Monday 30 April 2012

AZAB ALLAH DALAM BENTUK KEBANGKITAN RAKYAT

Apakah sebabnya perhimpunan Bersih 3.0 ini diadakan?.
Adakah rakyat Malaysia yang berjiwa sentimental ini suka kepada keganasan?
Kenapa dahulunya rakyat Malaysia tidak kisah dengan apa yang kerajaan buat tetapi sekarang rakyat mula bangkit meluahkan perasaan tidak puas hati dengan cara berdemonstrasi?
Adakah trend demonstrasi ini akan berterusan dan akan menjadi budaya baru rakyat Malaysia meluahkan perasaan?

Bagaimana untuk mengurangkan atau menghapuskan budaya demontrasi ini dari berulang?

Sebenarnya banyak persoalan lagi yang akan timbul bila rakyat Malaysia semakin cerdik dan bermaklumat.

Punca segala masalah adalah berpunca daripada kerajaan semasa yang berkuasa ia itu UMNO BN. Timbulnya budaya demonstrasi ini adalah luahan ketidakpuas hati dengan sikap pemimpin2 yang telah mula memperbodohkan rakyat. Di Negara seperti Mesir. Libya, Tuniasia, Syria yang tumbang adalah di sebabkan pemerintahan kuku besi. Akhirnya mereka musnah di tangan rakyat dan dihukum oleh rakyat, ada yang mati dan ada yang sedang dibicarakan dalam keadaan diri mereka diaibkan.

UMNO BN boleh memperbodohkan ahli2 mereka sahaja  kerana pemikiran mereka setaraf dengan pemimpin2 mereka.

Dalam hadis ada menyebut apabila kemungkaran yang dilakukan secara terang2an dan orang2 yang beriman lagi bertaqwa wajib bangun mencegah atau menasihati pemimpin2 mereka supaya bertaubat dan kembali kepada Allah. Jika pemimpin2 ini gagal untuk kembali kepada Allah kerana masih berdegil mempertahankan maksiat, maka orang2 yang beriman lagi bertaqwa hendaklah putuskan hubungan. Jika gagal hati mereka akan disatukan maka jadilah mereka dan pemimpin2 mereka satu hati dan satu fikir kearah menegakkan kemungkaan. Nauzubillah.

Di antara isu  tercetusnya demonstrasi adalah sikap kerajaan sendiri yang tidak mahu mendengar aduan rakyat dan gagal bertindak untuk menegakkan keadilan. Kedegilan kerajaan ini yang tidak mahu menunaikan janji supaya menjadi lebih mesra rakyat semakin ketara. Tindakan mereka  bak kata pepatah seperti tikus membaiki labu, labu tidak menjadi baik tetapi labu semakin rosak serosak2nya.

Penipuan di dalam senarai daftar pemilih yang diurus dan ditadbir oleh SPR telah banyak menimbul keraguan bahawa kerajaan dan SPR terang2 menipu rakyat dalam pendaftaran pemilih. Rakyat berkehendakkan kejujuran, amanah dan keadilan. Rakyat dari parti pembangkang dan juga rakyat tiada berparti juga mengakui tentang penipuan ini. Mereka bukan rakyat di zaman jahiliah tetapi rakyat yang bermaklumat.

Penipuan adalah haram di dalam Islam dan ditegah oleh agama2 lain. Malangnya yang terlibat dengan penipuan ini pemimpin2 Melayu Islam yang diberi kuasa tetapi menyalah gunakan kuasa untuk terus berkuasa. Kuasa yang mereka amalkan selama ini penuh dengan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Bila rakyat semakin cerdik dan bermaklumat semua perbuatan jahat ini  telah terbongkar dan tidak menjadi dirahsiakan lagi.

Biasanya apa sahaja perbuatan jahat yang dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat, keturunan berikutnya pun akan mewarisi sifat berkenaan. Dalam hal ini setelah 55 tahun merdeka dan kerajaan UMNO BN dahulu kini dan tidak akan selama2nya akhirnya akan tewas ditangan rakyat. InsyaAllah dalam PRU ke 13 ini.

Saturday 28 April 2012

HASUT ATAU PENGECUT

Kata pengerusi UMNO Kelantan ini, kerajaan menyediakan ruang yang luas bagi mendengar sebarang bantahan atau pendapat rakyat. Berapa banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin2 UMNO ini bila timbul isu seperti Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0. ...Apa yang mereka dengar melainkan pekak sepekaknya. Modal ini sudah lapuk dan rakyat tidak boleh diperbodohkan sepanjang masa. Tetapi pemimpin2 UMNO masih bodoh sombong bercakap bohong. Apa yang mereka buat terhadap penipuan SPR ini sehingga kini masih tiada tindakkan yang betul2 jujur untuk membetulkan kesilapan pendaftaran pengundi. Bagaimana rakyat mahu percaya dengan menteri2 UMNO yang jelas memperbodohkan rakyat.

TGNA menyeru rakyat ke perkara amal maarof ia itu menentang kemungkaran tetapi adakah pemimpin2 UMNO melihat menentang kemungkaran ini sebagai satu perbuatan jahat? Mengalakkan kemungkaran sebagai satu perbuatan baik? UMNO dan orang2 Melayu yang lain sepatutnya malu kepada Datuk Ambiga kerana beliau bukan Islam tetapi lebih bersifat jujur hendak melihat SPR betul2 bersih. Walau pun ada isu2 tertentu yang kita tidak suka yang beliau bangkitkan tetapi sebagai pemimpin2 Islam perkara yang menyentuh akidah, dosa sepatutnya kita umat Islam yang kehadapan. Apakah yang kita boleh harapkan kepada UMNO untuk menjaga maruah Melayu dan Islam?

AKTA CIPTAAN MANUSIA

Akta ciptaan manusia. Akta juga dicipta mengikut keadaan yang dikehendaki oleh pemerintah semasa. Kadang2 akta juga tidak adil. Akta dicipta berdasarkan menjaga kepentingan pihak pemerintah dan akta juga boleh dihapuskan apabila bertukar pe...merintah. Oleh itu jangan salahkan rakyat kerana melanggar akta. Begitu juga mahkamah digunakan untuk mendapat perintah bagi memenuhi kehendak pemerintah. Jika pemerintah sendiri salah gunakan akta adakah rakyat harus dipersalahkan. Adakah ini yang dikatakan kuasa rakyat(people's power?)

Kenapa ujudnya perhimpunan atau demonstrasi? Jawapannya bila suara rakyat tidak didengar atau dipekakkan oleh pemerintah. Pemimpin2 berpura2 berbuat baik dengan pengundi apabila tiba musim pilihanraya tetapi bila menang bertukar menjadi diktaktor dan menindas rakyat!

Dalam mana2 perhimpunan walau pun beratus2 ribu orang yang mengambil bahagian selagi polis tidak bertindak ganas para peserta tidak akan bertindak ganas juga. Manusia ada perasaan bila berlaku tindakan ganas polis atas nama undang2 yang dicipta untuk memerangkap rakyat, maka rakyat akan ketepikan undang2 kerana perasaan marah telah menguasai diri masing2. Selagi undang2 yang dicipta tidak membawa keadilan kepada rakyat, maka undang2 yang berat sebelah ini akan menjadi modal pemerintah yang zalim untuk menghukum rakyat atas alasan rakyat melanggar undang2!

UMNO KUASA YANG SEMAKIN LEMAH DAN AKAN MUSNAH

UMNO BN semakin lemah dan terus lemah. Ajal manusia tidak siapa pun tahu tetapi ajal UMNO BN insyaAllah dengan izinNya kita boleh ramalkan bahawa hayatnya begitu hampir ke lubang kubur.

Oleh kerana ajalnya boleh diramal maka nyawa pemiliknya UMNO BN akan berusaha bermati2an untuk terus hidup dan berkuasa.

Tetapi apakan daya masa untuk menyesal sudah pun terlambat kerana semasa berkuasa dahulu mereka lupa daratan. Apakah talian hayat yang boleh menyelamatkan mereka? Tidak lain dan tidak bukan mesti membuat penipuan di dalam pilihanraya 13.

Caranya telah terbongkar iaitu dengan membiarkan orang yang telah mati masih di dalam senarai, mengandakan atau mengkelonkan nama2 pengundi sehingga menjadi bertindih2 dan beranak pinak, membeli atau mengadai maruah merayu kepada pendatang tanpa izin untuk “meminjam” nama mereka sebagai pengundi selain dari undi pos. “Meminjam” nama pendatang izin dengan mengeluarkan kad pengenalan sementara atau terus kekal adalah satu perbuatan penghianatan kepada bangsa Melayu, Islam dan  negara Malaysia .

Jangka pendek memang UMNO BN boleh menang dan berkuasa. Jangka panjang mereka sebenarnya akan tewas dan akan jadi  penghianat kepada anak cucu mereka sendiri. Mereka akan dikutuk oleh generasi akan datang kerana mengadai negara, Melayu dan Islam. Adakah menipu boleh menjadi alasan darurat untuk mempertahankan kuasa  yang disalah gunakan kuasa semasa merintah dahulu. Bolehkah kesalahan salah guna kuasa dahulu rakyat  maafkan?

 Jawapannya sudah terlambat dan UMNO BN wajib disingkirkan jika mahu melihat Melayu dan Islam terus ujud di muka bumi Malaysia ini. Perbuatan menipu, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa adalah haram di dalam Islam. Perbuatan terkutuk ini wajib diperangi dengan apa cara sekali pun dan apa lagi yang mampu kita buat? Teguran demi teguran telah dibuat tetapi jatuh ke atas teliga pekak badak! Keputusan yang bijak terpaksa mengadakan BERSIH 3.0 dan seterusnya BERSIH yang bersiri2 sehingga tertewasnya kuasa UMNO BN.

