah umat Islam yang setengah masak hasil pendidikkan yang tidak berteraskan ajaran Islam.

www.iman2taqwa.blogspot.com

Wednesday 27 June 2012

SAMAN TETAP SAMAN, BERANI KERANA BENAR

SAMAN TETAP SAMAN, BERANI KERANA BENAR

Bila tidak saman dikatakan takut. Bila saman dikatakan nak tutup mulut kata Dr. M. Bila tidak berkuasa dan tidak boleh memberi arahan kepada hakim2 yang dahulunya dibawah kuasa beliau maka beliau baru sedar apa itu hukuman! Peluang untuk mengarah sudah tamat tempoh. Sekarang kena berdepan dengan realiti semasa dan tidak boleh bercakap sesuka hati nanti mati.

Begitulah yang berlaku sejak dari zaman Nabi Adam a.s sehingga akhir zaman dan khiamat. Hosni Mubarak, Gadafi, Ben Ali antara pemimpin2 bongkak, sombong dan kejam dan tidak lama lagi Syria, Asad akan menerima nasib yang sama apabila mengaku Islam tetapi menyeleweng dari ajaran Islam, maka Allah swt yang maha berkuasa lagi maha kekal membalas setiap perbuatan yang dilakukan bersesuaian dengan apa yang mereka lakukan.

UMNO memimpin negara sudah 55 tahun  tetapi gagal mendidik orang2 Melayu Islam ke arah iman dan taqwa kepada Allah swt. Permusuhan sesama Islam kerana mengujudkan politik yang tidak berpandukan al-Quran dan sunnah kotor caci mencaci, fitnah memfitnah tidak menjadi agenda utama sebagai pemimpin yang mengaku menganut agama Islam. Apa yang lebih menduka citakan lagi ialah orang Cina, India dan lain2 bangsa bukan Islam semakin jauh dari Islam dan atas sifat jahil mereka kembali menentang Islam secara terang2an dan UMNO yang bertanggung jawab menjaga Islam berdiam diri dan jadi pengecut bila Islam dihina,

Pembalasan yang sama Allah swt akan kenakan kepada UMNO seperti mana pembalasan ke atas orang2 yang tidak jujur dan amanah terhadap Islam.

InsyaAllah PAKATAN RAKYAT adalah pilihan semua rakyat khasnya dan orang2 Melayu Islam khusus. Amanah ini sangat penting dan wajib dilaksanakan dengan jujur. Keberkatan dan rahmat Allah swt akan bersama apabila semua orang yang mengaku Islam dapat mendaulatkan ajaran al-Quran dan sunnah apabila berkuasa kerana sesungguhnya kejayaan manusia itu hanya akan berjaya apabila taat dengan perintah Allah swt dan ikut cara Nabi Muhammad saw.

PRU 13 UNDI PAKATAN RAKYAT UNTUK MALAYSIA YANG LEBIH DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH SWT. INSYAALLAH.

Tuesday 26 June 2012

NAJIB PM MALAYSIA YANG LEMAH INGATAN DAN KELAKAR SUNGGUH


Tun Hussein Onn PM tahun 1986? Najib kata dalam sidang media majlis tertinggi UMNO 22 Jun 2012 bila ditanya wartawan.

Ini berkaitan dengan pernahkah PRU diadakan dalam musim haji. MasyaAllah inikah tahap ingatan PM Malaysia sungguh merapu. Siapakah PM Malaysia pada tahun 1986? Inilah yang membuat Dr. M bengang main tembak sahaja.
Najib sudah gelabah dengan sejarah sebab itu dia tak berani nak berdebat dengan DSAI. Dunia akan ketawa berdekah2 melihat PM Malaysia kini.

Memang jelas merapu dan nyanyok dan betul2 memalukan diri sendiri. Kalau tak pasti jangan main tembak sahaja! Jaga sikit jawatan PM itu. UMNO BN memang sudah nyanyok dan bolehkah menteliti kelas tiga memerintah negara yang kian mencabar. Dunia sekarang bila bercakap mesti ada fakta dan tak boleh merapu. Kalau tak pasti jangan bercakap. Bukan orang2 PR saja ketawa malah orang2 UMNO BN pun akan ketawa. Kalau orang2 UMNO BN tak ketawa memang confirm bukan orang!

Kesian Najib dengan tekanan luar dan dalam. Lama2 boleh gila. Wang dah banyak, tak usahlah gila kuasa lagi. Lebih baik bertaubat dan kalau boleh belah cari tempat selamat untuk hidup dalam dunia yang sementara ini. Masuk kubur tak boleh lari lagi!

PULANGKAN SINGAPURA BUKAN USIR DIPLOMAT

Presiden Perkasa , Datuk Ibrahim Ali minta Singapura panggil balik 3 diplomat kerana sokong Bersih 3.0. Sudahlah dengan Cina Malaysia kamu bergaduh dan kali ini dengan Cina Singapura pula.

Sepatutnya kamu minta PM Singapura memulangkan pulau itu kepada Malaysia kerana  UMNO dibawah Tunku Abdul Rahman TAR telah membuat kesilapan besar dengan senang2 memisahkan  Singapura dari Malaysia.

Inilah adalah dosa UMNO yang terbesar dalam sejarah dan tiada bangsa lain yang sebegini pemurah atau bodoh memberi tanah kepada bukan Islam. Orang2 Melayu sendiri ada yang tinggal merepat di Malaysia kerana susah hendak mendapat tanah yang hanya untuk tapak rumah tetapi orang2 Cina dilayan dengan memberi pulau yang paling strategik di dunia.

Paling menyakitkan hati lagi tanah simpanan Melayu pun UMNO faraidkan kepada bukan Melayu atas nama pembangunan. Di bawah UMNO pembangunan asli ia itu yang dibangunkan oleh orang2 Melayu sendiri hampir sifar(kosong).

Kesemua pembangunan diberi kepada bukan Melayu atas nama kemajuan. Orang2 Melayu sendiri akhirnya terpaksa menumpang depan kedai Cina jual sate! Kuasa di tangan Melayu asli tetapi kerana nak kaya cepat walau pun gadai maruah bangsa dan tanah kerana hendak kejarkan kemajuan kononnya tetapi hakikat sebenar mengejar wang dan harta untuk kenyangkan perut sendiri dan kroni.

55 tahun masa yang panjang untuk membangunkan orang2 Melayu jika UMNO betul2 ikhlas. Hari ini apa yang ada pada Melayu? Di bandar2, orang2 bukan Melayu ada hospital swasta sendiri. Mereka juga ada bangunan parti dan persatuan sendiri. Melayu ada apa? Hospital sendiri ? doktor sendiri? Adakah masuk akal setelah 55 tahun merdeka UMNO ada pejabat parti menyewa dirumah kedai bukan Melayu? Punyanya selekeh! Tanah di tempat strategik semuanya dibangunkan oleh bukan Melayu sedangkan tanah itu ada diantaranya adalah tanah simpanan Melayu atau awam(simpanan jalan atau sungai dll) ! Siapa punya kuasa meluluskan? Melayu jual Melayu!

Bila bangunan rumah kedai yang beratus2 ribu ini bina kesemuanya dimonopoli oleh bukan Melayu. Orang2 Melayu tidak mampu membeli kerana mahal. Sepatutnya pemimpin2 Melayu wajib berfikir bagaimana nak membangunkan Melayu bukan menjadi penghianat kepada Melayu! Buka mata dan minda dan panjangkan akal memikir adakah UMNO membela Melayu?

Monday 25 June 2012

KEPADA NAJIB TAKUT BERDEBAT?

Najib kata debat bukan budaya kita. Kita itu siapa Melayu, Cina, India atau Nepal, Myamar, Indon, Bangla? Berdebat memerlukan amalan yang baik dan juga ilmu yang baik. Kalau menteri atau Ketua pemuda UMNO pun sudah berani berdebat, bila pula PM Najib dengan bakal PM(PR) DSAI pula berdebat? Kalau sudah ada dasar atau manifesto atau rekod kerajaan yang baik, kenapa takut hendak berdebat? Inilah masanya hendak tunjulkan dan buktikan kepada rakyat selama 55 tahun UMNO memerintah Malaysia kejayaan atau kegagalan yang sebenar boleh dibuktikan dengan berdebat!

Kalau di sekolah sudah diajar berdebat hasil kulum-kulum menteri pendidikkan UMNO, konsep berdebat yang sama apa salahnya diamalkan di antara ahli2 parlimen yang berapi2 berucap dalam kempen pilihanraya yang begitu berani tetapi takut bila diajak berdebat dalam TV!

Apa kata kita gunakan TV sepenuhnya untuk majlis ceramah atau debat. Amalan sekarang ini pihak UMNO BN sahaja yang monopoli media ini. Kalaulah UMNO BN sudah maju dari segi pemikiran atau sains dan teknologi maka kaedah ini cukup jantan atau gentleman untuk menegakkan sesuatu isu dengan sikap pemikiran atau menteliti kelas pertama melalui TV dan media2.

Kalau seorang PM pun masih dikuasai perasaan takut, tidak yakin atau menikus bila diajak berdebat, ini menunjukkan seorang PM yang lembek dan masih berfikiran menteliti kelas ketiga dalam memimpin Malaysia lebih baik letak jawatan dan beri kepada Khairy J sahaja untuk mengurus dan mentadbir Malaysia! Sekurang2nya  kejantanan ketua pemuda ini walaupun tidak berjawatan tetapi mampu berdebat walau pun sukar hendak menangkis soalan2 Rafizi R!

Menteri2 UMNO BN memang ketar lutut bila hendak berdebat kerana berani kerana benar takut kerana bersalah. Pendebat2 yang berani dalam UMNO BN hanyalah dikedai2 kopi! Mereka berdebat tidak ada tajuk. Tajuk yang paling baik dahulu, kini dan selama2nya walau pun mereka sekarang sedang menunggu untuk dijual tetapi tetap taat dan berkarat walau pun saat2 ajal hanya menunggu beberapa bulan sahaja lagi. Apa sahaja yang ada kaitan dengan kebaikan mereka menganggap keburukkan. Pemimpin2 mereka hidup senang lenang hasil rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dan ahli2 yang berkarat hidup kais pagi makan untuk esok tetapi tetap hidup Melayu. Hidup segan mata tak mahu!



Thursday 21 June 2012

SIFAT TERPUJI LAHIR DARI KEIKHLASAN

Manusia ada satu sifat yang sukar dibuang ia itu sifat tamak. Biasanya terjadi kepada pemimpin2 UMNO. Lagi banyak jawatan lagi banyak masuk. Hendak lepas jawatan yang dibayar lumayan ini bukan senang kalau boleh biar sama2 mati!.

Dalam hal Rafizi ini, sifat tamak itu memang boleh dijinak jika azam untuk melihat kemungkaran itu ada dalam hati.

Debat PTPTN itu banyak logik dan menasabahnya. PTPTN diberi percuma kerana hendak melihat lebih ramai pelajar2 U tidak terikat dengan pinjaman sedangkan pinjaman itu boleh dimansuhkan atas sifat kesian kepada mereka yang dibeban dengan pelbagai masalah kos hidup terutamanya ibu bapa yang memang tidak mampu tetapi terpaksa membiarkan anak2 yang ada potensi untuk mendapat ilmu terbantut.

Kerajaan adalah pemegang amanah rakyat. Apa sahaja untuk kepentingan rakyat kerajaan yang bertanggung jawab wajib usahakan dengan ikhlas untuk membantu meringankan rakyat bukan mencari kesempatan mencari keuntungan segelintir menteri, pengerusi dan kroni untuk hidup mewah atas skim PTPTN ini.

Pendapatan negara kalau diurus dengan jujur dan amanah bantuan percuma ini hanyalah sisi2 makanan yang lekat dicelah gigi sahaja atau a tip of the iceberg.