Ini tidak pernah terfikirkan oleh pengikut2 UMNO kerana mereka menyokong membabi buta ibarat sekumpulan lembu yang mempunyai ketua yang tempang tetapi gagal memikir atau menegur ketempangan ketua kerana otak  tidak boleh berfikir secara kritikal(Critical thinking).
Hadis Nabi s.a.w ada mengatakan jadilah kamu orang yang bijak. Apa itu bijak? Orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk mati dalam keadaan beriman dan beramal soleh.

Friday 27 April 2012

DI ANTARA "KECERDIKAN" DAN KECERDIKAN SEMULA JADI

Kadang2 pemimpin2 terperangkap dengan “kecerdikan” yang mereka miliki. “Kecerdikan” ini kadang2 mendedahkan kebodohan mereka yang sebenar. Pemimpin2 terperangkap dan mengadaikan prinsip jati diri kerana kedudukan atau pangkat.

Pemimpin2 ini dilatih dengan cara paling jahat dan tidak boleh keluar dari amalan ini kerana seronok dengan kuasa, harta benda dan wang yang melimpah ruah dengan secara haram tetapi amanah yang tidak amanah ini sebenarnya menjadi satu beban  dosa yang akan membawa mereka untuk hidup sengsara diakhirat nanti.

Pemimpin2 agama Islam, menteri2, dan lain2 pemimpin yang  dipertanggungjawap mengurus dan mentadbirkan di bumi ini mengangap anugerah ini satu peluang untuk hidup senang lenang di dunia dan kehidupan di akhirat kelak di dalam neraka itu hanya perkara mudah sahaja.

Iman dan taqwa semakin menipis dan ada yang kelihatan sudah terkeluar dari akidah Islam yang sebenar. Mereka mempertahankan kemungkaran seolah2 kemungkaran ini jika dihalang akan merugikan kepentingan mereka yang selama ini hidup dalam bergelumang dosa.

Begitulah nasib umat Islam hari ini. Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa termasuk menipu dalam pilihanraya mereka menggangap kerja yang mulia untuk meneruskan kuasa yang haram. Hasil dari kerja yang haram atau rezeki yang haram membesar anak2 dan isteri dalam keadaan yang mendapat laknat Allah swt dan hasilnya ujud orang2 Melayu yang rosak akhlak dan jauh dari perintah Allah.


Monday 23 April 2012

PUNCA PERPECAHAN UMAT ISLAM

Tibai juga boleh membawa maksud Terima individu bernama Anwar Ibrahim atau Tibia yang membawa maksud Tolak individu bernama Ibrahim Ali! Umat Melayu bersatu di bawah Pakatan Rakyat, MCA, Gerakan, MIC untung dan UMNO hancur.

Modal politik UMNO, PERKASA dan JATI semakin mentikus kerana kucing semakin berani mengelidah semua lubang milik UMNO BN.

Menteri2 UMNO BN semakin takut dan gelisah dengan pembongkaran rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, skandal wang, harta benda dan wanita.

Begitu juga dengan YB2 BEBAS yang melompat seperti katak yang tidak bebas kerana diikat oleh RM terpaksa bersetongkol untuk menegakkan kemungkaran.

Alang2 menyelok PEKASAM biar sampai ke ketiak! Kuasa memerintah semakin lemah dan jika menang akan menjadi arang jika kalah akan menjadi ABU(asal bukan UMNO)

Kematangan berfikir semakin menjadi seperti budak belum baligh yang bercakap merapu kerana tidak pergi belajar atau malas untuk belajar dan suka ponteng sekolah. Tindakan jelas menampakkan kekeringan buah fikiran dan otak digunakan untuk berfikir bagi memenuhi tuntuntan nafsu jahat. Pemikiran kritikal(critical thinking) lenyap dan diganti dengan  pemikiran budak hingusan, bertindak ikut nafsu bukan mengikut akal!

Maklumat positif dan negatif gagal diproses untuk membuat keputusan bijak tetapi maklumat diproses mengikut nafsu syaitan dan akhirnya keputusan boleh memusnahkan diri sendiri atau kumpulan atau kelab yang berpenghunikan terdiri dari manusia dan syaitan. Mereka saling menghasut dan bekerja sama untuk memusnahkan iman dan amalan manusia. Islam bukan lagi menjadi amalan yang dipegang tetapi amalan syaitan yang telah diketahui menjadi musuh yang nyata tetapi masih berkawan dan memeluknya siang dan malam itu yang menjadi ikutan.

Apa kesudahan Melayu dan Islam? Siapakah yang akan datang untuk menyelamatkan manusia terpesong ini dari terus tersesat? Jawapannya telah tiba dunia akhir zaman bila Islam hanya tinggal nama dan amalannya menjadi asing. Saudara seagama menjadi musuh kerana membela kemungkaran diangap baik dan membela kebaikan diangap jahat. Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa diangap amalan yang baik. Penentang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa diangap amalan yang jahat.

Sunday 22 April 2012

IBLIS MUSUH KAMU YANG NYATA TETAPI TETAP MENJADI KAWAN KARIB

Begitu hebatnya DSAI bagaikan seorang panglima perang seperti  saidana Umar al-kattab di zaman Rasullullah sehingga membuat orang2 kafir Quraisy yang disekeling menjadi gentar kerana akan berdepan dengan kematian sesiapa sahaja yang ingin menentang beliau. Dalam peperangan Badar al-kubra tentera Islam di bawah pimpinan Rasullullah yang berjumlah 313 melawan tentera kafir Quraisy yang sebangsa berjumlah 1300 berjaya dikalahkan oleh tentera muslimin dengan terbunuhnya Abu Jahal ketua musyrikin yang bodoh sombong di tangan tentera Islam.

TIBAI ibaratkan tentera berbilang bangsa yang di ketuai oleh Zahid yang mengetuai pasukan berbilang bangsa dan agama(Islam, Krisian, Buddha dan Hindu) berganding bahu ingin menyerang DSAI yang beragama Islam. Langkah-langkah mereka penuh ta’sub, hasad dengki, dendam kesumat dan iri hati.

Iblis yang menyertai kaum musyrikin dengan menjelma sebagai Suraqah bin Malik bin Jaksyam al-Mudlaji telah mendapati kumpulan para malaikat bersama kaum muslimin melawan musuh-musuh mereka. Kaum musyrikin telah cabut lari, dan berpaling tadah, al-Harith bin Hisyam yang memegang orang yang disangka Suraqah telah menendang ke dadanya menyebabkan beliau tersungkur jatuh, kemudian ianya cabut lari, sedang kaum musyrikin melaung: “Ke mana Suraqah? Tidakkah kau mengatakan yang engkau membantu kami dan tidak akan berpisah dari kami?” Jawab Iblis: “Sebenarnya aku telah melihat sesuatu yang kamu tidak melihatnya, aku takut siksaan Allah yang amat pedih itu, Iblis lari dan mencampak dirinya ke dalam laut”.

Iblis tidak mati walaupun mencampakkan dirinya ke dalam laut tetapi tidak boleh lari dari dicampakkan ke dalam  api neraka di akhirat kelak.

Saturday 21 April 2012

SAMPAI BILAKAH PEMIMPIN UMNO HENDAK MENIPU MELAYU?

Lagi menteri UMNO tidak faham isu mansuhkan PTPTN. Itulah yang dikatakan sudah sampai tahap nyanyuk. Apalah yang boleh kita diharapkan dari pemimpin2 UMNO BN seperti ini untuk terus berkuasa? Sebab itu jika UMNO BN terus memerintah Malaysia rakyat akan lebih menderita kerana kesan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang berterusan dan wang negara akan terus bocor dan ini akan membuatkan Malaysia boleh bankrap.

IPTS tidak boleh gulung tikar kerana pemansuhan PTPTN.
PTPTN dimansuhkan kepada pelajar2 sahaja. Wang pengajian pelajar2 akan ditanggung oleh kerajaan dan kerajaan PR akan terus membuat pembayaran kepada IPTS.
Bagaimana IPTS boleh gulung tikar?.
Dari mana wang tanggungan ini akan diperolehi? Jawapannya adalah dari wang kebocoran di sebabkan oleh rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang berbilion2 RM yang bocor setiap tahun. Jika wang ini dapat diselamatkan dan diuruskan dengan lebih jujur dan telus, kerajaan akan mendapat banyak wang tambahan dari hasil penjimatan ini dan wang ini akan disalurkan kepada rakyat khususnya pelajar2 IPTS.
Pelajar2 miskin akan mendapat lebih banyak peluang belajar dan beban tanggungan kewangan terhadap anak2 juga dapat dikurangkan ke tahap yang paling minima. Rakyat atau pelajar2 yang menyokong UMNO BN pun sama2 dapat faedah dari kesan pemansuhan PTPTN ini. Semua orang untung kecuali yang bodoh sombong sahaja!

Apa yang kerajaan rugi  jika PTPTN dimansuhkan? Kerajaan tidak rugi apa2 pun jika wang diuruskan dengan jujur dan amanah.

Orang putih kata “common Malaysian people wake-up from long sleeping especially Malays, use your brain to do critical thingking”.
Maksudnya, bangun rakyat Malaysia dari tidur yang lama terutama orang2 Melayu, guna otak untuk berfikir secara kritikal.

www.iman2taqwa.blogspot.com

Friday 20 April 2012

PEMIKIRAN KRITIKAL(CRITICAL THINKING) MASIH JAUH

Rakyat Malaysia masih ketinggalan dari segi pemikiran kritikal(critical thinking) kerana terkongkong perbagai akta  yang digubal tetapi dinodai seperti kebebasan rakyat bersuara dan berhimpun untuk menyatakan sesuatu bantahan dalam bentuk perhimpunan aman. Kuasa kerajaan yang memerintah yang terlalu takut kepada kritikan adalah seumpama orang takut hantu. Hantu hanya menakutkan tetapi adakah hantu boleh mencederakan orang? Yang mencederakan orang itu bukan hantu tetapi manusia yang takut hantu hingga terlanggar batu atau pokok hingga membawa kecederaan atau kematian!