Rezeki yang diberkati ialah rezeki yang diusahakan secara halal lagi toiibah bukan rezeki dalam tong sampah. Orang gila pun kalau dia tidak gila dia pun tidak mahu ambil rezeki dari tong sampah yang kotor lagi busuk. Tetapi manusia yang siuman lebih teruk dari orang gila kerana mendapat rezeki yang haram yang lebih kotor lagi busuk dari “tong sampah”. Setiap rezeki yang haram maka akan lahirlah sifat2 yang terkeji bukan setakat pemgambil itu sahaja tetapi keterunannya akan menjadi manusia yang sentiasa suka kepada “tong sampah!”

Monday 18 June 2012

PUNCA MELAYU LEMAH BERNIAGA

Apa sahaja yang orang Melayu terajui kebanyakkannya rugi.
Adakah mereka tidak pandai bisnis atau pandai bisnis tetapi menguntungkan diri sendiri. Melayu bila bekerja dengan CEO bukan Melayu baru nampak pandai bisnis kerana tidak boleh kelentong. Air Asia yang baru boleh buat untung, sedangkan MAS yang berpuluh tahun rugi. MAS sepanjang masa diterajui oleh CEO Melayu, ...cuba bagi kat mat saleh pula walau pun terpaksa gadai kepentingan negara dan pastinya kita boleh saksikan untung memang berbaloi. Begitu juga hotel antarabangsa terpaksa di beri kepada CEO bukan Melayu baru boleh maju. Adakah orang Melayu ini lemah dalam pemasaran atau lemah bila dapat kuasa dan nampak wang? Itu cerita GLC. Bagaimana pula bila jadi CEO atau PM kepada negara Malaysia? Serupa bin sama sahaja. Negara dapat wang hasil dari pendapatan cukai. Jika negara macam GLC yang pendapatannya datang dari pelangan, lama dah bankrap! Itulah perbezaan mengurus dan mentadbir dua bidang yang berlain konsep tetapi matlamatnya semua mesti dapat untung. Sampai bila Melayu nak maju, kalau berniaga seperti NFC, Felda dan lain2 agensi yang perangai Melayunya sama, rasuah, penyelewengan dan salah gunakan kuasa. Hanya dengan amalan Islam sahaja yang boleh berubah. Adakah kita sekarang mengamalkan Islam 100%? Nama sahaja Islam amalan lebih teruk dari bukan Islam! Jujur dan amanah dua sifat yang paling mahal sukar diperolehi sekarang!

Sunday 17 June 2012

ALLAH SWT MAHA BERKUASA MAKLUK TIADA KUASA


Institusi raja2 bukanlah perisai atau pelindung kepada orang2 Melayu dan hak keistimewaan Melayu bukan bergantung kepada raja2 Melayu.

Pendapat ini sangat berbahaya kerana boleh membuat seseorang itu menjadi syirik kepada  Allah swt. Mahluk berhajatkan kepada Allah swt. Manusia tidak boleh berlindung dengan makluk kerana mahluk lemah dan tidak ada kuasa mutlak untuk memberi hidayat, rezeki, kebahagian, kemulian, keistimewaan atau kehinaan dan lain2 kepada manusia.

Raja2 Melayu juga seperti manusia biasa lain yang sama di sisi Allah swt. Manusia yang paling mulia disisi Allah swt ialah manusia yang beriman dan bertaqwa. Selain dari itu apa sahaja jawatan atau harta benda yang dimiliki bukan jaminan untuk mendapat keredhaan Allah dan syurga. Syurga hanya boleh diberi atas rahmat Allah swt dengan diri, masa dan harta benda yang dikorbankan atas nama jihad untuk menegakkan agama Islam. Jihad di zaman ini ialah dakwah. Kita kena buat kerja dakwah supaya manusia lain pun dapat Islam. Agama Islam sahaja agama yang diredhai Allah swt.

Hari ini kita leka baik raja2, menteri2, MB, wakil rakyat dan JKKKP terhadap dakwah. Kita menghabiskan masa dengan dunia keseronok, hiburan, berfoya2, fitnah, rasuah, penyelewengan dan salah gunakan kuasa. Sebagai balasan Allah swt telah mencampakkan kehinaan kepada umat Islam. Umat Islam ketinggalan dalam semua bidang bukan kerana tiada ilmu tetapi bila abaikan amalan Islam, inilah hukumannya.

Allah swt tidak lagi memandang umat Islam dengan rahmat tetapi mencampakkan segala bentuk kehinaan. Orang2 bukan Islam sendiri tidak percaya dengan kebaikan Islam kerana keburukkan akhlak umat Islam menakutkan mereka.

Anak2 haram yang menjadi2 sehingga perbuatan mendera bayi yang tidak dilakukan oleh bukan Islam dan binatang tetapi sanggup dilakukan oleh orang2 Islam seperti membuang bayi dalam lubang tandas dan lain2 perbuatan yang lebih dahsyat dari bukan Islam dan binatang. Binatang pun sayang kepada anak2nya!

Di sini ia itu dunia bukan tempat kita bersenang lenang dengan jawatan, tahta, kuasa, harta benda. Maksud hidup orang2 Islam  untuk mendapat iman dan taqwa adalah dengan perantaraan kerja dakwah. Dunia ini untuk orang2 bukan Islam bersenang lenang kerana mereka tiada syuga. Jika mereka tidak dapat Islam, umat Islam sama ada raja2, menteri2. MB, wakil rakyat dan JKKKP akan bertanggung jawab di depan Allah swt. Umat Islam tidak boleh melepaskan diri di akhirat kelak.

Allah berfirman dalam al-Quran, Aku telah membeli diri kamu, masa dan harta kamu dengan syurga. Ayat ini ditujukkan hanya kepada orang2 yang beriman lagi bertaqwa kepada Allah swt. Jika diabaikan maka nerakalah tempat kamu sebaik2nya.

Friday 15 June 2012

BILA PEMIMPIN2 UMNO GILA KUASA, TANAH MELAYU TERGADAI


Noh Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut kesal kerana kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri juga menyebabkan Universiti Selangor (Unisel) mengalami masalah kewangan untuk meneruskan operasi. Si menteri ini ketinggalan zaman.