Inilah gambaran kepada kerajaan UMNO BN. Mereka ujudkan budaya takut hantu sehinggalah penerbit2 filem juga suka kepada cerita hantu yang tidak membawa apa2 teladan yang boleh membina jati diri selain membina sifat takut itu dan ini dalam diri orang2 Melayu. Apabila orang2 Melayu menjadi dewasa perasaan takut terbawa2 dalam kehidupan dan diikuti oleh sifat tamak tidak perlu kepada usaha yang bersungguh2, hanya perlu duduk disekeliling kuasa politik sehingga cantas mencantas menjadi budaya supaya dapat hidup senang lenang tanpa perlu kepada pemikiran kritikal . Rakyat semakin tertekan dan akan bangun bila tiba masanya ibarat api dalam sekam, makan meredap!

Masa berlalu fikiran rakyat juga semakin matang. Modal UMNO BN untuk berniaga dengan ugutan semakin rakyat menyampah. Rakyat tidak boleh bertahan dan bersabar dengan kereneh pemimpin2 yang semakin tidak memperdulikan rakyat tetapi hanya menjaga kepentingan masing2. Pemimpin2 bukan lagi harapan rakyat untuk membawa kepada kebahagian tetapi semakin hari semakin berani membuat penyelewengan dan skandal yang memalukan rakyat Malaysia khusus orang2 Melayu Islam. Masing2 berlumba hendak menjadi pemimpin. lobi menglobi setiap PRU. Matlamat utama untuk mendapat kemenangan dan matlamat utama juga hendak berkhidmat kepada diri sendiri bukannya rakyat apabila menang dalam PRU atau PRK.

Allah swt sedang membuka keburukkan mereka dan dalam masa yang sama menghina mereka sebelum mati kerana sifat buruk yang mereka sedang amalkan!

Semoga semua rakyat Malaysia diberi taufik dan hidayah oleh Allah swt untuk berfikir secara kritikal.

Tuesday 17 April 2012

KESAN TELINGA PEKAK

Orang sehat biasanya telinga pun sehat. Orang pekak biasanya kena mengunakan alat pendengaran telinga. Ada juga yang pekak asli(ori) dan ini memang biasanya diikuti dengan bisu sekali. Pekak ini memang pekak yang Allah tetapkan dari azali dan peluang hendak pulih memang susah. Pekak, bisu dan buta yang dimaksudkan oleh Allah di dalam al-Quran itu bukan pekak telingga, bisu mulut atau buta mata tetapi buta hati kerana  menentang ayat2 al-Quran.

Bila sebuah pemerintah yang mengaku beragama Islam tetapi hanya pada mulut tetapi hakikat sebenar tidak yakin dengan Islam maka Allah yang maha berkuasa lagi maha mengetahui isi hati perut manusia akan mencampakkan 1001 masalah sebagai cabaran dan ujian kepada manusia dan manusia selagi berpegang kepada sekular tidak akan berjaya membawa keamanan kepada negara dan rakyat untuk selama2nya sehingga mereka  insaf dan kembali kepada Allah.

Adakah manusia jenis ini akan insaf dan bertaubat? Dari segi zahirnya memang tidak akan berlaku kecuali dengan hidayat Allah.

Tindakkan mahasiswa2 ini cukup berani kerana mereka selama ini dikongkong oleh AUKU dan menjadi mahasiswa bisu, pekak dan buta. Universiti adalah institusi tertinggi untuk mendapat ilmu tetapi malangnya graduan institusi ini menjadi penakut oleh kerajaan UMNO BN. Manusia bukan binatang yang boleh dikongkong sesuka hati. Satu masa mereka akan melepaskan tekanan dan inilah apa yang sedang berlaku di Dataran Merdeka.

Dengar sahaja tidak boleh dipercayai. Tindakkan segera memansuhkan  PTPTN itulah yang mereka nanti2kan.

Dengan memansuhkan PTPTN Malaysia tidak boleh bankrap.
Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa itu yang membuat Malaysia bankrap.

Dengan memansuhkan PTPTN ini semua orang mendapat menafaat. Orang2  UMNO BN pun ramai yang miskin dan kebanyakkannya bila kita buat tinjauan rupa2 orang2 UMNO BN yang tinggal dalam rumah senget dan kais pagi makan pagi kais petang makan seminggu pun bersepah! Tetapi kerana gagal mengunakan akal untuk berfikir tidak sebagaimana orang2 Cina yang lebih cerdik dan matang mengunakan akal maka tinggallah mereka di dalam kejahilan dan dalam keadaan bodoh sombong.

Monday 16 April 2012

LAGI DALIL PTPTN WAJIB DIHAPUSKAN

Isu PTPTN ini bukan isu parti politik. Isu ini isu hak manusia sejagat khususnya semua rakyat Malaysia yang cintakan ilmu. Ilmu sepatutnya bukan diperniagakan tetapi ilmu itu semestinya disebarkan secara percuma. Ilmu yang berkaitan dengan Islam seperti belajar al-Quran,majlis ilmu dan pelbagai lagi ilmu yang boleh membuat manusia celik akal wajib diberi atau diajar secara ikhlas tanpa bayaran. Apabila ilmu diperniagakan sifat ikhlas untuk menyampaikan ilmu sudah tidak ada di dalam hati individu yang mendapat ilmu secara membayar. Maka akhirnya ilmu yang diperolehi akan menjadikan satu perniagaan manusia lain pula. Orang2 miskin akan menjadi mangsa kejahilan ilmu kerana untuk mendapat ilmu mesti ada wang!

Di akhir zaman ini apabila manusia semakin jauh dengan Allah, terutama solat pun diabaikan maka makhluk syaitan akan menyelinap masuk ke dalam hati manusia dan mengoda hati manusia dengan sifat yang terkeji yang telah sekian lama kosong kerana meninggalkan amalan Islam dan kesannya  hati orang2 atau pemimpin2 yang dikatakan Islam yang dipertikaikan iman dan taqwanya kepada Allah berjaya dihasut oleh syaitan.

Kita pun sedia maklum kenapa ujudnnya PTPTN ini. Ujudnya PTPTN ini bukan kerana niat hendak menolong para2 pelajar susah masuk ke Universiti untuk mendapat ilmu tetapi mengujudkan satu peluang cari wang oleh pihak berkuasa membuat kekayaan sama ada individu atau kroni. Ujudnya sistem TOL pun juga mempunyai matlamat yang sama supaya kerajaan boleh melepaskan tanggung jawab kewangan terhadap rakyat dan melepaskan bebanan kewangan ini semula kepada rakyat dengan menaikkan cukai dan sebagainya. Akhirnya rakyat yang menjadi mangsa kerajaan kapitalis yang bertopengkan demokrasi atau Islam.

Kebetulan isu ini diperjuangankan oleh parti politik PR yang melihat budaya memperniagakan ilmu ini semakin serius dengan ujud universiti swasta seperti cendawan tumbuh sedangkan universiti yang dimiliki oleh kerajaan semakin mengurang kerana dasar kapitalisma kerajaan UMNO BN maka rakyat  berakal bangun menentang prinsip PTPTN  yang salah ini.

Jika PTPTN ini dihapuskan, faedahnya bukan sahaja dikecapi oleh pembangkang malah pihak penyokong kerajaan UMNO BN pun akan dapat menikmatinya.
Oleh itu jika pihak penyokong kerajaan UMNO BN yang hendak juga PTPTN ini diteruskan maka kita melihat yang bijak berfikir ialah pembangkang sedangkan pihak penyokong UMNO BN sama ada bodoh sombong atau cerdik sombong. Dalam erti kata yang sebenarnya mereka nampak kebajikan sebagai maksiat dan maksiat itu sebagai kebajikan!

AKTA MANUSIA SEMUANYA LEMAH DAN FANA(MUSNAH)

Apa sahaja jenis akta ciptaan manusia semuanya lemah dan akan fana. Akta tidak boleh mengawal atau menyelamatkan manusia dari melakukan kesalahan atau jenayah. Akta hanya sesuai diguna pakai oleh orang2 bukan Islam kerana mereka bukan Islam.

Mereka bukan Islam mencipta akta2 ini kerana kefahaman mereka untuk mencegah kesalahan atau jenayah mesti  ada akta untuk membolehkan penahanan atau memenjarakan pesalah. Mereka mencipta akta berdasarkan kepada akal manusia yang tidak berpandukan kepada wahyu Allah.

Akta yang dicipta oleh Allah ia itu al-Quran dan hadith adalah akta yang terbaik di atas muka bumi ini. Tetapi paling malang sekali bagi orang2 Islam yang yang mengaku Islam membaca al-Quran dan hadith tetapi gagal melaksanakan akta ini mengikutnya perintah Allah. Mereka lebih percaya dan yakin dengan akta ciptaan manusia!.
Kesalahan demi kesalahan dan jenayah demi jenayah semakin meningkat walau pun 1001 akta dicipta dan gagal mengawal atau menyelamatkan manusia dari membuat kesalahan dan dosa.

Nabi Muhammad s.a.w adalah sebaik2 contoh seorang pemimpin tertinggi Islam yang tidak pernah mencipta akta tetapi mengunakan akta Allah ia itu al-Quran dan hadith untuk membentuk manusia menjadi baik dan meninggalkan maksiat. Bila manusia berjaya meninggalkan masiat, perbuatan keji seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, menahan manusia sesuka tali dan masukkan mereka ke dalam penjara tanpa bicara, atas alasan mengguna akta apa pun ianya tetapi bertentangan dengan ajaran Islam.

Oleh itu akta yang paling baik untuk manusia kembali menjadi sebenar2 manusia yang beriman lagi bertaqwa tidak lain dan tidak bukan ialah baca, faham dan laksanakan sahaja perintah Allah dengan mengunakan akta al-Quran dan hadith.

Sunday 15 April 2012

KESALAHAN TRAFIK MENJADI PERNIAGAAN BARU KERAJAAN BN!

Dasar ekonomi baru(DEB) gagal. Ujud pula dasar tranformasi ekonomi baru. Kali ini lebih canggih dari DEB. Satu bisnis baru ia itu saman trafik. Rakyat Malaysia tidak akan belajar selagi UMNO BN memerintah Malaysia. Kesalahan bukan disedarkan dengan takut kepada Allah tetapi kesalahan dibuat perniagaan untuk memenuhi kehendak nafsu kroni. Wang dan harta benda menjadi matlamat mereka. Pendidikan diperniagakan dengan PTPTN. Latihan untuk membentuk akhlak rakyat kononnya diperniagakan dengan PLKN.

Kemudahan asas untuk rakyat diperniagakan oleh pemimpin2 UMNO dari ketua kampung sehingga menteri. Pembangunan yang boleh memberi keuntungan jutaan RM direbut di antara mereka. Hanya hampas yang rakyat dapat nikmati.

Project Automated enforcement system(AES) yang akan diperkenalkan oleh kerajaan bermula dengan tender terbuka kemudian menjadi tender tertutup dan yang berjaya 2 kroni ATES sdn dan Beta tegap sdn bhd. bermodal RM300 juta hingga RM400 juta. Modal besar untung juga besar! Alat hanya membekal kemera trafik di 831 kawasan kemalangan di seluruh Negara. Rakyat Malaysia yang bersopan santun di jalan raya sahaja boleh membankrapkan 2 syarikat kroni ini. Lain cara tidak ada. Kalau rakyat Malaysia hendak mengkayakan 2 syarikat ini dan kerajaan, maka perbanyakkanlah melakukan kesalahan trafik!

Cara berniaga cukup canggih. Untuk 5 juta saman yang pertama satu saman syarikat akan dapat RM16. Lumayankan! Selepas 5 juta saman sehingga RM270 juta dibahagi sama banyak di antara 2 syarikat dan kerajaan! labu labi! Lebih dari itu syarikat akan dapat 7.5% tambahan lagi.
Setiap syarikat akan keluarkan anggaran saman sebanyak 10 juta dalam masa 5 tahun. Setiap saman denda RM300 dan hasilnya RM1.5 bilion bagi setiap  syarikat dalam masa 5 tahun konsesi.
Nampak tak banyak untung untuk modal RM300 juta dalam masa 5 tahun!. Tetapi kalau syarikat ini tingkatkan saman maka jadilah macam kutipan tol! berbilion RM untung kalau konsesi 5 tahun ditambah lagi! itu pun kalaulah UMNO BN berkuasa! Kalau kalah PRU 13 ini jadilah rugi macam MAS, Siapa hendak lupuskan hutang kroni? Penjaralah jawabnya.

TALIAN HAYAT TERAKHIR SEBELUM MATI

UMNO sekarang cukup tersepit dengan 1001 isu2 yang mereka cipta dan akhirnya mengantung diri sendiri. Kenapa UMNO bermati2an memfitnah, menimbulkan isu2 yang kononnya merekalah yang hero mempertahankan institusi raja2 dan masa yang sama mereka biadap terhadap raja2 Melayu.

Tahun 1993 di bawah bekas Dr. M mereka pinda pelembangaan melondehkan atau melucutkan kekebalan raja2 Melayu. Semasa PRU 12(2008) mereka menghina sultan Trengganu atau agong pada waktu itu dengan kain rentang “natang” kepada baginda.

Sokongan rakyat terutamanya orang2 Melayu semakin mengucup dan sokongan orang2 bukan Melayu hanya tinggal 0.001% sahaja terhadap UMNO.

UMNO semakin gelabah! Apa yang mereka boleh berpaut lagi atau untuk selamatkan diri yang sedang lemas atau nazak? Hanya satu sahaja pautan yang kononnya boleh bernafas ia itu dengan mengunakan institusi raja2. Mereka bukan main galak lagi dan cukup fobia dengan “Daulat Tuanku” yang dijaja ke hulu ke hilir dengan pelekat belakang kereta seolah2 merekalah yang hero mempertahankan institusi raja2! Adakah mereka fikir raja2 akan percaya dengan UMNO untuk mempertahankan institusi raja2.

Adakah anak yang dahulunya dimanjakan akan membela ibu bapanya atau anak yang dahulunya disisih, akhirnya anak itulah yang berkhidmat untuk ibu bapa yang telah tua dan uzur!

UMNO tidak akan peduli dengan raja2 jika tiada faedah yang boleh diperolehi dari raja2. Mereka akan bergayut semasa susah sahaja. Bila mereka senang merekalah yang akan mencerca raja2 sehingga berlaku krisis perlembagaan 1993!
Krisis rampasan kuasa kerajaan Perak tahun 2009 juga membuktikan mereka akan mengunakan raja untuk terus hidup, walau pun mereka tahun perbuatan itu haram dari segi perlembagaan. Di dalam Negara demokrasi, rakyat yang menentukan kerajaan bukannya mahkamah.

Saturday 14 April 2012

SELEPAS PRU 13 SIAPA PM?

Selepas kemenangan PR dalam PRU 13 ini, satu soalan siapakah yang layak menjadi PM? PAS, PKR atau DAP?

Ramai di antara pemimpin2 PR terutamanya PAS berpendapat kita tawan dahulu Putrajaya kemudian kita fikir siapa PM atau kita fikir dahulu siapa PM dari sekarang dan tentukan keputusan ini sekarang juga?

Pandangan ini nampak mudah tetapi ianya akan menjadi sukar bila kuasa dan wang di depan mata!
Dalam PR parti masing2 ada dasar tersendiri. Dasar yang ada dalam PAS al-Quran dan sunnah(hadith). Hanya PAS yang akan berusaha untuk menghidupkan dasar ini. Kita sebagai rakyat beragama Islam yang berhendakkan dasar ini dilaksanakan tidak begitu pasti ianya akan dilaksanakan dengan mudah atau akan mendapat tentangan dari dua rakan parti yang berlainan dasar itu! Inilah apa yang kita kena fikirkan dan putuskan dari sekarang. Rakyat Islam mengharapkan perlaksanaan hukum2 hudud untuk mengatasi masalah orang2 Islam. Orang2 bukan Islam malah orang2 Islam sendiri di dalam PKR atau DAP mereka menganggap hudud tidak releven dengan masalah mereka,
Pencangahan pendapat ini akan berlarutan seterusnya akan berlaku perpecahan dan akhirnya PAS terpaksa juga kena bercerai dengan PR!. PAS akan berdepan dengan sokongan dan keyakinan orang2 Melayu Islam terhadap perjuangan PAS jika parti yang mereka mengharapkan selama ini gagal melaksanakan hudud  atau “melembutkan istilah bertolak ansur” di atas desakkan atau bantahan golongan bukan Islam.

PAS sudah melebihi dari 60 tahun dalam arena politik. Menang kalah sudah menjadi asam garam. Tetapi kemenangan PRU 13 ini akan  menentukan PAS mesti menjadi PM dan seterusnya meneruskan perjuangan dasar yang tidak dapat dilaksanakan kerana tidak dapat menguasai Parlimen.

PAS mesti berani dan konsisten jika mahu kekal sebagai parti yang berterasan al-Quran dan hadith. Jika gagal kali ini, PAS belum pasti akan menjadi parti dominan orang2 Melayu Islam untuk selama2nya.


ISU MURTAD TIADA PENGHUJUNG

Golongan orang2 Melayu Islam yang mana paling ramai murtad? Orang2 Melayu Islam miskin yang  mendapat pendidikan Islam setengah masak dan ramai  juga orang2 Melayu Islam yang kaya raya yang mendapat pendidikan Islam juga setengah masak!. Kaya atau miskin jika ajaran Islam tidak dihayati dan diamalkan bersungguh2 akibatnya manusia akan gagal di dunia dan di akhirat.
Islam menjadi alat untuk mendapat sokongan supaya boleh  terus berkuasa, maka menepatilah pepatah membujur lalu melintang patah.Inilah yang menjadi  pegangan atau dalam istilah mudah menghalalkan cara.  Di dalam diri setiap individu pemimpin2 UMNO BN, inilah amalan yang mereka amalkan! Ini adalah juga kesan bila Islam dan politik diasingkan sedangkan politik itu sebahagian dari ajaran Islam. Akibatnya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa menjadi halal dan harus tiada yang haram!

Siapakah yang patut disalahkan? Ibu bapa, masyarakat, kerajaan(ketua kampong, ADUN,
Ahli Parlimen, MB, Menteri, PM atau Raja2?). Semua dipertanggung jawabkan tidak ada yang berkecuali dan yang paling dipertanggung jawabkan ialah kerajaan yang memerintah ia itu UMNO BN.

Sistem pendidikan sekular yang dijaja ke sana ke sini mendabik dada UMNO BN telah berjaya membentuk manusia menjadi pandai?Sebenarnya hanya pandai urusan dunia sahaja yang bercampur aduk halal dan haram tetapi gagal segagal2nya bila rakyat berlumba2 ke neraka jahanam!
Pandai tidak memadai tetapi buruk akhlak sesuatu yang paling memalukan? Kesan UMNO BN memerintah selama 55 tahun apa yang kita boleh banggakan dengan akhlak mulia?
Apakah kesan solat lima waktu yang dilakukan oleh orang2 Islam hari ini berjaya membentuk akhlak mulia? Solat yang tidak dapat mencegah kemungkaran, itu bukan solat namanya. Solat yang benar2 solat apabila seorang individu itu berjaya mencegah maksiat. Hari ini manusia bersolat tetapi solat yang dilakukan hanya sia2 sahaja kerana tidak dapat mencegah kemungkaran. Hasilnya maksiat dianggap ibadat dan ibadat dianggap maksiat! Rugi sungguh manusia jenis ini. Siapakah kerajaan yang memerintah? kalau tidak dahulu, kini dan mungkin dikuburkan selama2nya!