Jika PTPTN tidak mahu mengeluarkan wang, kerajaan Selangor telah memperuntukan RM30 juta untuk membantu pelajar tetapi tiba2 PTPTN cepat tarik balik dan beri semula pinjaman. Kenapa PTPTN tak teruskan pembekuan ini. Nak gempar tapi penakut. Bila kena gertak balik, terkencing kerana takut rakyat akan menyingkirkan UMNO BN kerana isu ini.

Menteri pertanian ini sebenarnya prestasinya cukup buruk. Berapa banyak beras impot telah masuk ke Malaysia. Sebab utama banyak tanah2 sawah sudah jadi projek perumahan. Kalau trend ini tidak dihalang maka satu hari nanti rakyat Malaysia akan makan beras siam, Cina, vietnam dan bila keadaan darurat akan makan  pasir. Kenapa kerajaan tidak halang pertukaran status tanah pertanian kepada perumahan.

Apa akan jadi tahun 2020, semakin kurang tanah pertanian untuk tanam padi. Ini tanggung jawab menteri pertanian dan menteri jaga tanah. Buah2an tempatan seperti mempelam, pisang, nenas, daging lembu dan lain2 semuanya mahal sedangkan semua buah tempatan.

Mana dia projek pertanian ini pergi. Projek NFC jadi projek beli kondo. Tanah pertanian tukar status jadi tanah industri. Siapakah yang untung dalam transaksi ini? Orang tengah2. Siapa dia orang2 tengah? Orang2 yang berkuasa? Siapakah orang2 yang berkuasa? Menteri2, Menteri besar, pegawai daerah, wakil2 rakyat dan JKKKP.

Tanah2 Melayu bertukar tangan kepada taukey2 Cina semakin menjadi2 di kampung2 dan juga di pinggir bandar dan juga bandar2 kerana broker Melayu dan orang Melayu sendiri tiada ada menteliti kelas pertama kerana hendakkan wang jangka masa pendek sedang tanah2 yang dijual bernilai berpuluh kali ganda bila bertukar tangan. Semuanya kerana kejarkan wang bukan kepentingan generasi masa hadapan. Sudahlah Singapura diberi percuma dan tanah2 Melayu juga semakin pupus. Kerajaan kena mengujudkan atau pinda akta supaya tanah Melayu Islam tidak boleh dijual kepada bukan Melayu dan bukan Islam.

Apakah menteri2 UMNO BN buat setelah 55 tahun merdeka dan yang paling melucukan kerajaan UMNO BN membodek diri sendiri mengatakan merekalah kerajaan yang prihatin dan berjaya dalam ekonomi, memajukan Islam- sedangkan masjid kosong, Melayu koperat yang cerdik merugikan GLC dan 1001 jenis masalah bukan setakat gagal malah wajib disingkirkan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Thursday 14 June 2012

PARLIMEN MALAYSIA PERTAMA KALI BAHAS ISU BOMOH

Menggunakan khidmat bomoh ini tidak kira lelaki ke atau wanita. Paling malang sekali orang2 Melayu Islam. Bomoh2 yang penipu sama seperti pemimpin2 yang penipu. Jadi Islam hanya pada nama sahaja tetapi amalan Islam hanya bila nak nikah, baca Yasin bila dah nazak dan bila mati baca tahlil itu pun bukan semua pemimpin boleh ke depan. Bila ada kematian... adakah pernah jumpa pemimpin iman solat jenazah?. Mana kita boleh jumpa pemimpin2 menjadi iman solat, baca khutbah dan sentiasa berada bersama jemaah masjid untuk sama2 tunai solat berjemaah? 55 tahun kita merdeka itulah tahap Islam yang dibawa oleh UMNO BN. Kejadian pecah dan mencuri barang masjid, rumah orang, maksiat lelaki perempuan, minim arak, berjudi, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa menjadi perkara biasa. Inikah negara Islam UMNO BN? Apa akan jadi tahun 2020? dipenuhi perompak, penyamun, penzina dan adakah kita kalau masih hidup atau anak cucu kita akan hidup dalam keadaan selamat? Tidak ada pilihan lain melainkan tukar kerajaan kepada Pakatan Rakyat.
Cukai duti dan eksais kereta akan diturunkan jika Pakatan Rakyat menang. Ini memang boleh dilakukan. Harga kereta sekarang mahal dan kereta menjadi keperluan semua orang. Tak mahukah beli kereta harga murah? Ahli2 UMNO BN tak nak sokong ke? Kalau tak nak sokong samalah tidak mahu PTPTN percuma. Jangan jadi pekak bin badak!

Wednesday 13 June 2012

KEARAH MALAYSIA YANG DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH S.W.T

PM Najib dan isteri telah dan sedang menjadi tanggungan biawak hidup(liability) kepada UMNO BN. Malangnya kepada ahli2 UMNO BN yang boleh dikatakan bersih sedikit dari pemimpin2 mereka tidak dapat hidayah daripada Allah swt. Hadis Nabi saw telah memberi amaran jangan kamu makan minum dengan puak2 yang menentang hukum Allah swt setelah kamu berdakwah bersungguh2 dan akhirnya kamu berputus asa untuk menyedarkan mereka dan masih bersama mereka. Adakah ulama2 UMNO pernah berdakwah dan menyedarkan pemimpin2 parti ini atau diam membisu kerana period nasi?

Siri skandal atau bahasa mudah kejahatan yang didedah bermula dari awal pegang jawatan menteri sehingga menjadi PM. Senarai kejahatan yang cukup jelas seperti penyelewengan pembelian kapal selam, pembunuhan Altantuya, layanan tuntutan bersihkan terhadap nama pendaftaran pemilih yang penuh penipuan dan tindakkan terhadap Bersih 1,2,3 yang lemas dalam air dan pemedih mata berasid, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dan terbaharu bakal menantunya Daniyar Nazarbayev  dari Kazakhtan penipuan jual beli kondo RM60 juta di New York dan hampir2 sama kes di Malaysia beli kondo dengan wang projek NFC dan banyak lagi perbuatan terkeji yang didedahkan tidak menjadi pengajaran langsung kepada ahli2 UMNO BN yang warak lagi berilmu!