Kenapa murtad dipandang ringan oleh UMNO? Kerana di dalam UMNO terdapat Bumiputera Sabah yang beragama Kristian dan sebahagian daripada mereka begitu berkuasa untuk menentukan hidup mati UMNO di Sabah.

Friday 13 April 2012

SELEPAS PRU 13 PR AKAN MELAKSANAKAN DUA JENIS SKIM BANTUAN

Selepas PRU 13 kerajaan baru PR akan memperkenalkan dua jenis skim bantuan kepada pelajar2 universiti. Satu yang dipanggil PTPTN(Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) – jenis hutang. Satu lagi dipanggil BPTN(Bantuan Pendidikan Tinggi Nasional) – jenis percuma.

Oleh kerana UMNO BN bermati2an mempertahankan PTPTN dengan pelbagai alasan kurang cerdik yang mereka fikir hutang itu baik untuk para2 pelajar universiti maka PTPTN hendaklah dikekal untuk anak2 UMNO sahaja.

Oleh kerana PR bermati2an hendak memansuhkan PTPTN dengan pelbagai alasan cukup lojik, cukup cerdik dan cukup bijak yang hutang tidak perlu kerana sumber pendapatan negara jika diurus dengan jujur dan amanah mampu untuk membiayai pendidikan percuma, BPTN hendaklah diberi kepada anak2 PR sahaja.
Biarlah anak2 UMNO hidup dengan berhutang dan anak2 PR hidup tanpa berhutang.

UMNO memang suka kepada hutang dan rugi. Sebab itu hutang negara sekarang melebihi RM450 bilion dan kerugian GLC, kebocoran, rasuah, penyelewengan dan lain2 lagi yang mereka lakukan dan beban ini semua diletakkan ke atas rakyat. Rakyat dipaksa menanggung beban dengan menaikkan pelbagai cukai.

Usahawan2 Melayu atau kroni UMNO akan lumpuh selumpuh2nya bila dahan bergayut mereka patah selepas PRU 13 ini!
Mereka memang suka berhutang. Contohnya tak payah sebut banyak sangat. Kalau nak disenarai nama usahawan2 Melayu di bawah dasar ekonomi baru(DEB) yang gagal berniaga, sebuah buku catatan yang bermuka surat 1000 pun masih

Wednesday 11 April 2012

PERBEZAAN ARTIS UMNO DAN ARTIS PAS

Artis sertai Umno untuk balas budi, kata Pengerusi Tetap UMNO Datuk Badruddin.

Inilah yang dikatakan anak bapa. Bapak borek anak rintik. Artis2 adalah mereka yang ada bakat menyanyi atau berlakun. Mereka menjadi artis kerana hendak mencari glamor atau wang. Menjadi artis juga mesti ada batasan2 tertentu kerana ramai artis adalah dikalangan orang2 Melayu Islam. UMNO gagal mendidik artis menjadi ikutan masyarakat yang berteraskan Islam. Kebelakangan ini mereka menjadi lebih barat dari barat tanpa berfikir mereka Melayu Islam. Menjadi artis tidak semesti kena jadi mat saleh. Pakaian wanita, dialog, jalan cerita mestilah membawa kepada kemajuan kehidupan manusia ke arah Islam. Pakaian wanita mesti menutup aurat kerana ini perintah Allah. Cerita hantu yang tidak membawa menafaat kecuali hiburan semata2 mesti dihentikan. Filem yang berbentuk mat rempit juga mesti dihentikan. Adegan2 mat rempit di dalam filem yang di kelirukan(camera tricks) ini akan ditiru oleh mat rempit yang bodoh akhirnya ramai yang mati katak.

Kita tidak boleh menyekat sesiapa pun menjadi artis kerana zaman telah berubah. Apa yang kita boleh lakukan sesiapa sahaja yang hendak menjadi artis mesti dalam skop ajaran Islam. Sejak kebelakangan ini ramai artis yang telah berubah. Mereka telah ada kesedaran Islam dan hendak kembali kepada Islam walau pun terpaksa mengorbankan segala keseronokan yang berbentuk duniawi yang dididik oleh UMNO selama 55 tahun dan akibatnya  akan membawa mereka ke neraka jahanam kalau tidak bertaubat nasuha.

Memang ramai artis yang sukakan UMNO tetapi sudah ramai artis yang meluat dengan UMNO. Jumlah artis yang berpaling tadah juga semakin ramai. Ini menunjukkan PAS bukan ajaran sesat seperti yang didakwa oleh MB Terengganu dan mereka akan menjaja ke seluruh negara untuk memberi penerangan kepada rakyat dalam wacana: PAS parti ajaran sesat. Bila rakyat semakin cerdik mereka akan ludah kepada UMNO siapa yang sesat sebenar sesat sehingga ajaran sesat dan murtad yang sebenarnya di bawah pemerintah UMNO sehingga sekarang tidak dapat dibenteraskan!

Apa yang kita boleh harapkan dari UMNO untuk menjaga Islam, Melayu?


RAKYAT MALAYSIA KINI SEMAKIN BIJAK

Seorang penuntut hendak membeli sebuah kereta baru. Mula2 dia pergi ke kedai menjual kereta kemudian ke bank. Bank akan lulus dengan syarat pendahuluan 10% dan baki pinjaman dibayar kepada bank setiap bulan. Tiba2 bank memberitahu, kamu tidak perlu bayar pinjaman, bank telah memberi kamu kereta itu secara percuma. Dalam hal ini bagaimana perasaan penuntut tersebut? Mula2 dia gembira kerana mendapat kereta baru walau pun terpaksa berhutang dengan bank. Kedua dia bertambah2 gembira kerana mendapat kereta baru dan percuma pula!

Begitu juga dengan PTPTN. Sumber pendapatan negara banyak(Petronas, cukai, hasil pertanian sawit, getah dan lain2 lagi) jika diurus dengan jujur dan amanah, rakyat Malaysia memang boleh hidup dengan selesa. Universiti, sekolah dan lain2 yang rakyat berhak mendapat bantuan semestinya diberi, Itulah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Rakyat memilih kerajaan bukan untuk menyusah mereka tetapi rakyat memilih kerajaan yang boleh meringankan beban kehidupan. Kerajaan adalah pengurus dan juga pentadbir negara yang diamanahkan oleh rakyat bukan kerajaan yang berniaga di atas cukai rakyat dan rakyat kena tanggung di atas kerugian kerajaan di sebabkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa?.

Setiap hari TV 1,2,3, Astro, akhbar2 dan lain2 media milik kerajaan memperbodohkan rakyat dengan menjemput mereka yang bergelar DR, badan2 NGO untuk memberi pandangan yang membodohkan diri sendiri dan juga jawatan yang dipegang, hanya untuk mendakyahkan propaganda yang jelas merendahkan daya intelektual mereka. Rakyat tidak bodoh. Rakyat Malaysia sekarang bertambah matang. Jika kerajaan UMNO BN menganggap rakyat boleh digula2kan dengan racun!, maka apalah gunanya PM di Kuala Ketil meminta rakyat memaafkan kesalahan kerajaan UMNO BN. Ini bermaksud berilah peluang kepada UMNO BN untuk memerintah 5 tahun lagi. 5 tahun lagi rakyat akan bertambah merana!

PTPTN TIBA2 MENJADI HERO

PTPTN  sudah lama perlaksanaannya. Sebelum ini tiada siapa yang hendak menentang. Kalau ada di antara kita yang hendak menentang , apakah saluran yang sesuai kita hendak gunakan atau bangkitkan isu ini. Adakah kerajaan UMNO BN hendak melayan desakkan rakyat yang menentang isu ini. Rakyat telah banyak pengalaman bagaimana sesuatu isu itu jika ditentang di tengah jalan(sebelum PRU) tidak akan memberi kesan.

UMNO BN selama ini pun tidak kisah dengan PTPTN kerana mereka menganggap rakyat Malaysia telah bersetuju dengan skim pinjaman ini. Rakyat tidak ada pilihan melainkan bersetuju kerana kalau tidak bersetuju bermakna anak2 tidak dapat ke universiti kerana tidak mampu. Tetapi dalam bersetuju paksaan ini, rakyat menaruh harapan suatu hari nanti anak2 akan mendapat bantuan percuma untuk masuk ke universiti.

Tiba2 bila hampir PRU 13 PTPTN menjadi satu isu yang sangat penting, dan menjadikannya mimpi yang mengerikan kepada UMNO BN kerana PR telah menawarkan satu pilihan yang menakut mereka  ia itu mansuhkan PTPTN.
Isu PTPTN ini boleh menumbangkan kerajaan UMNO BN terutamanya undi penuntut2 IPT akan beralih kepada PR.

Selain dari isu PTPTN, isu PLKN, isu TOL, BERSIH SPR, Lynas, isu cukai barangan(GST) dan pelbagai isu lain yang telah menjadi perbualan dan rugutan rakyat berhubung kehidupan semasa yang sangat membebankan terutamanya lebih dari 60% yang terdiri rakyat yang berpendapatan rendah terlibat.

UMNO BN terpaksa bangun dari tidur yang lama kerana sekarang telah dijangkiti sejenis penyakit tidak boleh tidur (insomnia). Nyamok(rakyat) sedang kacau dengan gigitan yang berbisa dan berlegar di lubang telinga.

Maafkan kami(UMNO BN) kerana selama ini kami telah banyak membuat kesalahan! Kerana banyak membuat kesalahan, rakyat tidak boleh meminta maafkan, kecuali kamu disingkirkan atau dikuburkan!