Kelemahan seterusnya nazak yang dihadapi oleh UMNO BN adalah berpunya dari dosa2 yang bertimbun2 dan Allah swt sedang menurunkan bala yang pelbagai terhadap parti ini dan tempias bala ini juga kepada rakyat jelata. Inilah pembalasan dari Allah swt bukan saja2 datang seperti kata Hishamuddin Rais hukum karma. Dalam Islam tiada hukum karma. Hukum ini adalah balasan dosa yang dilakukan dan ianya datang dari Allah swt bukan kehendak alam semula jadi!

Hari2 ada sahaja berita terkini yang didedahkan terhadap Najib.
Malaysia sungguh tercemar dengan perbuatan beliau dan isteri. Kesan dari ini nama Malaysia yang dicanang oleh TV dan media milik UMNO BN menampakkan betapa aman dan harmoninya Malaysia ditambah dengan kejayaan transfomasi ekonomi, pelabur2 asing yang tidak terkesan dengan perhimpunan Bersih dan lain2 berita negatif adalah satu sendiwara Greece yang telah bankrup hasil pembohongan media2 milik kerajaan.

Rakyat Malaysia masih ada sedikit masa lagi untuk menyelamatkan Malaysia dari bankrup atau tersisih dari pelabur2 antara bangsa kesan dari pemerintahan UMNO BN yang penuh dengan penyelewengan bukan sahaja kuasa, wang tetapi penipuan untuk mendapatkan kuasa secara nekad ia itu mengujudkan nama pemilih berdaftar yang palsu dengan harapan untuk mengekalkan kuasa yang jelas untuk membiakkan maksiat dan kejahatan. Pilihanraya PRU 13 ini menentukan sama ada Malaysia akan dirahmati dan barkati  Allah swt jika Pakatan Rakyat memerintah atau bala,malapetaka atau bencana yang berterusan jika UMNO BN menang.

Rakyat Malaysia yang bijak lagi sayangkan Islam dan Melayu wajib menukar kerajaan dari UMNO BN kepada PAKATAN RAKYAT. ALLAHUAKBAR.

Tuesday 12 June 2012

MELAYU BELUM ADA DAYA FIKIR KELAS PERTAMA

Memberi pandangan atau memberi nasihat yang baik adalah satu perbuatan yang baik. Jika memberi pandangan atau memberi nasihat yang baik dianggap hasutan ini sudah jelas bukan negara demokrasi. Raja2 atau orang2 awam sama sahaja disisi Allah swt. Hanya orang2 yang beriman lagi bertaqwa sahaja yang Allah terima amalannya. Selain dari itu walau pun dia seorang yang baik tetapi mensyirikkan Allah swt, nerakalah tempatnya.

Kita mesti mengunakan akal yang rasional dalam menelai sesuatu isu. Politik yang sehat adalah politik yang bukan berasaskan sentimen atau emosi. Politik juga mencermin kematangan berfikir. Politik semasa kebanyakkannya bersentimen dan beremosi atau dalam erti kata mudah difahami politik budak2. Asalkan ada isu terutamanya yang melibatkan pembangkang diperbesarkan sehingga isu menjadi isu yang seolah2 mengancam negara! Apakah menteliti atau jenis fikiran ini boleh menuju negara maju tahun 2020? Apakah taraf pemerintah di bawah UMNO BN cukup matang untuk mendidik rakyat supaya berfikir kelas pertama? Dunia barat dan timur telah jauh meninggalkan kita dari segi sains dan teknoloji tetapi Malaysia masih dalam alam kebudakan yang belum matang untuk berdepan dengan abad ke 21ini.

Malaysia perlu kepada sebuah pemerintah yang matang untuk menghadap dunia global yang semakin mencabar. Dunia kroni wajib dihapuskan. Untuk bersaing di dunia yang penuh cabaran ini budaya fitnah, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tidak boleh ujud. Barat atau Jepun amalan negetif ini diparas paling minima sehingga 10% tetapi budaya negetif yang diamalkan di Malaysia paling maxima sehingg 90%. Jurang antara positif dan negetif ini jika tidak dapat dihapuskan akan menjadikan Malaysia negara yang paling mundur terutamanya orang2 Melayu dan orang2 bukan Melayu mengunakan kelemahan Melayu untuk menguasi politik dan juga ekonomi. Hari ini kita boleh saksikan sendiri ekonomi orang2 Melayu terlalu mundur sehingga di setengah2 bandar besar rumah kedai dimiliki oleh orang2 Melayu boleh dikira dengan jari. Tanah2 stregik di Bandar2 besar dibangunan oleh pemaju2 bukan Melayu dan dijual dengan harga yang tinggi kepada bukan Melayu dan sudah tentu Melayu mengigit jari. Kuasa meluluskan semua perkara ini berada  ditangan Melayu kerana orang2 Melayu menjadi menteri, pegawai daerah dan juga wakil rakyat tetapi adakah hanya ada kuasa komisen sahaja?. Orang2 Melayu masih tidak cerdik dalam perkara ini. Boleh makan minum tidur walau pun dalam rumah sengit itu sudah dikira selesa?

Bangunlah Melayu kita telah merdeka 55 tahun. Tepok dada tanya apakah yang telah dibuat oleh UMNO BN untuk Melayu yang lebih cemerlang, gemilang atau hanya temberang?

www.iman2taqwa.blogspot.com

Monday 11 June 2012

BERTUAH MENJADI PENGERUSI TERPILIH


Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Ismail Mohamed Said seorang ahli parlimen, ahli politiklah tu. Yang  pelik ini di Malaysia yang menjadi pengerusi satu tabung yang wangnya dibiayai oleh kerajaan, bagaimana ditakbir oleh orang politik walau pun dia ada kelulusan akauntan misalnya. Memanglah kita tidak nafikan semua menteri2 adalah orang2 politik. Mereka menguasi semua pentadbiran dan pengurusanl. Tetapi ada juga menteri2 bukan dikalangan ahli2 politik. Mereka dilantik senator kemudian menjadi menteri. Ini pun satu contoh kurang cerdik dan dalam masa yang sama menafikan kebolehan wakil2 rakyat yang menang dalam pilihanraya. Telan air liur bila tidak dilantik menjadi menteri. Mereka yang kalah atau tidak bertanding pula mendapat rezeki! Di kalangan yang dilantik melalui senator ini, maklumlah rezeki terpijak, jika diarah makan atau minum……….. pun mereka sanggup kerana terkejut beruk kerana tiba2 dilantik jadi menteri. Bercakap pun masih gelong tetapi kabel besar atau mungkin dikalangan wakil2 rakyat yang menang itu tidak layak jawat menteri, kalau tak bagi menteri pun bagilah sekurang2 setia usaha kepada JKKKKP pun taklah ralat sangat!

Bila ahli politik dah jadi pengerusi, cakap pun selalu tersasul kerana fikiran politik tu tak boleh nak dibuang. Tambahan pun mereka menginap dalam parti yang dah tenat. Survival atau hidup mati parti terpaksalah dipertahankan.

Berapa elaun Pengerusi PTPTN, rakyat nak tau juga. Kalau PTPTN dimansuhkan pengerusi PTPTN nak dipindah ke jabatan mana pula!. Itu pun kena fikir juga dia pun bekerja mencari rezeki! Bila  tidak menjadi wakil rakyat lagi jawatan pengerusi pun sudah tiada, hutang rumah, kereta mewah belum habis dibayar! Mungkin kalau dah lama sangat selera nak rasa kereta RM1.5 juta parkir kat kondo persendiraan dan sulit pula tu. Ini tidak dapat dielakkan dan sudah menjadi  budaya orang2 kaya raya! Pengundi2 di kampong gunalah kereta volkswegen lama yang larinya tidak segagah kereta VIPs.

Sunday 10 June 2012

GERAM PUN BOLEH MENANGIS


Mendesak orang lain supaya mengaku ke atas satu perbuatan yang  dia tidak lakukan atau mendesak orang lain supaya mengaku ke atas satu perkara hanya dengar cakap orang atau hearsay adalah satu perbuatan pengecut. Pengecut jenis ini ibarat baling batu sembunyi tangan. Tetapi semasa batu dibaling hanya dia seorang sahaja yang ada di situ. Ini sudah pasti dia yang baling batu. Hukumnya tangkap dia potong tangan!.

Begitulah menteri2 UMNO BN yang tidak ada kerja lain selain dari menuduh ketua atau wakil2 rakyat PR, setiap kali membuat tuduhan disuruhnya mengaku macam budak2 nakal bermain. Yang nakal gertak yang kurang nakal. Nakal pun acah2 sahaja bukan berani sangat. Dia pun budak2 nakal yang sebenarnya penakut tetapi kerana bapa atau saki baki kuasa yang ada buat2 beranilah sikit.

Tidak apa kita bersabar nanti kita PR dapat kuasa kita gertak pun mereka terkencing. Kalau dengan perbuatan yang telah mereka lakukan bukan gertak yang patut dilakukan tetapi perbuatan mereka itu cukup terbukti bersalah. Kita gertak dan tangkap bubuh dalam black maria. Nak bicara ka juga? Tak payahlah buang masa saja.

Kita bebaskan banduan di penjara. Banduan akan bertanya kenapa kami dibebaskan? Kamu bersalah kerana UMNO BN membiarkan kamu menjadi penjenayah. Sekarang PR memerintah hukuman hudud sedang dilaksanakan.

Jika kamu masih hendak melakukan jenayah dipersilakan. Tetapi kali ini jika sabit kesalahan kamu akan dikenakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Maka semua banduan menjadi baik. Tetapi tetap ada kemusykilan. Kalau kami  semua dibebaskan siapa yang akan masuk dan seterusnya menghuni penjara? Itu dalam lori black maria yang bersusun. Kami rasa kami kenal mereka itu! Kan yang kena gari itu dulu semua VIP ada yang…………..ada yang………….dan lain2 lagi.

Maka tamatlah satu filem yang paling menyedihkan yang pernah difilemkan selepas PRU 13. Memang mengalirkan air mata penonton2! Bukan sedih tetapi geram. Geram kali ini pelik sikit. Biasanya orang sedih mengalir air mata tetapi geram kali ini geram sehingga mengalir air mata!

Saturday 9 June 2012

MELIHAT KEBURUKAN ORANG MENCERMINKAN KEBURUKAN SENDIRI


TS Muhyiddin nampak akaun DSAI saja ke? Akaun sendiri tidak ada ke? Menteri2 UMNO ini kalau mereka kata mereka bersih, memang cukup2 bersih lagi berbaur bersih ke? Masakan kalau bersih rakyat nak adakan perhimpunan bersih 1.0,2.0,3.0. Himpunan bersih 4.0 diambil alih orang UMNO, Perkasa, Tibai dan lain NGO pro UMNO.

Alasannya mereka juga memperjuangkan bersih tetapi cara bersih yang mereka perjuangankan adalah kotor sekotor2nya. Manusia kata bangkai kotor tetapi pada buaya bangkai makanan yang lazat!. Apakah yang dikatakan bersih itu? Bersih yang sebenarnya suci lagi bersih. Haram tetap kotor dan halal itu tetap bersih. Lain dari itu hukum itu telah diubah mengikut kehendak nafsu bukan kehendak Allah swt.

Kalau hendak dilihat bersih dan berbaur bersih, langkah pertama kita kena jaga hati supaya banyak yang iklas dari yang tidak ikhlas. Kalau hendak orang lain bersih sedangkan kita penuh dengan hasad dengki, fitnah dan lain2 sifat terkeji mana mungkin boleh memaksa rakyat supaya bersetongkol sama dalam hal ini supaya katakan bersih?