KEBANGKITAN BERSIH 3.0

Perhimpunan BERSIH 3.0 akan diadakan pada 28 Apr 2012 ini. Kenyataan  menteri Nazri Aziz berdolak  dalih dan berbelit2. Mula2  beliau berkata Dataran Merdeka di bawah jagaan DBKL. Sesiapa yang hendak mengunakannya kena terlebih dahulu mendapat kebenaran DBKL. Bila disoal kenapa permohonan BERSIH 2.0 tidak dibenarkan dibuat di situ, katanya tiada mendapat kebenaran polis. Kemudian  keluar kenyataan tempat bersejarah tidak dibenarkan buat perhimpunan awam di bawah akta Peaceful Assembly Act 2011 (PAA). Akhirnya perhimpunan ini akan menjadi permainan bola sepak Penjaga gol akan menghantar bola ke pemain tengah kemudian ke pertahanan kemudian balik semula ke penjaga gol. Keputusan 0-0.

Ketakutan jelas terbayang betapa kerajaan UMNO BN sedang menuju ke ambang diktator dan jika sikap ini berterusan, kalau ditakdirkan mereka masih menang dalam PRU 13 dengan cara penipuan SPR, ketenteraman tidak akan ujud lagi. Apakah akan terjadi kepada Malaysia seterusnya? Hanya Allah swt yang maha mengetahui. Kita sebagai hambaNya akan terus menentang kezaliman dan ketidakadilan dan setiap umat Islam mesti berdoa, bersolat untuk kemenangan Islam. Kebathilan akhirnya akan tewas. InsyaAllah.

Tuesday 10 April 2012

ISA ANTARA REALITI ATAU FANTASI?

Nama ISA sangat cantik. Nabi ISA a.s.
Nama ISA(Internal security act) di Malaysia ini bukan ISA yang sebenar tetapi singkatan satu akta kejam yang telah menelan ribuan mangsa pembangkang yang ditahan tanpa bicara.

Kerajaan UMNO BN sedang mengubahsuaikan akta ini ibarat memberi mekap pada wajah yang huduh atau mengubahsuaikan kereta buruk kepada kereta yang baru dari segi badan tetapi kemungkinannya tidak kepada keseluruhan enjinnya! Enjin masih mengunakan teknoji lama! Orang lama masih suka kepada enjin lama dan badan baru mungkin nampak lebih bergaya dari segi luaran tetapi dalaman masih berkarat dengan sifat skeptikal(dahulu,kini dan selama2nya)

Kita tunggulah pelancarannya dijangka tahun ini dan sambutan kepada model baru ini sangat mengalakkan sehingga kini mencecah ribuan orang yang telah membuat tempahan dan yang bijak sedang menanti hendak melihat dahulu model yang terbaharu ini takut2 membeli model tiruan!

PTPTN DAN PLKN KEDUA2 MESTI DIMANSUHKAN


Di antara PTPTN dan PLKN yang mana lebih menafaat kepada rakyat?
Mereka yang mendapat pinjaman PTPTN sudah tentu mereka yang layak mengikuti pengajian di IPTS atau IPTS. Mereka ini sudah ada jaminan akan memperolehi ijazah di pelbagai bidang dan akan bekerja. Mereka juga akan menjadi warganegara yang bermenafaat dan berguna kepada pembangunan negara, agama dan bangsa. Dalam masa yang sama mereka juga akan menyumbangkan kepada pendapatan negara bila mereka layak membayar cukai.
Oleh itu mereka ini adalah aset negara jangka masa panjang. Apabila mereka menjadi aset negara, mereka ada nilai kepada rakyat dan negara selagi mereka bekerja dengan jujur dan amanah kecuali yang disalah didik menjadi perompak, penyamun dan sebagainya. Itu bukan salah ibu mengandung tetapi salah bapa(kerajaan) yang mendidik mereka. Mereka semestinya dibantu dengan kewangan percuma dalam pengajian mereka kerana mereka ada jaminan menjadi warganegara yang baik dan tidak banyak memberi masalah kepada agama, rakyat dan negara.

Mereka yang mendapat kursus PLKN sudah tentu mereka yang lepasan SPM dan mereka dipilih secara rawak. Ada yang cemerlang, cukup makan dalam SPM. Yang cemerlang mungkin ada peluang ke IPT dan cukup makan atau yang tercicir akan merayau menjadi mat rempit atau melalak ke sana sini mencari pekerjaan yang sesuai dengan gaji yang lebih rendah dari pekerja asing. Akhirnya ada yang terjebak dengan maksiat dan lain2 amalan yang terkutuk.

Pendidikan atau pelajaran adalah sesuatu yang sangat berguna kepada diri manusia itu sendiri, agama, masyarakat dan negara. Sedangkan kursus yang anjurkan oleh PLKN dan pelatih  dibayar pula dengan elaun  selama 3 bulan dan akhirnya bila tamat kursus jadi kutu rayau. PLKN pembaziran wang rakyat.

Perbelanjaan PLKN jangka masa panjang adalah lebih tinggi dari PTPTN. Adalah lebih baik PLKN ini dimansuhkan dan wang peruntukkan itu disalurkan kepada bantuan percuma kepada para pelajar IPT.

PTPTN - DIHAPUSKAN ATAU DITERUSKAN?

PTPTN ini melibatkan semua pelajar sama ada anak UMNO BN atau anak PR. Kalau kita lihat komen2 dari rakyat, yang menyokong kuat kekalkan PTPTN ialah UMNO BN sedangkan PR menentang dan mahu dihapuskan. Mereka yang menyokong PTPTN ini dikekalkan adalah terdiri dari anak2 atau bapa2 orang kaya sebab itu PTPTN ini mereka bermati2an menyokong sedangkan anak2 atau bapa2 orang PR kebanyakkannya miskin atau pertengahan yang sentiasa tidak cukup wang dan makan. Orang2 UMNO BN tiada masalah di dalam hal mencari wang kerana mereka terdiri dari kontrektor atau usahawan yang telah berjaya di bawah dasar ekonomi baru!. Boleh dikatakan kebanyakkan orang2 UMNO BN sepenggal sahaja sudah cukup membeli kereta Merc, BMW dan membina rumah banglo.

Apa kebaikkan PTPTN. Apa pula kebaikkan PLKN yang menelan berbilion RM untuk menghasilkan manusia berakhlak tetapi bila balik kursus melalak dan merempit awal pagi kerana tiada pekerjaan yang berpendapatan tinggi!
Lapuran ketua audit Negara untuk tahun 2010, RM28 billion bocor entah ke mana. Tahun2 sebelum atau selepasnya pun perkara yang sama berulang. Kenapa ini tidak dibincang atas meja bulat di antara UMNO BN dan PR?

Adakah PTPTN ini akan mengakibatkan kerugian besar dan RM28 billion yang bocor itu bukan kerugian besar? Bagaimana dengan subsidi IPP yang TNB bayar RM19 billion  setiap tahun itu tidak mengakibatkan kerugian besar? Tol yang telah untung berkali2 ganda. Adakah dengan menghapuskan tol negara atau kroni menjadi miskin? Hari ini rakyat sungguh tertekan dengan masalah kewangan. Anak2 orang miskin ini kalau tidak dibantu, walau pun SPM 10A, akhirnya kerja kilang sampai ke tualah. Anak2 orang politik pemerintah UMNO BN tiada masalah kerana mereka banyak wang dan sentiasa dibantu oleh kroni.
Ini adalah hanya beberapa kes yang terlibat, bagaimana pula GLC yang rugi, projek2 yang runtuh tergendala? dan 1001 lagi kes penyelewengan yang dibiarkan hanyut oleh badan2 yang berkuasa?

Kes PTPTN ini nampak terlalu besar dari segi kerugiannya sedangkan ianya adalah satu pelaburan negara jangka masa panjang. Apabila graduan2 ini keluar universiti mereka akan bekerja dan ada yang cemerlang akan menjadi pegawai  bergaji melebihi RM3000 dan mereka akan membayar cukai. Sekarang pun kita melihat mereka yang berkelulusan universitu yang banyak membayar cukai. Orang2 kampong tidak mampu membayar cukai. Itulah yang dikatakan kebesaran Allah swt, Yang kaya membantu yang miskin dan yang miskin bekerja mengunakan tulang empat kerat bertani, berladang dan sebagainya. Orang2 kampung pun ada peranan dan orang2 kaya pun ada peranannya. Janganlah kita melihat diri sendiri yang hebat, kaya raya. Ramai lagi yang tinggal di rumah2 senget dan kais pagi makan pagi kais petang makan berminggu, nasi dengan ikan masin.

Monday 9 April 2012

TANGGUNG JAWAB BILA MENJADI KERAJAAN

Pembangkang memang tidak bertanggung jawab di atas apa2 pun sekarang ini kerana pembangkang bukan lagi kerajaan. Pembangkang cuma memberi jaminan jika pembangkang menjadi kerajaan selepas PRU barulah pembangkang akan hapukan  PTPTN. Bagaimana seorang TPM boleh bercakap songsang!
Kata TPM jika cadangan hapuskan PTPTN dilaksanakan akan menimbulkan masalah besar kepada orang ramai untuk membiayai pendidikan anak2 mereka, adalah satu kenyataan pelik dan kurang cerdik.
Sepatutnya TPM kena kata jika cadangan hapuskan PTPTN dilaksanakan, ini akan menyelesaikan masalah besar kepada orang ramai kerana pembiayaan pendidikan anak2 mereka menjadi PERCUMA.
Membuat manifesto atau memberi cadangan adalah perkara biasa kepada sesiapa pun. UMNO BN pun telah membuat manifesto dan memberi cadangan yang bukan2 seperti:-
Memperkenalkan SBPA yang akhirnya dibatalkan setelah mengeluarkan kos berjuta2 tetapi gagal dilaksanakan!
Memperkenalkan kedai 1 Malaysia dan menu 1 Malaysia dengan menawarkan harga barangan dan makanan murah! Subsidi kedai2 ini siapakah yang membayarnya kalau bukan rakyat. Murah bukan wang kocek menteri biayai! wang rakyat. Rakyat kena tipu lagi.
GST(Cukai barangan dan perkhidmatan) akan dikenakan jika UMNO BN menang dalam PRU 13 ini.