Hujah  kalau tidak betul saman bekas penolong governor Bank Negara atau lain2 pihak adalah modal basi. Tindakan sedemikian bukan boleh memaksa orang lain mengikut apa yang kita cakap. Kalaulah nak melayan puak2 ini setiap kali tuduhan kita melinting. Itu menunjukkan kita sentiasa melatah walau pun itu tuduhan fitnah.

Semua isu yang diada2kan oleh UMNO BN gagal mendapat perhatian  orang ramai. Orang yang selalu bohong biasanya tidak ada makluk yang akan percaya kecuali makluk keturunan UMNO BN sahaja.

Biasanya di kalangan pembangkang ini kalau tidak betul2 bersih, pihak UMNO BN mudah menahan atau menangkap dengan mudah kerana mereka pemerintah. Mereka ada pelbagai akta atau aktas yang boleh digunakan atas alasan yang mereka suka. Bila jerat tidak mengena walau pun segala jenis umpan dicakuk tetapi tidak mendatangkan selera  kepada mangsa. Akhirnya umpan yang dibubuh dalam jerat terpaksa si penjerat itu masuk memakan umpan sendiri dan akhirnya terperangkap dalam jerat sendiri!

Kebijaksaan berfikir telah menjadi kebodohan berfikit kerana berfikir tidak mengunakan cara yang diajar oleh Islam otomatik akan bertukar mengunakan hasutan syaitan 100%!

Al-Quran memberitahu kepada manusia, syaitan itu musuh kamu yang nyata. Maksudnya bila kita bercakap ke arah kebaikan dan mencegah maksiat. Tetapi manusia tidak sedar mereka hari2 berkawan dengan syaitan  bila bercakap ke arah keburukkan dan menyuburkan maksiat.



DUA TOKOH BERLAINAN MATLAMAT

Menuduh atau sangka buruk kepada seseorang memanglah perkara biasa. Memuji atau sangka baik kepada seseorang adalah perkara luar biasa. Tunku atau TAR and DSAI adalah dua orang tokoh yang mempunyai berlainan matlamat.

TAR telah membuat keputusan yang salah kerana kelekaan beliau membiarkan orang2 Cina menguasai Singapura. Singapura mempunyai sejarah Melayu yang unik. Sebelum kedatangan orang2 Cina ke Singapura, ia adalah sebuah pulau yang dihuni oleh Melayu. Walau pun Inggeris memainkan peranan memasukkan orang2 Cina ke Tanah Melayu tetapi pemimpin2 Melayu juga wajib memainkan peranan terutamanya selepas merdeka.

Sikap tidak apa TAR menyebabkan orang2 Cina yang memang cerdik sentiasa mencari peluang untuk merampas Singapura dengan cara diplomasi atau cara menipu dengan melayan TAR sebagai kawan baik. Masa itu zaman kuminis dan Singapura diancam Kuminis dan Kuninis  juga adalah orang2 Cina. Dengan memperlagakan UMNO dengan MCA oleh PAP maka akhirnya TAR yang tidak mahu perkauman berterusan maka beliau keluarkan Singapura. Sejarah telah membuktikan kita orang2 Cina memang cerdik sebab itu di mana mereka berada mereka maju. Orang Israel juga begitu di mana mereka berada mereka akan menguasi ekonomi dan juga pemerintah seperti di Amerika. Kita tahu Lee Kuan Yu seorang yang berpandangan jauh. Beliau juga dapat menawan Utasan Melayu dengan bahasa Melayu dan tulisan jawi yang baik dan menjadi peguam bagi pihak Utasan Melayu. Melayu kira Lee Kuan Yu ini memang Cina yang berjiwa Melayu tulin. Tetapi semua itu pura2 sahaja. Bila PAP menang pilihan raya 1963 dan menguasai Parlimen Singapura, Lee Kuan Yu terus mendesak TAR supaya keluarkan Singapura. TAR memberi syarat perlembagaan Singapura mesti dimasukkan keistimewaan orang2 Melayu sebelum boleh keluar dari Malaysia tetapi LKY enggan dan akhirnya atas alasan tidak mahu bergaduh perkauman TAR melepaskan Singapura dan tidak ada seorang ahli UMNO yang menentang semuanya menikus.

Individu DSAI ini lain ceritanya. Beliau seorang yang bersih pada mula tetapi bila masuk UMNO terpaksa kena ikut rentak UMNO. Tetapi beliau tidak suka kepada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Malangnya cita2 beliau untuk membersihkan UMNO di bawah Dr. M telah dihidu dan akhirnya dipecat.

Wednesday 6 June 2012

UMNO BN TELAH TAMAT TEMPOH


UMNO BN cukup terdesak sehingga memberi amaran kepada PR supaya jangan bertindak ganas menjelang PRU 13 ini. Sebenarnya siapa yang paling ganas sekarang sehingga menjadi samseng upahan untuk mengancam keselamatan di ceramah2 PR?

Selain mencerderakan orang awam dan memusnahkan bendera PR mereka bertindak menganggu ketenteraman awam seperti menunjukkan punggung di depan rumah Ambiga dan mengadakan demo2 yang mendapat restu dari pemimpin2 mereka.

Pada mereka demo cara mereka bertemadun walau pun memalukan agama, bangsa dan negara. Amalan samseng2 yang dilakukan oleh UMNO BN ini akhirnya akan merugikan Melayu, Islam dan negara.

Berapa lama mereka boleh menjadi samseng? Ahli2 PR sekarang ini sebenarnya sekarang ini bertahan sabar. Sabar juga ada batasannya.
Samseng2 UMNO BN mendapat layanan khas dari pihak berkuasa kerana mendengar arahan dari menteri dan KPN dan mereka ingat mereka boleh menjadi samseng sepanjang pemerintahan mereka. Amalan2 samseng yang menjadi liar yang dilakukan oleh pihak UMNO BN ini jika tidak dibenteras oleh pihak berkuasa boleh menjerumus rakyat bermusuhan sesama Islam dan Melayu.

Adakah UMNO BN ingin melihat tragedi berdarah berlaku di antara saudara2 Melayu Islam kerana hendakkan terus berkuasa?. Pepatah Melayu kalah jadi abu menang jadi arang?

Budaya ganas yang dilakukan oleh pihak UMNO BN ini wajib dibenteraskan segera. Gagal bermakna UMNO BN tidak sayang Melayu dan Islam bukan DSAI tidak sayang Melayu seperti kata Rais Yatim.

Kita jangkakan budaya ganas ini akan meningkat menjelang PRU 13 ini kerana rakyat rata2 menyatakan ketidakpuasan hati dengan cara UMNO BN menguruskan dan mentadbirkan negara. Atas alasan hendak mengekalkan kuasa pepatah Melayu membujur lalu melintang patah atau Inggerisnya “by hook or by crook” UMNO BN kena menang walau pun apa cara sekali pun. Ini menunjukkan budaya Islam atau ajaran Islam terpaksa diketepikan dan budaya zaman Melayu sebelum Islam mesti dihidupkan semula!

Jika UMNO BN menang dengan cara ganas atau penipuan daftar pemilih, adakah rakyat boleh terima keputusan PRU 13 dengan hati terbuka tanpa ada bantahan?  Malaysia tidak akan aman selagi perbuatan jahat ini tidak hapuskan. UMNO BN kena menyerahkan kuasa kepada PR untuk membuat rakyat Malaysia hidup dengan aman. bebas dari amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. UMNO BN tempoh eksperimen(percubaan) yang rakyat beri terlalu lama – 55 tahun dan tempoh tidak boleh dilanjutkan lagi sepanjang tempoh ini terlalu banyak kerosakan kepada Islam dan Melayu dilakukan. Sudah tiba masanya UMNO BN berundur sebelum rakyat undurkan kamu dengan cara memalukan. Apa kata  Shafie Afdal rakyat jangan buat eksperimen hendak menukar kerajaan! PR bukan kerajaan eksperimen tetapi kerajaan yang insyaAllah akan kekal selama2nya mengantikan UMNO BN untuk kebahagian rakyat Malaysia. Allahuakbar.

www.iman2taqwa.blogspot.com

Tuesday 5 June 2012

JAWAB SENDIRI SIAPA PENGHIANAT NEGARA, MELAYU DAN ISLAM?


Cukai judi tahun 2009 RM2.3 bilion.
Lapuran ketua audit Negara tahun 2008 negara rugi kerana rasuah RM28 bilion.
Anak haram tahun 2009 ada 17,303 org. Setiap hari anak haram lahir 48 orang. Setahun ada 3,606 orang penzina.
Belanja arak rakyat Malaysia RM1.7 bilion, di tangga ke 10 di dunia.
Belanja perkhidmatan APCO Israel RM77 juta setahun.
Tahun 2004 Felda ada tunai RM4.08 bilion.
Tahun 2009 Felda ada tunai RM1.35 bilion(susut RM2.73 bilion).
Kemana Felda habis wang, Tanam semula RM2 bilion. Bina bangunan Felda sebelah KLCC RM622 juta. Basmi kemiskinan di Sabah RM253 juta.
Hutang Negara Mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% Daripada KDNK. Bakal Cecah   RM1 Trillion Tahun 2020

INI HANYALAH 0.0001 % HASIL UMNO BN MEMERINTAH SELAMA 55 TAHUN. BANYAK LAGI BERITA TERKINI, HIBURAN SENSASI.


Friday 1 June 2012

TIDAK SALAH MENJADI KAYA

Tidak salah menjadi kaya. Malah Allah swt menggalakkan kita berusaha menjadi kaya dan dalam masa yang sama kita wajib mengingatiNya dan jangan lalai. Kaya yang terbaik adalah hasil usaha sendiri secara halal. Kita tidak cemburu kepada sesiapa sahaja selagi dia berusaha  mencari harta dan wang dari punca  yang halal dan tidak menindas sesiapa pun atau mengambil hak orang lain. Hasil kekayaan bukan semua milik si pemilik tetapi 2.5% adalah hak orang lain ia itu zakat. Kekayaan juga bukan bererti ini aku punya tetapi adalah amanah Allah swt terhadap pemiliknya dan Allah swt telah memilih si pemilik untuk memiliki harta atau wang berdasarkan rezeki yang Allah swt telah tetapkan. Sesungguhnya diri kamu, masa kamu dan harta kamu Allah swt telah beli dengan syurga, bagi orang2 yang berakal. Adakah kita sanggup menjual semula kepada Allah swt seperti para2 sahabat Nabi saw bila diseru untuk berjihad?

Memberi peringatan kepada orang2 kaya tidaklah menjadi satu kesalahan kepada orang yang ingin menegur kerana moga2 dengan teguran atau peringatan itu dapat menginsafkan jika seseorang itu terlajak. Allah swt galakkan memberi peringatan sesungguhnya peringatan itu akan memberi menafaat kepada penegur dan juga yang kena tegur.

Sedekah atau korban dijalan Allah adalah sebaik2 jihad(jihad yang dimaksudkan pada zaman ini ialah korbankan diri, masa dan harta di jalan Allah ia itu buat kerja dakwah. Di zaman Nabi saw, semasa Islam sedang berkembang jihad yang dimaksud berperang kerana masa itu Islam sedang berdepan dengan musyrikin Quraish. Hari ini kita berdakwah bukan dengan pedang tetapi menyampaikan atau memberi peringatan kepada umat Islam yang jauh dari perintah Allah supaya kembali mengamalkan Islam yang telah lama ditinggalkan dan disamping itu juga berdakwah kepada orang2 bukan Islam. Ceritakan kepada mereka kebaikan Islam bukan menakut2 mereka dengan potong anu….. potong tangan dan tidak boleh makan dan minum….. itu dan ini. Ini tugas orang2 UMNO BN,orang2 PAS Pakatan Rakyat dan semua orang2 yang mengaku Islam.