Kesianlah kepada rakyat 1 Malaysia, kami belum lagi dapat pendapatan tinggi yang kerajaan idam2kan. Kami kais pagi, makan pagi kais petang simpan untuk makan besok! Menteri2 dan kroni2 kais projek pagi boleh makan sehingga ke anak cucu bertahun2!

POLITIK ADALAH SATU KEPERLUAN MANUSIA

Orang2 yang bodoh dan berfikiran sempit sahaja yang menentang berpolitik di universiti. Politik ini luas tetapi disepitkan dan perbodohkan  atau didakyah songsangkan, ditaja oleh kerajaan UMNO BN yang hendak menyekat pelajar dari bercakap politik sehingga diujudnya AUKU.

Ini adalah semata2 kerana mereka terpaksa memperkenalkan  akta ini kerana hendak menjaga kepentingan UMNO. UMNO BN tahu jika tiada akta ini mereka akan tewas dengan hujah para2 pelajar yang semakin bijak berfikir.

Rakyat yang berfikiran sempit, tidak faham menilai politik dan ramai terjebak  dengan komen2 yang nampaknya begitu bodoh dan jahil.  Di tambah dengan amalan politik yang mengatakan agama dan politik mesti dipisah. Ini adalah ajaran Kristian. Di Amerika, Eropah termasuk UK  dan di negara2 Komunis semua negara yang bukan Islam mengamalkan ajaran ini, termasuk Malaysia terkeliru dengan amalan ini juga mengikut amalan ini! jahil murakat(jahil berkarat)

Nabi Muhammad s.a.w sendiri adalah seorang pemimpin politik kalau tidak masakan baginda menjadi pemimpin tertinggi Islam(hari ini dipanggil presiden atau PM)

Kebangkitan para2 pelajar yang cerdik lagi bijak sejak kebelakangan ini mendebarkan kerajaan UMNO BN dalam PRU 13 ini dan  terpaksa mengalah dengan desakan supaya dapat menjaga hati saki baki penyokong2 serta  berjinak2 untuk melembutkan  hati pelajar2 supaya boleh berpolitik di IPT. UMNO BN terpaksa mengikut arus kerana pengaruh mereka telah merosot di kalangan pengundi2 Melayu dan juga bukan Melayu.
Jika berpolitik tidak boleh kenapa ujudkan ijazah political science di universiti2?

Sunday 8 April 2012

PRU 13 UNDI PAS DAN PR

Prinsip jujur, amanah, bercakap benar, menepati janji dan lain2 sifat terpuji adalah wajib diamalkan oleh setiap orang Islam sepanjang masa. Sifat2 ini akan menguatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Ibadat sahaja yang tidak disertakan amalan terpuji tidak diterima oleh Allah swt.

Hari ini kita melihat ramai orang2 Islam bersolat pada Jumaat, hari raya, hari raya haji. Adakah dengan ramainya orang2 Islam bersolat di hari tersebut di atas menandakan kekuatan Islam?
Jawapannya tidak.

Kekuatan Islam terletak kepada amalan solat fardhu 5 waktu secara berjemaah di masjid atau di surau bagi kaum lelaki kecuali kaum wanita mereka lebih afdal bersolat di rumah.

Apa yang kita kesalkan setelah 55 tahun Malaysia merdeka, amalan bersolat berjemaah fardu 5 waktu ini semakin lemah dan di setengah tempat masjid atau surau begitu menyedihkan sedangkan umat Islam yang menetap di situ cukup ramai.
Ini adalah tanda2 apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw, di akhir zaman umat seperti buih2 di lautan. Sahabat bertanya kepada Nabi, kenapa terjadi begitu, Nabi  menjawab umat Islam nama sahaja Islam tetapi amalan Islam sudah tercabut dari hati2 umat Islam.  Apa kesannya?

Umat Islam ramai tetapi dihina dan dibuat seperti binatang, dibunuh, diseksa, ditindas walau pun dalam negara yang diperintah oleh orang Islam sendiri!  Punca utama bila dakwah dan solat ditinggalkan dengan sengaja kerana kejar kehidupan dunia yang sementara dan akan fana ini.
Siapakan yang bertanggung jawab di dalam hal ini?

Pemerintah yang ada, dalam konteks Malaysia hari ini ialah pemerintah yang sedang berkuasa ialah UMNO. Hendakkah kita dihina? Agama Islam dan penganutnya dihina di depan mata kita oleh orang2 kafir dan  kita tidak ada sifat sensitif langsung untuk memberi amaran yang keras kepada mereka, malah orang2 Islam sendiri menokok tambah menghina Islam itu sendiri kerana hendakkan undi dan kuasa dan  yang jelas terlalu banyak unsur2 penipuan dalam daftar SPR. Perbuatan begini jelas menjadi murtad terang2an kerana bersetongkol memburuk2kan Islam kerana hendakkan sokongan. Kemenangan dengan cara haram, hasilnya kerajaan haram, makan minum haram dan semua yang dilakukan adalah berpunca dari hasil2 haram.

PRU 13 ini umat Islam terutamanya orang2 Melayu yang mengaku Islam wajib bangkit menumbang UMNO BN. Kemenangan UMNO BN sesungguhnya akan menghampiri kita pada malapetaka dan bala yang akan menimpa kita sehingga semua perbuatan keji seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa,membiarkan maksiat bermarajalela dapat dihapuskan.
Keberkatan, kemulian dan nikmat Allah hanya akan dikecapi oleh satu pemeritahan yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenar yang di ajar oleh Nabi melalui sunnah dan Al-Quran.
InsyaAllah  kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat akan merealisasikan hasrat kita ini.

Saturday 7 April 2012

DI ANTARA BERDEBAT DAN MENYAMAN

Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim berkata, sebagai seorang yang hebat berpidato, Anwar sepatutnya boleh berhujah dengan panjang lebar mengenai perkara itu dan bukannya bertindak menyaman Nallakaruppan.

Di dalam dunia ini ada manusia bodoh sombong dan ada juga manusia pandai tetapi tidak cerdik.

Di antara berdebat dan menyaman yang mana lebih baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah? Berdebat tidak ada keputusan kalah-menang atau pun betul-salah. Keputusan hanya berlegar dengan persepsi masyarakat dan tafsiran masing2. Tidak ada kesan dari segi undang2. Hasil atau kesan dari berdebat tamat begitu sahaja. Kebenaran atau pembohongan masih gagal di buktikan dengan jelas dari segi undang2. Perbuatan memfitnah masih dapat diteruskan. “Mahkamah” berdebat tiada ada hakim yang boleh menjatuhkan hukuman atau denda!

Menyaman ada kaitan dengan undang2 yang sah dari segi perlembagaan untuk membuktikan seseorang itu bersalah atau tidak. Menyaman mempunyai kesan undang2 jika diadili dengan jujur dan amanah oleh mahkamah. Mahkamah adalah tempat yang sah dari segi perlembagaan negara untuk membolehkan seseorang itu mendapat keadilan. Keputusan mahkamah ujud sama ada dihukum dengan penjara atau lain2 hukuman atau didenda dengan wang. Mahkamah ada hakim yang sah yang dilantik oleh kerajaan.
Berdebat boleh merapu. Menyaman kena ada bukti. Tiada bukti, siapa yang berani hendak ke mahkamah?

DI ANTARA DUA WAJAH

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang akan kosong berikutan pengunduran Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkuat kuasa Isnin ini.

Mulai Isnin ini anda jangan terperanjat Najib berwajah dua. Wajah pertama berbaju kot dengan tie dan wajah kedua berbaju kurung tanpa tudung! Apa kata timbalan ketua wanita UMNO? Sampai bila Najib hendak memangku jawatan itu? Hanya PRU 13 dapat memberi jawapan atau sehingga ada penganti. Siapakah penganti yang layak memegang jawatan itu. Bagaimana timbalan ketua wanita UMNO Datuk Kamilia? Tunggu sehingga pemilihan agung UMNO?

Sepandai2 tupai melompat di ladang lembu akhirnya jatuh juga di atas tahi lembu.

Begitulah cerita kehidupan manusia sejak dari nabi Adam a.s sehingga di zaman ini, hanya manusia sahaja bertukar wajah tetapi wajah semula jadi manusia yang kejarkan dunia tetap ujud sepanjang zaman.

Seperti kata Rais Yatim, pondan tidak dihalang berlakun. Tetapi persoalannya bagaimana seorang lelaki normal boleh berlakun watak pondan sedangkan dia bukan pondan? Kenapa pengarah filem atau drama sekarang suka sangat kepada watak pondan yang dilakunkan oleh lelaki normal? Para2 pondan kena buat demo membantah kerana lelaki normal sudah merosakkan periok nasi mereka!. Kalaulah pondan diberi peluang berlakun watak pondan bukankah nampak lebih original!

Rakyat sudah muak dengan cerita seram. Rakyat sedang menunggu pula filem yang bentuk cerita kehidupan pondan. Siapakah yang agak2nya hendak menjadi pengarah dan penerbit eksukutif filem atau drama pertama 1 Malaysia? Pinjaman disediakan.

Friday 6 April 2012

ISU LOKASI MENJADI MODAL POLITIK TERDESAK

Isu pusat pengagihan besi yang bernilai RM4.3 bilion yang sedang dibina di Teluk Rubiah, Manjung, Perak 1 Malaysia oleh Marketing and Global Commercial of Vale, Brazil.
Siapa yang bercakap bohong dan apa isu yang sebenarnya sedang berlaku?
Ceritanya senang dan ringkas sahaja. Isu yang sebenar lokasi yang dicadangkan oleh Nizar semasa PAS berkuasa ialah di Tanjung Hantu, Bagan Datoh. Bila UMNO rampas kuasa lokasi ini berpindah ke Teluk Rubiah. Yang  Zamry kecoh ini bukan cerita penyelewengan tetapi cerita berpindah lokasi dan bukan soal salah guna kuasa atau salah pelaburan!
Yang jadi masalah sekarang  Zamry  telah pusing cakap mengatakan  Nizar yang tandatangan surat Dec 17 2008 menyokong Vale bina projek ini di lokasi Teluk Rubiah! sedangkan  Nizar cadangkan di Tanjung Hantu Bagan Datoh!  Nizar meminta  Zamry kemukakan butir2 surat perjanjian Zamry dengan Vale berhubung dengan lokasi yang Zamry cadangkan di Teluk Rubiah tetapi Zamry tidak dapat kemukakan. Nampak jelas Zamry sembunyi sesuatu!
ADUN Setiawan Datuk Ngeh Koo Ham juga menyoal DS Zamry bagaimana projek yang dicadangkan PR oleh DS Nizar di Tanjung Hantu berpindah ke Teluk Rubiah?
Alasan Nizar projek ini tidak dapat dibuat di Teluk Rubiah ialah kerana ramai pihak yang terjejas seperti  nelayan, kampung2, tempat janakuasa TNB dan juga kem tentera laut.
Rahsia yang sebenarnya ialah kenapa Zamry beria2 benar hendakkan juga projek ini dibina di Teluk Rubiah? Sebab tuan pemilik tanah ini tersangkut dengan hutang dan kerajaan negeri “menolong kroninya untuk mengatasi hutangnya. Itulah ceritanya.

PERJUANGAN HAK DAN BATHIL

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata kepada The Malaysian Insider, bekas Presiden Majlis Peguam itu Datuk Ambiga Sreenavasan telah terlalu jauh menyimpan dari perjuangannya dan Wira Perkasa telah memberi amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya yang bebas dan adil 28 April 12 ini kerana ia diketuai oleh Datuk Ambiga Sreenavasan, yang menurut mereka anti-Islam dan “pengkhianat” bangsa.

Perkasa boleh menipu orang2 UMNO tetapi tidak boleh menipu orang2 PR. Siapa dia Perkasa? Alat UMNO tetapi berlindung disebalik NGO.
Siapakah penghianat bangsa Melayu yang sebenar kalau bukan UMNO?
Siapakah penghianat kepada kebangkitan Islam kalau bukan UMNO?
Penipuan di dalam pendaftaran SPR tidak boleh ditegur? Ini bermakna perbuatan terkutuk dan berdosa dianggap halal oleh Perkasa?

BERSIH 3.0 tidak ada kena mengena dengan Islam dan juga Melayu. Ia adalah satu bantahan ke atas perbuatan curang dan penyelewengan oleh kerajaan dan SPR tentang pendaftaran pengundi asing dan pengundi hantu. Orang2 Islam dan bukan Islam WAJIB bangun menentang penipuan dan kemungkaran ini.

Jika pengerusi BERSIH 3.0 dipegang oleh orang Melayu Islam, puak2 Perkasa ini juga akan menentang dan akan memberi alasan yang serupa? Inikah perjuangan untuk menegak Islam yang mereka laungkan? Semakin lama semakin terselah sifat hikporasi mereka.

Thursday 5 April 2012

PERBEZAAN MANUSIA DENGAN MAHLUK LAIN

Manusia itu bersih dari segi pemikiran, perbuatan dan niat semasa dilahirkan. Memang itulah fitrah manusia. Bila proses membesar berlaku manusia belajar dari guru2 yang ramai jumlahnya. Di antaranya ada guru yang profesional dan ada guru yang tidak professional. Mereka terdiri dari ibu bapa, kawan disekeling, guru sekolah, kerajaan yang memerintah, TV, akhbar dan pelbagai sumber maklumat lain. Ada juga kita dengar manusia hilang semasa kecil dan temui dalam “masyarakat beruk” maka perangai beruklah yang pelajari, mula dari berjalan, makan, minum, berkawan dan lain2.

Dalam proses belajar ini ada manusia yang senang atau cerdik belajar dan ada juga yang susah atau bengap  belajar. Ada yang senang atau yang cerdik belajar hingga ke universiti tetapi akhirnya jadi penipu, pembelit dan sebagainya. Ada yang senang atau yang cerdik belajar hingga ke universitu tetapi masyaAllah menjadi orang yang betul2 orang.

Hendak menjadi orang yang betul2 orang ini bukanlah satu perkara yang mudah. Kawan2 atau musuh2 kita ramai disekeling. Ada di antara mereka berguru dengan dua guru. Satu guru manusia dan yang lagi satu berguru dengan jin, syaitan, hantu raya, pelesit, parasit dan ramai lagi mahluk jenis hantu. Hantu pun ada perbagai jenis dan keturunan. Bila tinggal di dalam 1 Malaysia ada pelbagai jenis2 mahluk yang menghuni di bumi Allah ini, dari jenis manusia atau pun dari jenis Jin. Mereka ini sentiasa berebut2 untuk menguasa kawasan bumi ini. Masing2 berlumba2 mencari tempat yang sesuai untuk keturunan masing2.

Bergaduh, berperang memang tidak dapat dielakkan. Itulah kehebatan Allah menjadikan mahluk manusia, diberi otak dan fikiran. Perbezaan manusia dengan haiwan, haiwan ada otak tetapi tidak ada fikiran, contohnya bodoh macam lembu. Sebodoh lembu pun bila nak dikorbankan keluar juga air mata dan meronta2 apabila melihat parang panjang yang tajam lagi berkilat sedang melapah kawan dia.

Tetapi apabila manusia yang ada otak tetapi tidak mengunakan fikiran, melalak, merempit, menipu dan sebagainya maka apakah manusia jenis ini kita hendak beri gelaran? Gelaran yang sesuai ialah  mereka ini lebih bodoh dari lembu! Sebodoh2 lembu ada nilai daging, tulang dan hati perutnya, sebodoh manusia................Manusia yang bijak ada iman dan taqwa kepada Allah.


KENAPA TARIKH PRU MENJADI RAHSIA?


Malaysia negara Islam(kata UMNO lah). Judi, arak, anak luar nikah, murtad dan pelbagai lagi maksiat berat dan tegar dan 1001 lagi perkara yang haram semuanya boleh didapati dalam Malaysia, Malaysia boleh! Wawasan 2020 Malaysia negara maju. Pendapatan tinggi rakyatnya akan mencapai RM5 ribu seisi keluarga atau seorang ke?

Tarikh hari raya puasa, raya haji, tarikh nak pergi haji,  tarikh lahir, tarikh nak kahwin dan pelbagai tarikh lagi telah pun jelas bila nak buat. Tarikh PRU ini ada fobia pada UMNO BN kerana jasa kepada rakyat(JKR) semakin nampak kabur sebab itu di semua projek kena buat papan tanda iklan(dahulu ditulis- Projek kerajaan BN dan sekarang ditulis-Projek kerajaan persekutuan). Bila PR menang PRU 13 kita nak tulis juga ka, ini lagi satu projek kerajaan PR!

Rasanya tak payah buang duit buat papan tanda untuk mengiklan kerajaan yang baik, telus, jujur dan amanah. Jasa kepada rakyat itu sudah cukup jelas jika barang makan beras, gula, tepung, minyak masak, petrol, diesel murah, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa itu dapat dihapuskan. PTPTN dan tol juga dapat dihapuskan. Tolong sedia pekerjaan kepada pekerja2 tol, ramai juga mereka tu! nanti jadi isu pula mereka buat demonstrasi bukan kerana bersyukur tol dihapuskan tetapi demonstrasi mereka menganggor. Masa UMNO BN mereka ada pekerjaan, bila PR pegang kuasa mereka menggangor. Beri perhatian PR!

Indonesia dan Myamar dan juga di negara2 Africa yang orang2nya berkulit hitam cukup terbuka dengan tarikh pilihanraya dan sudah ditetapkan bila akan diadakan pilihanraya.

PRU 14 kerajaan PR yang memerintah kena tetapkan tarikh PRU 15 dan masuk dalam kelender tahunan dihujung 5 tahun pemerintahan. PR lebih kejantanan(gentleman) dari UMNO BN! Kita bukan soal bab persediaan tetapi kita soalkan berani kerana benar, takut kerana banyak dosa kepada rakyat!

Wednesday 4 April 2012

MERDEKA 55 TAHUN MELAYU MASIH GAGAL JADI USAHAWAN


Cerita hendak membantu orang2 Melayu menjadi usahawan ini dari mula merdeka sehingga sekarang sudah 55 tahun pun masih tidak habis dan dikitar semula janji2 oleh menteri2 yang silih berganti.

Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU), di bawah Economic Transformation Programme(ETC)  nama panjang Inggeris nama pendek Melayu dan juga Inggeris, ini sudah tentu kacokan mat saleh Melayu yang dari dahulu, kini dan selama2nya. Sekarang ini kerajaan main mudah sahaja, tidak tahu atau tidak bangga atau susah sangat ke atau tidak selesa ke atau tidak bertaraf dunia ke  hendak menguna Bahasa Melayu. Tetapi kebanyakkannya program hendak membantu Melayu. Orang2 Melayu kena belajar B.Inggeris jika hendak menjadi usahawan. B. Melayu boleh berniaga tikar mengkuang sahaja! Itulah jiwa pemimpin2 Melayu sekarang!

Timbalan menteri Jacob Dungau Sagan memberi tahu parlimen sebanyak RM1.35 billion telah diperuntukkan untuk 16 agensi “kroni” di bawah 8 kementerian yang diberi tugas untuk membangun usahawan bumiputera.

“Kroni” pertama Equity Nasional Bhd (Equinas) akan dapat RM700 juta.

Begitulah hikayat Melayu Moden terjun dengan labu2nya. Orang2 bukan Melayu sudah dewasa dan telah maju di dalam perniagaan. Orang2 Melayu masih seperti budak kemetot yang tidak boleh membesar dan masih merangkak2 mencari tongkak untuk berpaut, berjalan2 rebah! Adakah 55 tahun akan datang isu ini dikitar semula dan diulang tayang atau masih adakah lagi” Melayu tidak akan hilang di dunia atau tidak hilang di dunia tetapi hilang di dunia dan di akhirat?